|
Selamat Datang ke Lemon Tree |
|
Menunya |
|
Buka je menunya terdapat beberapa info mengenai Lemon Tree |
CAWANGAN BARU RESTORAN LEMON TREE DI KOTA MASAI JOHOR
Restoran Lemon Tree ni dah lama juga aku dengar semenjak join geng #makanmakankurus , #projekcarikmakan . Aku dengar dari siapa? Haish , daripada pengasas hashtag #sismakanaje iaitu Sis Lin . Oh yer gais , dia bagi hashtag baru dekat aku tau . #ainkunyahtelan . Gasak perut aku kunyah terus telan . Hahaha. Boleh baca post Sis Lin tentang Lemon Tree ini.
So, jumaat lepas aku dan beberapa geng lain berkesempatan untuk mencuba beberapa menu yang dihidangkan. Paling special semestinya dicawangan baru Restoran Lemon Tree ni yang terletak di Kota Masai . Aku pergi bersama dengan Kak Sunah Sakura .
Apa yang kami cuba? Jom tengok gambar nya..
|
Yang Chow Fried Rice |
|
Hichory Ham & Egg Grilled Chicken Chop |
|
Mee Mamak |
|
Seafood Cheese Baked Rice |
|
Grilled Salmon Fish |
|
Gong Bao Chicken |
|
Hichory BBQ Ham & Cheese Grilled Perch Fish |
|
Spicy Tuna Pizza |
|
Island Seafood Pizza |
|
Hawaian Chicken Burger |
|
Black Pepper Beef Burger |
|
Double Chocolate |
|
Tiramisu |
Jadi, apakah yang menjadi kegemaran ain? Semestinya ...
- Yang Chow Fried Rice , ini kerana nasi goreng nya tidak berminyak dan sedap je dimakan dengan potongan timun jepun (ada rasa masam-masam) dan digaul dengan nasi nya..Wow!
- Hichory Ham & Egg Grilled Chicken Chop ,Wow sos nya sahaja dah begitu sedap makan pula dengan salad-salad yang membawa rasa masam sedikit , memang kombinasi yang sangat bagus
- Seafood Cheese Baked Rice , Kalau menu yang ini mula-mula aku tak letak high expectation ,yelah kan cheese nak makan dengan nasi kan ..takut kena report pulis je.hahhaa. Tapi menu yang ini , tolong tarik balik aduan anda yer! Sedap sangat dan sangat direkomen untuk yang suka mencuba menu fusion.
- Island Seafood Pizza , wow bab pizza ni kan pun aku nak puji , pizza dekat Lemon Tree ni sangat crusty weh dan menu ini menjadi pilihan. Lagi sekali aku nak puji pandai dia combine timun jepun tu.
- Hawaian Chicken Burger , alamak yang ni memang menjadi pujaan hati.. aku banyak juga merasa yang ini sebab sedap sangat lagi-lagi kepada yang suka burger yang ada rasa juicy dan basah-basah orang kata tidak dimasak kering.
- Tiramisu , sangat moist kek nya. Sangat sesuai sebagai penutup untuk segmen #awakmakanape pada hari itu. Hahaha
Harga? Mula-mula bila aku masuk ke restoran ni, aku expect harga mesti quite mahal , tapi sebenarnya harga nya just nice weh. Konsep kedainya memang sangat sesuai untuk makan seisi keluarga dan rakan-rakan. Boleh dikatakan hampir kesemua menunya boleh dinikmati oleh semua kaum. Oh ya, nak kasi tau minuman yang disediakan disini memang less sugar yer. Kalau order minuman buah, memang pure rasa buah . Macam ain order warm water (dihidang bersama dengan lemon) dan jugak hot strawberry tea. Gula diasingkan. Kak Sunah order Ice Latte, memang pahit kau. Tapi, korang boleh request gula la. Hahaha. So, orang-orang sekitar kawasan Kota Masai , apa tunggu lagi.. jom serbu.
Restaurant Lemon Tree
39, Jalan Kota 2, Taman Cahaya Kota Puteri, 81750
Jangan lupa untuk like Facebook Awak Makan Ape , dan follow Instagram @awakmakanape. Nak pesan lagi , dah makan sedap tu, jangan lupa gunakan hashtag #awakmakanape untuk kongsikan kepada semua penggemar makanan okay!