115/366 : 3 Sebab Kenapa Anda Kena Kemas Rumah Pada Hujung Minggu



Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , hari ini aku berkesempatan mengemas rumah , membasuh baju , vacuum satu rumah serta mop lantai . Ya , memang penat ssampai rasa nak menaip ini pun tidak larat nak angkat jari . Hahaha . Tapi , demi diary of the day aku gagahkan juga . Kalau tak bukannya diary of the day .

Aku nak kongsi 3 sebab kenapa anda semua wajib kemas rumah pada hujung minggu


  • Dapat mengurangkan stress dan serabut sewaktu pulang ke rumah
Semua orang kata , "Rumah ku Syurga ku" . Betul juga pada kata kata ini . Rumah kena lah sentiasa bersih . Aku akui kalau dapur rumah aku ini kotor , aku sendiri rasa malas nak memasak . Kalau bilik tidur bersepah , rasa tak selesa dan rasa malas nak duduk dekat rumah . Hahaha . Lagipun , korang hanya perlu spent masa 2-3 jam untuk mengemas pada hujung minggu . Jangan malas ! Sebab weekdays je makan 5hari kita kena hadap dan nak tunggu weekend pun lama . Setiap kali kekerapan anda pulang ke rumah dan melihat rumah tidak bersih , mesti mood jadi tak elok dan rasa bosan . Makanya , untuk mengurangkan stress dan serabut di kepala , anda amatlah digalakkan untuk mengemas rumah pada hujung minggu . Ala , sekejap je !


  • Lebih teratur
Kalau dah bersepah dan kotor , kebarangkalian untuk lupa barang letak dekat mana akan terjadi . Bila rumah dalam keadaan yang teratur , lebih sistematik tempat susun atur barang barang , mesti otak kita automatik ingat dekat mana tepat barang yang kita letak itu . Bukan itu sahaja , kalau nak keluar dengan cepat , tak perlulah dua tiga kali masuk cari barang yang tertinggal . Nampak bila rumah bersih  , aktiviti harian kita pun akan lebih teratur .


  • Mood lebih ceria dan gembira
Orang cakap , kebahagiaan dan kasih sayang itu sebenarnya bermula dari dalam rumah . Kalau rumah kotor , siapa yang selesa nak tinggal lama lama dalam rumah . Maka , anak anak pun pergilah mencari kasih sayang di luar , budaya melepak . Bila rumah bersih , kan lebih enjoy dapat berkumpul satu keluarga selalu tak payah kena tunggu hari raya baru nak bersama . Kebahagiaan itu sebenarnya boleh dipupuk dari dalam rumah . Percayalah , bila rumah bersih seluruh ahli keluarga kita pasti akan lebih gembira dan rasa macam tak nak keluar rumah sebab rasa selesa .

Segmen 12 Jam Bloglist #20 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 24 April 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #20 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Mei 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...