AMBIL REPORT CARD ANAK JIRAN!!

sekolah kebangsaan bandar uda 2
Kak Ain dan Risya

AMBIL REPORT CARD ANAK JIRAN!!

Iyer , setelah sekian lama aku meninggalkan blog ini. Rasanya lama dah juga aku tidak menaip. Aku banyak buat video. Kalau ditanya yang mana paling aku minat , sejujurnya aku lebih minat membuat video kerana bercakap. Aku suka bercakap. Kalau aku kurang bercakap tu , maksudnya there something wrong yang berlaku kepada aku. Hahaha.

Anyway , sekarang dah pun masuk cuti sekolah. Aku throwback sikit okay sebelum cuti sekolah haritu. Aku berkesempatan untuk teman anak jiran aku iaitu NF Generation ke sekolah mereka untuk mengambil report card. Mama dan baba diorang tak berkesempatan atas urusan kerja , jadinya aku pulak ada kelapangan masa , maka aku pun teman lah diorang.
sekolah kebangsaan bandar uda 2
Rina dan Risya

sekolah kebangsaan bandar uda 2
Dengan geng Risya , ni dua ketul pun jiran jugak. Hahaha. Nurin dan Fariha
Okay , ade dua versi yer , 1 versi di sekolah kebangsaan dan satu lagi di sekolah agama. Sekolah kebangsaan aku pergi jalan kaki je masa tu Kakak Tini (kakak penjaga diorang) tu teman sekali. Waktu tu pulak , Risya dan Rina memang dah ada di sekolah. Jadinya , siapa penjaga yang datang awal , jadinya anak pun dapat balik awal.

Seperti yang dijanjikan aku dan Kak Tini pun pergi berjalan kaki. Tengok lah sendiri vlog pendek aku buat tuh. HAHAHA. Kelako giler bila berada dekat kelas Risya. Memang bebudak kelas diorang gasak bermain , kemain excited ajak aku masuk dan duduk di dalam kelas diorang.

Berbanding dengan kelas Rina (maklumlah kelas pertama) skema dia boleh tahan. HAHAHHA. Itu belum lagi nampak budak-budak acah acah macam rajin padahal baca buku terbalik. Kuat berlakon kau ehk dik depan cikgu! Akak kau ni dulu pun kelas pertama tapi takde lah sampai kuat berlakon gitu.Akak ko ni dik termasuk kelas pertama sebab kawan-kawan yang rapat semua pandai-pandai. Jadinya , dengan aku sekali terpandai sama. Akak kau ni dik , jenis belajar ala kadar jer..yang penting kena pandai work smart! Kah!

Tamat cerita sekolah kebangsaaan , masuk pula cerita sekolah agama! Oh ya, ini hari yang berbeza yer. Jangan korang ingat hari yang sama pulek!

Bebudak dua ketul ni dia punya kelako ya ampun! Boleh pergi sekolah salah time! Sepatutnya sebelah petang , tapi di ajak nya sebelah pagi. Aku pelik kenapa ehk sunyi je skolah takde kereta . Rupanya sebelah petang.HAHAHAHAA.

Jadinya . pukul 2:30 petang , kitorang pergi lah ke sekolah agama. Menyempat jumpa dengan Blogger Kak Mia Liana. HAHAHA. Si Rina pula buat perangai , tak nak masuk sekolah sebab tak pakai baju sekolah. Ya ampun dah ler time tuh panas terik. Padahal memang dah bagitau tak payah pakai baju sekolag pun takpe. Skema betul! HAHAHHA.

Sampai je kelas Rina , amek nombor dan tunggulah sehingga nombor dipanggil. Takde sembang panjang . sign kedatangan dan settle!. Pergi pula kelas Risya. "Kelas berpindah ke bilik.." Pulak dah! Woi , dah la kelas Risya atas sekali , kena mendaki jugak ke kelas tu .

Rupa-rupanya cikgu Risya takde. Hampeh! Amek report card je seperti 'layan diri' . HAHAHHAA. Zaman sekarang sistem dah maju ehk , diorang dah ada sistem yang boleh semak markah diorang. Dekat website ape entah si Risya tunjuk aku.


"Cuba kak Ain check kak Ain punye" Woi , hakak kau ni dik dah 11tahun tinggalkan sekolah. Nak sedapkan hati , aku key in ler jugak ic aku. HAHAHAHHAHAHHAHAAAA. Padahal dah tahu memang tak akan ade.

Gitu ler ragam bila aku teman anak jiran amek report card. Pada aku kepandaian dan kebijaksanaan seseorang budak tu bukanlah diukur daripada apa yang tercatat di report card nya , tetapi bijaksana dan pandainya dia apabila dia terus bangkit saat dirinya jatuh dan gagal. 

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Bagus ko ek..dah bolelah amik anak angkat Ain..hehehehe

    BalasPadam
  2. salam kenal jdt bloggers..hihi.
    Terima kasih tinggal kan jejak di blog saya.

    www.safirulamar.com

    BalasPadam
  3. wei jumpa kak mia tak hajakkkkk :p

    BalasPadam
  4. Sekarang sekolah memang ada sistem boleh check result. Canggih. Dulu2 masa kita xde lagi 😅.

    BalasPadam
  5. Hahaha aduh kelakar baca 😅🤣🤣🤣.

    Wahh bagus dah maju sekarang pakai system. Dulu report kad je hehe

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.