89/366 : DIARY OF THE DAY - 29 MAC 2016



Assalamualaikum ! Hai ! Tempat korang tengah panas ke sejuk ? OMG ! Dekat JB ni panaih lit lit . Kalau hujan turun bersyukur nya sangat sangat . Ketiak memang asyik berlecak je . Hahaha . Oppss , tercakap benda tak senonoh pulak . Sebenarnya sambil sambil aku menaip intro ini , aku tengah fikir , apa topik aku nak tulis ini . Hahahaha . (Aku gelak sorang sorang betul betul ni weyh) . Bukan menaip hahahahha semata mata tapi aku gelak betul betul ye ! Alaaa , apa aku nak tulis ini ? Okay dah ada . Haaa , ini cerita aku pada hari ini :



  • Berat dah turun lagi 0.4 KG
OMG ! I hate being platue.  Sedih kau tahu tengok scale berat nan hado turun . Hahaha . Tapi , scale is not the good measurement lah . Ianya hanya nombor sahaja . Aku fokus jugak pada inch loss , pipi dah tak berapa pau sangat , dah tak rasa mengah mengah kalau bergerak . Dah boleh berlari . Itu satu kejayaan yang hebat dalam weight loss journey kita . Memandangkan aku dah 2 minggu tak timbang , dan aku agak terover cheat . Oh i hate being cheaters ! Betulah orang cakap , once you start being cheat , kau akan ketagih untuk cheat dan cheat lagi ! Dan aku dah kembali ke track asal . Tersasar dua minggu . Sumpah aku rasa tak berkualiti langsung weight loss journey bila ada cheat ini . Alhamdulilah , tadi timbang dah turun 0.4 KG ! At least , aku tak ada lah makan supplement merepek konon makan ubat je terus kurus. Itu sangat mengarut ! Dah badan kau banyak lemak , kena lah bakar dan kenalah disiplin bab makan . I dont take any supplement or ubat ubat ajaib tu semua . Memanglah proses transfomasi berat badan ini memakan masa , ada yang sampai setahun tapi kesannya mesti kita rasa puas hati . So , the choice is always yours ! Hang nak ambil short journey yang berisiko atau long journey tapi risikonya dapat diatasi .


  • Stress tengok orang workout!
Argghh , tadi aku dapat rasakan nya . Aku rasa macam serabut bila tengok orang dekat gym workout sangat emosi . Dah tahu tak larat nak angkat berat  berat , lepastu dok hempas kuat kuat , dengan nada  yang buat orang sekeliling rasa macam "woi , aku pun tengah workout jugak lah" . Hahahaha . Kebanyakkannya orang dekat gym ni poyo je lebih ! Konon nak show off aku yang paling bagus boleh angkat paling berat . Kentut kau ! Setiap orang ada misi yang tersendiri bila datang gym . So , kita kena consider lah . Makanya , bila dalam situasi ini , aku tengok cermin je untuk pandang diri sendiri . Fokus je pada diri sendiri settlekan workout terus gerak . Hhahaaha . Tak boleh lah be in that negative circle .