Pada hari Selasa, 17 April 2018 aku datang untuk menyaksikan sendiri pertandingan makanan yang dianjurkan oleh SDS Bakery & Cakes Cafe iaitu di Paradigm Mall Johor Bahru.
Mesti korang nak tau siapa pemenangnya kan? Jangan terkejut dengan hanya 4 minit 7saat yang berjaya menghabiskan SDS #LongLoafChallenge itu ialah satu-satunya peserta wanita iaitu Rainbow Kumi. Jujurnya, aku yang tengok depan mata pun rasa hebat gila dia. Habis kalah semua peserta lelaki.
Dengan hanya 4 minit sahaja dia mampu menghabiskan, fuhh dan dia cakap, kalau dia sihat probably boleh habiskan dalam tempoh 3 minit gituw. Kau mampu?
Jadinya, kepada seluruh peminat SDS aku cabar korang join this challenge. Korang boleh je pergi mana-mana outlet yang berdekatan dengan korang dan cabar diri korang terutama yang selalu join contest makanan tu.
Aku sendiri tak mampu nak menghabiskannya dan overall pada mereka yang nak makan ala-ala healthy style boleh juga mencuba rasa. Aku rasa fries dia memang highly recommended sebab aku peminat fries, dan fries ni sangat sedap. Untuk set besar ini mungkin sesuai dimakan 3-4 orang atau mungkin korang nak makan seorang pun okay je kalau memang boleh setanding champion Rainbow Kumi la. hahahhaa.
Dapatkan segera set ini kerana ianya sehingga 30 jun sahaja. Jangan nanti dah tiada baru nak craving! Its too late to taste it bro!