BERBUKA PUASA DEKAT TAMAN TEMA...ADA KE?!

Image may contain: 6 people, including Farahuda Hud, Farah Dinah Hassan and Nur Farahain, people smiling, people sitting and indoor

BERBUKA PUASA DEKAT TAMAN TEMA...ADA KE?!

Ada ler... menjawab kepada tajuk ada ke berbuka puasa di taman tema. Iya , ada di Johor iaitu di Legoland . Melangkah kaki kesini pada bulan ramadhan aku dapat merasakan anak-anak mesti dah bad mood sebab dah la kena menahan lapar dan dahaga. Tak boleh makan , tak boleh minum. TAPI , boleh main disini.  Dah nama pun di taman tema Legoland.

Walaupun , lokasi tempat makanan ini terletak di Legoland Hotel bukan di dalam taman temanya , namun ianya pasti membuat anak-anak merasa sangat seronok dan gembira. Tambahan pula , aku menggalakkan kepada pengunjung untuk datang lebih awal , sekurang-kurangnya anak-anak boleh ler bermain lego serta menconteng dan mewarna di meja makan. 

Kebiasaannya anak-anak akan dimarahi oleh ibu ayah bila tangan mereka gatal menconteng di meja , tapi di restoran ini perkara itu TIDAK AKAN DIMARAHI! Hahaha. Ini kerana restoran ini menyediakan alas meja kertas dan disediakan sekali sekotak krayon untuk kanak-kanak bebas melukis , mewarna , menconteng serta terdapat juga teka silang kata. Jangan cakap kanak-kanak , aku yang datang hari tu pun siap conteng sekali meja makan. Hahaha. Rasa seronok pula. Iya la , kecik-kecik dulu nak conteng selalu kena marah. Hahaha.
Image may contain: food

Image may contain: 1 person, food and indoor
Bercakap mengenai buka puasa , sudah semestinya ramai yang akan tertanya apa la menu yang dihidangkan . Banyak ke? Berbaloi ke dengan apa yang aku bayar ni? SEDAP KE?. Itu lah antara persoalan yang selalu ditanya. Berbaloi kerana harga yang dibayar akan memberikan kepuasan kepada anda.

Meh aku kongsikan kenapa . Pertama , restoran ini menyediakan kombinasi menu dari negara Asia antaranya ialah Singapura , Thailand , Indochina , Indonesia , Filipina dan India. Tak lupa juga hidangan dari negara Malaysia. Istimewanya pada bulan ramadhan ini disediakan juga menu gulai kawah , gulai kambing , asam pedas serta lemang , ketupat , burasak , rendang serta serunding. Haa , komfom pelancong luar negara yang datang terus fefeling berhari raya di Malaysia. Padahal baru sambut bulan puasa. Hihihihi.

Image may contain: food

Image may contain: table, dessert, food and indoor
Seterusnya , istimewanya apabila anda berbuka puasa disini ialah juadah pencuci mulut yang sangat banyak sehingga rambang mata nak makan yang mana satu. Apa yang pasti , bila waktu berpuasa ini , tekak kita mesti nak cari kuih-kuih tradisional kan . Haa , jangan cakap aku tak bagitahu okay dekat sini ada sagu gula melaka , kuih bakar , kuih ketayap , kuih lapis , pulut serunding dan bermacam lagi. Kalau nak disenaraikan jenuh sampai habis puasa tak settle. Hahaha.

Apa lagi yang menarik disini ? Terdapat juga makanan bakar-bakar yang disediakan di luar restoran. Apa yang pasti , kambing tergolek , kambing bakar , sate dan bermacam lagi semestinya anda dapat rasai jika berbuka puasa disini. Jenuh punya cerita nama restoran pun aku tak sebut kan . Brick  Family Restaurant lokasi pilihan , jangan lupa untuk berkunjung ke sini. 

Membawa tema Spices of Nusantara , apabila anda berbuka puasa di Brick Family Restaurant ini pasti akan membawa kenangan terindah serta kegembiraan buat seisi keluarga. Jadikan bulan ramadhan pada tahun ini sebagai satu momen yang boleh anda kongsikan bersama yang tersayang. "Aku dah buka puasa dekat taman tema, kau dah ke?"
Spices of Nusantara International Buffet
6 Mei - 6 Jun 2019
6 pm- 10 pm

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut , sila hubungi :
Email : admin.fnbhotel@legoland.my
Phone : 6075603808 /3884

Harga :
Early Bird
Dewasa : RM 118 nett
Kanak-kanak : RM 58 nett

Harga Biasa 
Dewasa : RM 148 nett
Kanak-kanak : RM 78 nett

Harga Tiket parking : RM 8 sekali masuk

2 comments:

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.