FAME..SECRET OF STYLISH WOMEN


Bercakap pasal makeup, ain tarik diri la mula-mula sebabnya ain memang tak suka makeup. Sebenarnya dulu-dulu pernah juga rajin tepek makeup. Tapi sekarang, dah kurang sedikitla. Lebih prefer natural look.

Tapi, bila di Bukit Gambang tempoh hari, kita pun terjoin geng JDT Blogger sekali make up. Hahaha. Ain pakai time nak pergi waterpark. Nak tengok tahan lama ke tidak bila dah mandi manda tu.



Fuh ternyata tahan lama woi. Sampai habis mandi tu, Ain lap mulut ain masih ada lagi lip cream Gossip ain tu. Yer, iolls punya code Gossip okay. Tapi i bukan kategori makcik bawang ler. Hakak blogger je. Hahaha.

Untuk bb cushion pula ain pilih natural. Sebab kita kan suka kan natural. Takut nanti orang terkejut nengok warna kulit tak sama dengan warna asal. Hahaha.


Apa yang ain boleh share dekat korang, bb cushion dan lip cream ni kombinasi yang sesuai untuk korang pakai di mana-mana dan dua benda wajib kena ada dalam handbag korang la. Gitewww.

Bibir i dah macam angelina jolie sebab i pakai fame cosmetics leteww๐Ÿ’‹ Tiber


Untuk Maklumat lanjut ⤵

Terima kasih kepada pihak Fame Cosmetics kerana sudi menjadi penaja kepa Eksplorasi JDT Blogger ke Bukit Gambang.

“GO CASHLESS” DI WATERPARK BUKIT GAMBANG

Ini bukan kali pertama ain ke waterpark Bukit Gambang tapi ini kali kedua. Bila dah kali kedua sebenarnya lagi banyak details yang ain tahu tentang waterpark disini.



First, Bukit Gambang Waterpark menggunakan konsep cashless iaitu memudahkan pengunjung untuk melakukan semua transaksi pembayaran. Sistem ini sebenarnya mengelakkan dari duit tercicir atau berlaku kecurian wang. So, korang masuk je boleh topup dulu if nak beli makanan, nak gunakan pelampung. Jadi lepas dah topup dah tak perlulah nak bawa duit masuk, boleh je terus simpan dalam locker.
kredit pic sis lin


kredit pic : kak Dila



Seterusnya, korang kena cuba rasa sendiri pizza ๐Ÿ• dekat sini. Ya ampun sedap betul. Kalau yang jenis tekak pedas cuba lah yang Spicy Sambal. Ain rasa nikmat betul kau dapat makan tu. Hahaha.



Next, baru ku tahu yang dekat Coco Beach ni rupanya ada timing Wave ๐ŸŒŠ dia. Hahaha. So, korang kena pandai bajet masa lah. Nanti dia ada bunyi siren woi, aku ingatkan dah nak tutup ke ape, rupanya siren wave tu nak keluar lah. hahaha.



kredit pic : Kak Seri

Satu lagi dekat sini pun ada surau tau. Korang jangan risau boleh juga solat. Kalau yang suka adventure tu aku sarankan korang cuba semua permainan dia. Best weh. Tapi korang kena fit weh.

kredit pic : kak Mar Mansor

Nak naik ke tempat tu, kus semangat. Aku ingat dulu masa first time naik mengah-mengah weh. Tapi, bila dah dapat cuba, haaaa jerit kauuu puas -puas. Hahaha.





Datang lah kesini pada weekdays bukan pada weekend. So korang tak payah nak kena que dan berebut-rebut. Aku datang masa first time ya ampun ramai betul. Tapi kali kedua ni aku datang masa weekdays peh seronok betul. Dekat toilet pun rasa selesa nak salin baju. Hahaha.


Bukit Gambang Resort City
26300 Gambang, Kuantan, Pahang

Tel: +609-5488000 ext. 8400
Hotline: 016-9884768
Fax: +609-5486288
Email: waterpark@bgrc.com.my

Facebook:

Instagram: