75/366 : DIARY OF THE DAY - 15 MAC 2016



Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , bersyukur sangat masih diberikan ruang dan peluang untuk menulis diary of the day pada hari ini . Terima kasih pada yang sudi baca walaupun entri aku entah apa apa je woi ! . Hahaha . Bukan itu sahaja , aku nak remind yang hari ini dah hari ke 75 kita berada dalam tahun 2016 . Berapa banyak azam yang dah tercapai atau sedang dilakukan ? Ingat , always appreciate your life everyday and every moment . So , untuk hari ini aku nak cerita tentang :


  • Pentingnya nutrition information!
As usual , banyak barang dapur dah habiskan . Makanya , macam biasa pergilah restock . Alhamdulilah , sekarang ini aku dah reti lah juga baca nutrition information yang ada pada labelling setiap pemakanan . Sedikit sedikit tuh bolehlah . Korang pun kena rajin rajinkan diri belajar baca . Demi misiku kurus , kena juga ambil tahu . Berapa kalori dalam pemakanan tu , berapa lemak , carb , sugar semua itu penting . Contohnya , kau dah tahu yogurt is protein dan boleh ambil , tapi ambil yang natural punya . Dulu aku kemain bantai siap ambil bermacam flavor lagi , rupa rupanya yang tu tak elok , sebab banyak sugar . Konon je ada campuran buah buahan . Tapi sugar dalam meal itu , haa . No point jugak kan konon beriya misiku kurus . Selain itu , macam ayam . Belajar belajarlah makan ayam dada instead of tight or peha or wing . Sebab bahagian itu banyak lemak woi . Memanglah ayam is a good protein tapi , kaedahnya kita mampu untuk ubah gaya makan nak sedap itu kepada makan nak sihat ! . Hahaha . Aku ni dulu penggemar ayam tight ! OMG ! Boleh bergaduh adik beradik sebab nak berebut dan tak makan ayam isi . Tapi , semenjak keinsafan tu dah ada , aku ubah. Ku gagahkan juga makan ayam dada . Hahaha. 


  • Untuk berubah memang susah !
Aku mula perasan , semenjak aku take action untuk misiku kurus ini , aku nampak perubahan positif kepada setiap keluarga aku . Aku perasan yang family aku dah mula ingat untuk makan buah buahan setiap hari , makan yang berkhasiat . Walaupun ada yang ambil nasi penuh sepinggan , tapi sekurang kurangnya , kesedaran itu aku dah mula nampak . Bukan itu sahaja , bila tadi aku sibuk baca nutrition information dekat setiap pemakanan itu , ayah aku pun kepoh jugak sibuk baca. Tak tahu lah dia faham ke tak . Hahaha . Jadinya , untuk berubah kepada sesuatu yang baru itu memang susah , tapi kalau kita tak cuba macam mana nak tahu resultnya macam mana kan . Its harder for the first time , but eventually it will easier because you have already tried it before. 


Okay , aku nak tengok cerita Aku Bukan Bimbo !  Hahaha . Assalamualaikum :)