sumber gambar |
DISEBALIK ANAK PATUNG "WINNIE THE POOH" YANG KITA TAK TAHU
Aku masih lagi teringat sewaktu aku kecil (ceh padahal sampai sekarang masih ade lagi teddy bear) , arwah ibu aku memang suka belikan aku anak patung atau pun teddy bear , tambah lagi barbie. *Jangan judge yer kononnya malaikat tak masuk ler...tak elok ler.. Sebagai seorang ibu yang hanya memiliki seorang anak perempuan sudah tentu la dimanjakan dengan permainan gegurlzz! Tak gitu.Sampai sekarang , anak patung ni masih lagi ada dengan aku. Winnie The Pooh. Tak ingat bila ibu belikan , tapi anak patung ni aku siap bawak 'travel' ke tempat belajar masa aku di Matrikulasi dan juga di Uitm. Jauh juga anak patung berjalan sampai ke kedah yer! Hahaha. Kalau aku rindu dekat ibu aku , aku akan peluk pooh ni kuat-kuat masa tidur.
Ada satu persoalan yang dari dulu lagi aku tertanya-tanya. Malah , aku pernah bertanya kepada ibu aku juga, "Pooh ni sebenarnya perempuan ke lelaki?" Hahahahhahaa. Tapi , ibu aku tak jawab rasanya. *Kelako betul level pemikiran aku ni. Sebabnya setiap watak kartun dan permainan ni mesti ada jantina kan.
Akhirnya , setelah usia aku 28 tahun baru lah aku tahu. Kenapa konflik jantina ni menjadi persoalan masa aku kecik dulu. Persoalan yang terjawab selepas aku menonton filem "GOODBYE CHRISTOPHER ROBIN" . Filem ni lah yang mengupas bagaimana karakter Pooh ni wujud. Malah , kecelaruan identiti Pooh ni perempuan ke lelaki dah terjawab dalam filem ni. HAHAHAHA.
SEDIH! Itu satu perkataan pertama yang keluar selepas aku menonton. Patut ler , patung ni banyak memberi "sense of " kasih sayang dalam diri aku. Kasih sayang itu sebenarnya bermula dari rumah. Goodbye Christopher Robin ni bersambung pula dengan filem Christopher Robin. Christopher Robin yang sudah ada keluarga sendiri dan memiliki seorang anak bernama Madeline.
Korang wajib tonton sendiri. Filem ini sebenarnya penuh dengan sindiran kepada ibu ayah yang sibuk dengan kerja sampai terlupa anak. Kembalinya Pooh ke dunia mereka itulah membuatkan christopher sedar. Oh ye , bahasa yang digunakan dalam filem ini ialah british accent .Aku seorang yang suka kan british accent , sebabnya ianya nampak macam menyindir tapi setiap maksud perkataan tersebut memberi makna yang tersendiri. KALAU LAH KAU BOLEH FAHAM. Well , tak semua orang boleh faham ayat tu sebagai satu ayat menyindir.
Aku tak nak cerita lebih-lebih , tapi aku sangat sarankan kepada korang , kedua-dua movie ni sangatlah memberi inspirasi kepada kau lagi lagi ianya menceritakan tentang kekeluargaan. Wajib ditonton walaupun ianya tentang fantasi teddy bear. Aku nangis tengok cerita ni. Mungkin sebabtu arwah ibu berikan aku Pooh. Walaupun dia tak tahu pun asal usul cerita sebenar Pooh ni. Ke sebenarnya ibu dah tahu? Hahaha.
Banyak qoute ataupun skrip-skrip dalam filem ini yang sangat mendalam maksudnya. Tapi yang paling aku suka ialah :
“Sometimes when I’m going somewhere and I wait, somewhere comes to me.”
I interpreted this quote as “everything will happen when the time is right”. There are just some things you can’t rush: love and success. There are many things in life that have to come naturally. With our instant gratification personalities, it’s hard to wait. We feel like we always have to be doing something. I’m thankful for the patience of Pooh to put me back in the right mindset.
“I always get to where I’m going by walking away from where I’ve been.”
This is one of the cutest Christopher Robin movie quotes but it really touched me deep. It was an innocent reminder that we can never move forward if we are stuck in the past.
daripada sumber : butfirstjoy.com
Korang ada ke anak patung Pooh dekat rumah tu? Ke ada sekali dengan kawan-kawan Pooh , si Piglet , Eeyore and Tigger?
kat umah kita ada Pooh aje.. dulu kegilaan jugak kumpul Pooh ni
BalasPadamhahahabahaa...kalau nak kasi dekat ain pon boleh..🤩
PadamHihi, takde anak patung tapi adalah bantal busuk sendiri! Hehe. Yg mmg selalu dibawa tidurr! Huhuhu. Anyway, jom singgah baca my new entry! Hehe https://koxtau.blogspot.com/2019/07/the-struggle-is-real-2.html ^^
BalasPadamhehehehehe.alaaa bantak busuk lagi lama tu yg lagi legend kan
Padamakak pulak suka british accent sebab bunyi s dia banyak dan lenggok dia sedap...paling suka bunyi british dalam cite Me Before You...boleh terjangkit cara speaking dia beberapa hari
BalasPadamlepass ni kite speakinggg british accent yerrr haahhhaahaha🤣🤣🤣🤣
Padamkite dah takde anak patung,semua dah bagi orang...ad stu je ank patung dpt sempena konvo baru2 ni..tu pun mak suruh bagi org..hahahaha sadis...
BalasPadambtw saya pon suka british accent.....kalau sy speaking british accent berhabuk gitu...mesti kene perli...hahaha pooh pon my favourite cartoon..nostalgia sungguh...jemput singgah blog saya :D
https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/
ada tengok filem kat astro tapi tak habis tengok.
BalasPadamFeverettt bear kitaaa tahan dulu tgk wayang citer pooh ni.. Hahaha
BalasPadamkita tak suka anak patung awakkkk.. tapi dulu babah ilham ada bagi kita satu.. kita punya sayang kat tuan dia kita terpaksalah sayang gak kat bear tu awak.. ada kita simpan bear tu.. anak kita pun pelik ye ke ni ummi punya bear..kahkahkah..
BalasPadam