WEEKEND DI LEGOLAND , PUAS HATI GILE DAPAT MAIN ROLLER COASTER !!
Sabtu yang lepas atau lebih tepat lagi 7 Disember aku DIJEMPUT. Hahahaha sengaja membesarkan font itu , yes , kak Sunah mendapat 4 tiket Legoland one day pass. Siapakah 4 orang yang terlibat? Aku , Kak Sunah , abang aku dan kawan kak Sunah geng Sarawak. Awal awal ayat lagi dibuka dengan ucapan terima kasih kepada Kak Sunah kerana pada hari itu aku berasa sangat gembira dan berpuas hati.
Kerana apa?
Kerana aku dapat main roller coaster. Aku ni sebenarnya penakut boleh tahan juga tapi aku tak tahu kenapa setiap kali nak naik roller coaster , neves tu ada tapi bila dah lepas aku rasa puas giler! Enjoy the ride! Betul sangat apabila kau fikir rasa takut , ketakutan tu akan berada dalam diri sepanjang naik roller coaster tu tetapi kalau kau nak rasa enjoy tu , you just have to feel it. Sumpah best giler!.
legoland dan sealife kami tapau! |
Oh ya , kali ini Legoland membawa tema Brick-tacular holidays shows! Well , krismas pun dah nak dekat kan. Memang bermacam aktiviti dan persembahan yang akan ada. Kak Sunah kata , "hari ni kita datang sini enjoy puas puas". Haaaa, aku memang betul-betul enjoy sepanjang tu.
Konon sehari sebelum tu siap whatsapp kak Sunah tanya sampai pukul berapa dan dia jawab sampai pukul4 , kihkihkih lajak kau! Aku yang umur dah doploh lapan pun kemain terlajak bila masuk sini apatah lagi kanak kanak kan. Lagi la tak nak balik.
Rezeki kami lagi apabila mendapat voucher makanan seorang RM40. Kita tengok apa yang kami lunch , oh yer rezeki lagi apabila geng blogger kami iaitu Kim datang. Tapi , kawannnya ada urusan tak dapat dielakkan makanya bertambah lagi ler voucher makanan kami. Aku tak komen banyak tentang makanan di Legoland kerana pada aku memang semuanya sedap-sedap belaka.
lunch kami! |
Pizza ni sempena krismas promo |
minum petang kami! |
Anyway , aku cuba semua roller coaster kecuali yang basah tu (ikutkan nak sangat) tapi komfom basah kuyup!. Sampaikan aku cakap next time nak try masuk water park je pulak. Nak basah puas-puas. Hahaha.
Ini merupakan kali keberapa entah aku masuk ke Legoland sebab cover event , dan kali ni lah baru aku mencuba main permainan NinjaGo atas desakan Kak Sunah. Dia cakap ," aku dah cuba korang pergi , sebabnya satu permainan tu 4 orang". All above all , aku rasa seronok giler! Terima kasih lagi sekali kepada kak Sunah sebab dia mengajak kami insan yang terpilih. kihkihkih.
menarik sgt ni.
BalasPadamroller coaster tu one thing.
makanan tu hah! :) ya Allah ohsem terlampau!
aida lom jejak ke legoland lagi. one day in shaa Allah.
saya seumur hidup belum pernah merasa roller coster tu.. hahaha
BalasPadamBestnya. Semua ceria gembira 😁
BalasPadamDah lama gila tak naik roller coaster. Oh myyy, syoknya Legoland.
BalasPadamseronoknya dapat main roller coaster. sy pernah naik roller coaster,masa di menjunam ke bawah time tu baru rasa takut. mcam jantung nak tercabut..haha
BalasPadamWhoaaa besttt
BalasPadamhahaha terima kasih temankan daku!
BalasPadam