PEREMPUAN TUDUNG SINGKAT

PEREMPUAN TUDUNG SINGKAT

aku ain kau siapa
ni lah aku..aku jenis pakai tudung hentam keromo weh.hahaha.

Waktu aku menaip ini sekitar jam 2:20 pagi. Aku tak boleh tidur. Sungguh rasa sayu gila hati ini. "Tuhan, apa lagi yang Engkau hantarkan padaku?" Satu perasaan yang dah lama aku pernah rasa. Pastu aku lupakan.

Aku pernah dulu buat, tapi sekerat jalan. Sebab aku rasa perasaan tak jadi diri sendiri. This is the things about me. Aku suka jadi diri aku sendiri..tapi, tentang ini..

Aku nangis. Aku jadi suka tengok perempuan yang melabuhkan tudungnya. Yer, aku kategori perempuan tudung singkat. Dulu sekejap aku pernah lah cuba-cuba labuhkan tudung. Tapi benda tuh sekerat jalan je. Aku kembali lagi pakai hentam keromo. Sedihnya rasa. Ala, sambil aku menaip ini, air mata terkeluar woi. Gila betul perasaan ini.

Dulu, aku pernah jadi perempuan "coverline". Konon sanggup pakai cardigan kalau aku pakai baju lengan pendek. Just to impress lelaki yang aku suka. Tapi, hampeh. Entahlah, tentang aurat ini. Aku memang tak berani nak cakap besar. Cukup aku hanya pandang pada diri sendiri sahaja. Sedihnya rasa. Kenapa aku jenis perempuan serabai ehk bila pakai tudung? Aku macam alaaa asal boleh , janji aku pakai tudung dah. Settle. Kenapa? Hahaha.

Bila refresh semula tengok balik aku ni, aah la memang kau perempuan selekeh serabai pun Ain! Aku tak mintak banyak. Mungkin yang baca ini boleh doakan yang terbaik untuk aku. Aku malu sebenarnya nak publish benda ini, yela.. Aku takut sangat nak cakap pasal ini. Tapi, Allah bukan saja-saja hantar perasaan ini kan? Dia hantar untuk aku sendiri yang sedar. Tapi, aku keliru. Aku nak melabuhkan tudung aku ini ikhlas kerana Dia atau just to impress someone? Benda ni yang aku tak nak lagi berlaku.. Hmm.

Terus aku tekan #tutorialtudung dekat Instagram, aku save mana yang aku nampak herlok dimata. Insyallah. Tak cuba mana nak tahu kan. Oh, pesanan penaja lagi-lagi yang dekat dengan aku, kalau nampak ain selekeh serabai tu, tolong betulkan tudung ain yer! Tak ape, ain lagi suka. Sebab dulu masa ibu ada, dia yang betulkan tudung ain, dia yang ikatkan rambut ain kalau pergi sekolah dulu. Sekarang, i need to do all by myself. Ain dah terbiasa hidup dengan lelaki. Aku tetap perlukan sokongan kawan-kawan perempuan supaya aku jadi lebih perempuan. Kahkahkah. Kbai. ❤️

*sebenarnya masa aku tak boleh tidur ni, aku up dekat instagram story, "tak boleh tido", kak Sunah woi kan aku..aku nak mengadu benda ni dekat dia, tapi aku malu sangat! ni dah terbagitau dekat diari ain.haa, paham sendiri lah melayan adik ain yang blur dan slow ni.hahahha.(opps,ter adik pulak) puih.kbai!