DINNER MAKANAN ITALI DI THE MARCOPOLO KITCHEN
Biasalah kalau dah namanya jalan-jalan cari makan haruslah dari pagi sampai ke malam . Hahaha. Selepas aku ke Hotel Granada untuk merasa menu makanan RM 13 tu, aku dengan Sis Lin dan Kak Sunah terus merancang ke tempat seterusnya. Kebetulan dah nak waktu dinner kan , kitorang pulak berada di lokasi Bukit Indah, Johor Bahru. So , kami terus decide ke The Marcopolo Kitchen.
sebelum makan , macam biasa ambil gambar dulu |
Restoran untuk foreigners
Masuk-masuk je nampak la mat-mat salleh tengah makan dengan anak-anak diorang. Lepastu datang pula pelayan yang memberikan menu kepada kami. “Sorry i cannot speak Malay” Wow ! Pekerjanya juga mostly foreigner ye! So datang sini kena speaking london gituww. Hahaha. Tapi , ada juga pekerja foreigner tu boleh bercakap melayu. Orang indon. Hahaha. Makanya, dialah yang melayan kami.
nyum nyum nyumm.. |
Menu untuk diskaun 50%
Kami terus tanya menu mana yang boleh dapat 50% tu, kebetulan dulu Sis Lin memang duduk area Bukit Indah ni. So, dia memang tau lah restoran ni memang dah dikenali oleh penduduk dekat sini. By the way, Bukit Indah ni memang ramai foreigner. Aku memang suka lepak tempat ni sebabtu aku tau ler juga serba serbi Bukit Indah ni.
Selepas bersembang dengan pelayan tu, inilah yang kami order. Biasalah konsep kami jenis kongsi-kongsi rasa. Haa, gituw.
Spaghetti Bolognese |
Lamb Shank |
Grilled Chicken Gratin |
Kesimpulannya, kalau korang yang orang have-have boleh la datang sini, kalau yang memang berkenan dengan restoran ni boleh terus buat member card. Bukan itu sahaja, aku nak bagi warning dekat kau orang yang memang tekak melayu tulen. Jangan komplain tak pedas, tak cukup kick lah, kang kena halau terus sebab orang Itali mana makan pedas teruk macam kita orang melayu. Hahaha. Macam spaghetti yang kitorang order tu, dia cakap pedas siap letak simbol ๐ถ dekat menu, tiber datang “tak pedas pun” ๐ Pada orang itali, tu dah cukup pedas woi jangan gatal pi mintak cili sos pulak kang jadi macam cerita Senario pulak nanti๐คฃ
๐ The Marcopolo Kitchen
35, Jalan Indah 15/2,
Taman Bukit Indah
81200 , Johor Bahru
Facebook : The Marcopolo Kitchen
Website: www.themarcopolokitchen.com.my
jangan lupa untuk follow dan like instagram @awakmakanape dan facebook Awak Makan Ape