124/366 : "Sampai Bila Nak Simpan Baju Yang Tak Muat Tuh ?"

 


Assalamualaikum dan hello kepada semua . Hari ini dah hari ke seratus dua puluh empat kita berada dalam tahun 2016 . Macam mana dengan azam korang yang kononnya panjang berjela tu ? Dah tercapai ? Ingat , kena sentiasa audit dan tengok semula so that kita semua akan berusaha untuk mencapai impian yang kita inginkan .

Untuk hari ini , aku nak share dengan korang terutama gegirl yang asyik komplain je bila lah nak kurus , tapi tak buat apa apa pun ! . Nah , you are so wrong girl ! Komplain dari awal tahun lepas sampai sekarang pun kalau kita tak take action terhadap apa yang kita impikan , it would not give the good result to you ! . 

Aku nak kongsikan dekat korang cara aku get out of this excuses katanya nak kurus , tapi tak buat apa apa ! Weh , jangan pemalas ! Kata nak kurus . Semangat tak ada . Macam mana nak kosisten laksanakannya .

  • Cari Sebab Terkuat Kenapa Kena Buat Sesuatu Untuk Kurus !
Normally , aku faham bila aku cakap pasal fitness dan bab jaga makan , mesti orang tak tak serius . Sebab apa ? Sebab matlamat kita untuk kurus tu tak jelas !. Sebagai yang paling dekat ialah , HARI RAYA DAH TAK LAMA LAGI DAH NI WOI ! Masih tak sedar diri lagi ? Hahaha . Takkan nak biar orang sekeliling yang dah lama tak jumpa cakap "Gemuknya kau sekarang ehk !" . Kan lagi seronok bila dengar orang cakap "Woi , kurus ehk kau sekarang !" . Bukan itu sahaja , aku juga pernah cerita tentang big why ataupaun matlamat yang kuat kenapa kita kena jaga makan dan exercise untuk kurus . Ini 3 Cara Aku Macam mana Nak Kosisten Kuruskan Berat Badan .

  • Sampai Bila Nak Simpan Baju Yang Tak Muat Tuh ?
Okay , kesedaran dan keinsafan aku mula timbul dan sangat bertekad untuk kurus ialah bila satu ketika aku kemas wardrobe aku dan asingkan baju yang muat dan tak muat . Ya ALLAH , banyak rupa baju yang tak muat . Teringin aku nak pakai semula baju yang tak muat tuh . Nah , disebabkan itu lah aku bersungguh nak turunkan berat badan . Alhamdulilah , ada sesetangah baju aku dah cuba pakai dan kembali semula muat . So , korang tanya diri korang , "Sampai bila nak simpan baju yang tak muat tuh ?" . Boleh baca cerita  Dulu Gemuk Sekarang Kurus !


So , aku dah share kan dah pada korang ini , terpulang pada korang sama ada nak membiarkan lemak itu menjadi parasit dalam badan kita atau kita buang dia jauh jauh dalam hidup kita . The choice is yours ! All the best !