Selaras dengan tema 'Bufet Citra Ala Bazar', lebih kurang 15 bazar termasuk hidangan di luar dan di dalam restoran memudahkan pengunjung untuk memilih makanan kegemaran mereka.
Hidangan 'Bufet Citra Ala Bazar' yang disediakan setiap hari sepanjang bulan Ramadan bermula dari 19 Mei hingga 13 Jun 2018 terdiri daripada hidangan-hidangan yang menyelerakan termasuklah pembuka selera, salad, jeruk, daging, makanan laut, barbeku, pencuci mulut, hidangan-hidangan yang pedas dan panas serta minuman-minuman sejuk dan panas. Konsep masakan dari negara Barat dan Arab juga akan diketengahkan oleh Senior Sous Chef Rusle Ahmad serta pasukan jurumasaknya pada Ramadan tahun ini.
Hidangan dari negeri Kelantan, iaitu kambing kuzi yang dipanggang bersama pilihan herba terbaik dihidangkan bersama Nasi Briyani, Ayam Masak Opor dengan kentang dan terung, Tulang Rusuk Masak Merah, Udang Mentega dengan Daun Kari. Selain itu, hidangan tradisional seperti Kambing Gulai Kawah dan Sup Tulang Merah atau Sup Gear Box akan dihidangkan bersama Roti Perancis dan Sambal Kicap.
Di samping itu, menu-menu makanan tempatan yang akan dihidangkan semasa 'Bufet Citra Ala Bazar' termasuklah Asam Pedas Johor dan Gulai Lemak bersama pilihan Ikan Pari , Ikan Siakap, Ikan Kembung dan Ikan Tenggiri, Laksa Johor, Murtabak, Sate Daging & Ayam. 'Bufet Citra Ala Bazar' juga akan menghidangkan Mee Goreng ala Mamak serta Penang Char Kway Teow yang digoreng secara 'live' di depan tetamu.
Di samping itu, terdapat juga hidangan-hidangan lain seperti Pizza, Roti John, Otak-otak serta hidangan barbeku (BBQ) yang merangkumi Kambing Golek, Kambing Bakar, Kepak Ayam, Sosej, Ikan Caru, Ikan Kembong dan Ikan Pari Bakar yang dihidangkan bersama beberapa pilihan sos pencicah. Tambahan pula, terdapat juga gerai yang menyediakan pelbagai pilihan sos pencicah. Tambahan pula, terdapat juga gerai yang menyediakan pelbagai makanan yang digoreng seperti Pisang Goreng, Keledek Goreng, Popiah Goreng, Durian Goreng, Hati Ayam, Paru Lembu, dan Ginjal Ayam dan dihidangkan bersama sos cili, sambal kicap dan sos Thai.
Bagi penggemar ulam-ulaman, bufet tersebut turut menyajikan pelbagai jenis ulam-ulaman kampung yang dihidangkan dengan pelbagai jenis sambal. Tidak ketinggalan juga, Rojak Petis, Tauhu Sumbat, Jeruk-jeruk Malaysia, Acar Jelantah, Keropok Udang dan Ikan serta pelbagai lagi jenis makanan.
'Bufet Citra Ala Bazar' turut menyediakan aneka pilihan pencuci mulut seperti ABC, cendol, ais krim Malaysia, potongan-potongan buah, aneka jenis kek, teh tarik, kopi tarik, puding, jeli dan minuman popular di Klebang, Melaka iaitu Coconut Shake.
Untuk kemudahan pengunjung, Pulai Springs Resort menyediakan surau untuk solat Maghrib dan Terawih.
Para pelanggan dijemput untuk menikmati kemeriahan hidangan yang disediakan dengan harga RM108 untuk dewasa dan RM54 untuk kanak-kanak. Selain itu, para pengunjung juga akan menerima tawaran eksklusif iaitu dengan setiap pembelian 9 orang dewasa, percuma seorang (promosi 9+1) . Bukan itu sahaja, malah, pelanggan yang menjamu selera pada minggu pertama bulan Ramadan iaitu daripada 19 Mei hingga 25 Mei 2018 hanya perlu membayar RM85 untuk dewasa dan RM43 untuk kanak-kanak. Sementara itu, bagi pelanggan yang ingin membuat pra-pembelian baucar, pelanggan boleh mendapatkan baucar tersebut dengan harga RM90 untuk dewasa, RM45 untuk kanak-kanak dan nikmati penjimatan sehingga RM18 seorang. Pra-pembelian baucar ini boleh didapati daripada pihak resort bermula 1 April hingga 10 Mei 2018.
Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila hubungi 07-5212121 atau melalui Whatsapp di +6017 7455776 (Pengurus Restoran) atau e-mel enquiry@pulaispring.com . Untuk tempahan korporat atau secara berkumpulan pula, sila hubungi pegawai Pemasaran dan Jualan di talian 07-5554845. Para pelanggan juga boleh layari laman web kami di www.pulaisprings.com
*semua harga termasuk GST
Hubungi:
Charlotte Monterio
Pengurus Komunikasi Pemasaran
Pulai Springs Resort
Tel : 07-5212121
HP : +6012-7561807
E-mel : marcomm.mgr@pulaisprings.com
Siti Suhaili Bte Md Yusof
Eksekutif Komunikasi Pemasaran
Pulai Springs Resort
Tel : 07-5212121
HP : +6017-7275526
E-mel : marcomm.exec@pulaisprings.com