DUA PULUH TUJUH APRIL


DUA PULUH TUJUH APRIL

Aku ni jenis manusia yang sukakan pada nombor. For me nombor adalah fakta. Masa sekolah dulu yang paling aku suka ialah Matematik dan Prinsip Akaun. Sebab tu aku ni jenis cepat ingat nombor. No tepon , no flat kereta dan tarikh lahir orang.  Hari ini, dua puluh tujuh april.. Tarikh ini sepatutnya aku meraikan hari jadi dia. Hari ini hari jadi ibu. Kalau ibu masih ada , dia sekarang dah masuk 60 tahun.

Ibu , hari ni juga lerr ada jiran yang bertanya tentang ibu. Semua tentang ibu pasti buat ain mengalir kan air mata. Sebak sangat! sebenarnya beberapa hari lepas ain nak ziarah kubur ibu. Tapi Ain tangguh tangguh. Insyallah nanti ain ziarah okay. Ibu... Ain rasa seronok sangat bila ada yang berkata.. "ibu awak dulu baik sangat.. peramah..." I'm just so lucky to have you sebagai ibu.

Cumanya itu lah.. Allah bagi pinjam ibu kejap sangat. 22tahun je ain sempat rasa.. Tapi ain dah lama redha. Ibu... kalau ain sedih selalu ain cakap dekat diri ain  "Cian ibu lahirkan ain penat penat... sampai hati ada orang sakitkan hati anak ibu ni kan..tak apa ibu... ain kan kuat ... ain boleh tepis semua tu."

Ibu, hari tu Ain pergi Melaka. Bila nampak Hospital Melaka tu.. Dulu Ain trauma sangat. Sampai rasa fobia gila nak pergi Melaka. Sebab itu la tempat terakhir Ain tengok ibu masih bernyawa. Sebab tempat itu la ibu cakap "sorry Ibu tak dapat datang  konvo Ain". 😭  Melaka juga tempat ibu dimarah herdik oleh keluarga ibu.. Sampai kita semua tawar hati tak nak balik Melaka. Ayer Keroh..Ain ingat mana rumah ibu dibesarkan. Mana boleh lupa kan.

Tapi , semua tu tinggal kenangan. Ain buang semua kisah sedih ibu itu.. Sebab ain tahu semua tu kalau tidak di buang jauh ain tak akan kemana. Ain tak mampu nak bagi hadiah yang mewah untuk ibu.. Cukup hanya menjadi anak yang solehah di dunia ini sebagai hadiah hari jadi untuk ibu. Terima kasih sebab lahirkan ain. Jadikn ain Princess Ibu. Semoga ibu bahagia disana. 💕💖😍

Selamat Hari Jadi Ibu
Al-Fatihah
Nor Fatimah Binti Ismail
27 April 1959- 17 November 2013

psttt: itu lah last gambar aku beraya dengan ibu..

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. pengalaman tu mematangkan kita..tak kira ia sesuatu yang memeritkan atau yang menggembirakan..akak kagum dengan ain, sebab ain kuat! kalau ain tak mampu, Allah tak akan pilih dan uji ain macam ni...insya'Allah, we ols ada kat belakang ain! teruskan jadi anak solehah!

    BalasPadam
  2. Al-Fatihah kuhadiahkan pd ibu Ain di hari jadinya. Ain, seperit mana seorang anak kehilangan ibu tidak seperit seorang ibu kehilangan anaknya. Ibu Ain tentu gembira di sana kerana punya anak solehah yg sentiasa menghadiahkan ibu dengan kiriman doanya setiap hari.
    Tiga perkara yg akan sampai kepada si mati di alam sana..
    1. Sedekah jariah
    2. Ilmu yg bermanafaat
    3. Doa anak yg soleh

    Semoga ibu Aib berbahagia & sejahtera di sana.

    Oh ya, cantik ibu Ain 😍😍😍

    BalasPadam
  3. Ada hikmah di sebalik ujian dari Allah..
    Salah satunya...lihatlah Ain sekarang!! Dah pandai berdikarai, jadi gegirl, dan matang..mungkin kalau ada Ibu, Ain tidak sekuat seperti sekarang...

    Dan ingat satu...Allah lebih menyanyangi Ibu Ain sebab tu dia amik Ibu Ain..nampak tak di situ..kita? Adakah Allah sayang kita? .....tapi kenapa kita masih di sini....
    huhuhuhu :(

    BalasPadam
  4. Al Fatihah buat ibu ... Aku tahu kau kuat...tetap semangat! Terus jadi anak yg baik ya... Aku doakan kau bertemu jodoh..di mana maknya baik...sempoi terima kau.......Amin....Boleh menumpang kasih...

    BalasPadam
  5. pinjaman yang berharga kan ain?! 22 tahun pun tetap tak mampu nak ganti dengan nikmat dunia yang lain.

    BalasPadam
  6. alfatiha utk ibu ain ituuu

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.