SELAMAT HARI IBU...UNTUNGNYA KORANG YANG MASIH PUNYA IBU.. - Aku Ain Kau Siapa

Sunday, May 12, 2019

SELAMAT HARI IBU...UNTUNGNYA KORANG YANG MASIH PUNYA IBU..

Happy mother's day background Free Vector
sumber : freepik

SELAMAT HARI IBU...UNTUNGNYA KORANG YANG MASIH PUNYA IBU..

Aku sekadar berkongsi apa yang aku rasa dan luahkan di diari online ku ini. Kalau korang tahu bila saat aku tengah sedih, perasaan itu yang akan datang dulu. Satu-satu nya perasaan itu akan muncul dahulu. Perasaan rindu. Perasaan rindu yang teramat pada ibu.

Cuma aku pilih untuk tidak mengungkapkan. Betapa rindu sangat bila aku sedih. Sebabnya, dulu-dulu aku ni ditatang sebijik macam seorang princess. Cumanya princess orang biasa-biasa la. Bukan ada-ada yang berketurunan raja tu. Hehehe. Kalau nak tahu, arwah ibu dulu panggil aku “Princess Ibu” okay. Ada satu lagi, “princess tembam” hahaha. Sebab aku dulu gemok nak mampus dan saiz badan aku lagi besar dari arwah ibu aku. 

Tapi, bila ibu menyakat aku dengan memanggil princess tembam aku terus merajuk. Aku teringat dulu perangai kuat merajuk aku ni boleh tahan dasyat. Sampai level mogok duduk dalam bilik tak nak makan. (konon boleh kurus ler kan buat perangai macam gitu) Ibu ni dengan tak larat nak naik tangga, naik jugak ke bilik aku dan pujuk aku makan. Hmm, alamak nak nangis pula rasa bila teringat balik ni. 😪
Ini lah lagu kegemaran aku kalau aku rindu ibu!Ratu Hati - Innuendo

Ibu cakap , “biarlah orang mengata anak ibu lagi besar dari ibu..janji anak ibu sihat tak ada sakit”. Ibu takkan pernah sekali biar anak dia dikutuk dan menjadi perbualan mengata orang. Dia akan datang bak superwoman “backup” satu-satunya princess dia ni. Besarnya pengorbanan ibu. 

Ibu, ain tahu ain tak kan boleh sekuat macam ibu. Setabah macam ibu. Sebenarnya, ain rasa benci bila ada rasa sedih ni. Bila perasaan ni datang secara tak langsung ain jadi lemah. Hmm.. 

Ain tahu ibu bahagia dekat sana. Allah jaga ibu kan. Dah lama sebenarnya ain taip luahan ini tapi ain biar je dalam draft. Tak nak publish untuk dibaca secara public. Tapi , hari ini sempena hari ibu..Ain decied untuk publickan supaya Ain dapat kongsikan kenangan indah ini.

Tak nak ungkapkan lebih banyak. Cuma mahu ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu! Awak yang masih punya ibu tu, hargai lah dia sebelum dia ‘pergi’. 

Selamat Hari Ibu kepada mak Awak. Semoga satu hari nanti, mak awak jadi mak mertua saya !😜

21 comments:

  1. Semoga arwah ibu kau tenang di sana...Al Fatihah....

    Aku doakan kau dapat mak mentua persis ibumu..perilakunya....agar kau bisa tidak sedih sedih lagi dong...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaahahha.. amin. tq non doakan aku 💖💖💖💖😍😍😍💕💕💕

      Delete
  2. cuma tak dpt balik je hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. alololo...ingatlah mak selagi dia ade di dunia ini. 😉

      Delete
  3. Bila baca kisah Ain dengan ibu, akk selalu terbayang akak dgn Iman

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe.. bonda dgn yaya...😍😍😍

      Delete
  4. selamat hari ibu buat ibu2 diseluruh dunia... al-fatihah buat arwah ibu ain

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih 🤗 selamat hari ibu jugak. 💕💕💕

      Delete
  5. Selamat hari ibu juga.. Alfatihah buat insan tersayang yang telah pergi dahulu..

    ReplyDelete
  6. semoga arwah ibu ain ditempatkan di kalangan hamba2Nya yang bertaqwa..ameennn

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.tq atas doa nye kak sun.. 😘😘😘😘😘💕💕💖💖

      Delete
  7. Moga kebahagiaan sentiasa bersama Ain...aamiinn

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.. terima kasih sis selalu membahagiakan dan menceriakan hari2 ain. 😘💕😍💖

      Delete
  8. assalamualaikum ain...Al-fatihah buat ibu ain semoga dia tenang di sanakn....moga ain bisa bertemu kebahagian itu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam mama... amin.. terima kasih atas doanya 💕💖

      Delete
  9. kita serupa.. semoga arwah ibu2 kita ditempatkan bersama orang2 yg beriman dan beramal soleh..

    ReplyDelete
  10. ayo daftarkan diri anda di AJOQQ :D
    menangkan jackpot dengan sebanyak-banyaknya :D

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.