“SERONOKNYA RAYA TAHUN INI..YANG ADA ADIK-BERADIK LELAKI PASTI RASA TENSION SAMA MACAM AKU TAPI TAK LAGI..SEBABNYA..”

Image may contain: 1 person, smiling, standing

“SERONOKNYA RAYA TAHUN INI..YANG ADA ADIK-BERADIK LELAKI PASTI RASA TENSION SAMA MACAM AKU TAPI TAK LAGI..SEBABNYA..”


Setiap kali tiba musim hari raya , perkara ini antara masalah utama yang aku kena hadap. Bengang jugak lah yela dah setiap tahun kan nak kena hadap. Nak tahu ape? Masalah nak cari baju raya untuk lelaki. Untuk pengetahuan korang , aku dibesarkan dengan mempunyai adik-beradik semua lelaki. Bayangkan terhimpit aku seorang perempuan nak melayan kerenah dan nak hadap masalah ini setiap tahun.

Menjadi rutin setiap tahun aku kena mengalah. Mengalah untuk biarkan adik-beradik aku shopping baju raya diorang dulu. Iya betul! Dalam keluarga aku pula , kitorang memang jenis suka shopping last minit. Jenis malas nak tempah-menempah baju. So , korang boleh bayangkan macam mana kelam-kabut keluarga aku lagi-lagi bila nak shopping baju raya. Hahaha. Oh ya , dalam keluarga aku pula macam tak kisah sangat nak baju sedondon ke tidak tapi aku ler yang selalunya nak sedondon dan suai padankan warna supaya nanti bila bergambar nampak ler sedap mata memandang.

Stress ke tidak shopping dengan adik-beradik lelaki? Jawapannya tak la sangat. Tapi kadang stress juga. Hahaha. Sebab citarasa masing-masing tak sama. Macam aku ni pula jenis akan tengok design dan material baju tu sesuai ke tidak dengan harganya. Yela, kadang tu design biasa sangat , “its too simple” orang Johor cakap tapi harga kemain Yahudi mahal. Isu-isu macam gini juga boleh buat aku macam tak puas hati.
Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and phone
Kurta oh kurta


Image may contain: 2 people, people standing and indoor
Kemeja pun ada jugak! Kacax kan!

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing
Yang ini limited edition punya! kemain siap bergambo dengan Pak Inche , Suami Kak seri

Bercakap tentang shopping raya ini aku nak kongsikan pengalaman aku sejak dari kecil lagi. Kami sekeluarga memang dari kecil akan shopping baju raya di Plaza Angsana Johor Bahru . Tapi disini majoritinya banyak menjual baju raya untuk perempuan dan sangat sedikit pilihan untuk baju raya lelaki. Kesian betul dekat adik-beradik aku kan, malah lagi bertambah stress sebab tak banyak pilihan. Aku rasa pada mereka yang tinggal di sekitar Johor Bahru dan Singaporean memang selalu akan shopping disini. Nampak tak kalau lambat ‘cop’, habis semua design yang herlok-herlok.

Buat apa nak stress rebut-merebut kalau dah jumpa mana yang sesuai dihati! Iya betul. Pada tahun ini kami dah jumpa mana yang berkenan di hati! Butik pakaian jenama Kacax telah berjaya meng’kacak’kan abang aku untuk tahun ini. Aku cakap dengan abang aku , “kau pakai baju melayu dalam setahun berapa kali je kan? Jadi apa salahnya tahun ni kau pilih kurta pulak. Ada kelainan sedikit dan kurta juga boleh dipakai pada bila-bila masa. Takde la pakai sekali je dalam setahun”. Hahaha. Nampak ke nampak sebenarnya adik dia yang perempuan ni sangat complicated!

Tapi, Kacax telah berjaya buat hati aku gembira sangat tahun ini. Rasa macam tak sabarnya nak beraya! Hahaha. Sebabnya , jenama Kacax ni dah menjadi sebutan abang aku sejak dari tahun lepas. “Kau nak tahu Ain , tadi dekat masjid punya ler ramai orang pakai baju jenama Kacax”. Aku masih ingat itu la yang diungkapkan oleh abang aku pada pagi raya selepas dia bersolat di Masjid Jamek Bandar Baru Uda. Dalam hati aku , wow power betul jenama ni sampai ramai betul yang pakai.
Image may contain: 19 people, including Mohamad Hazwan Mohamed Yazid, people smiling, people standing
Kata orang , dah jumpa benda best berdosa tau kalau tak kongsi dengan ramai orang! Hahaha. So, aku nak kongsikan dengan korang suasana serta koleksi-koleksi yang terdapat di Butik Kacax ini. Jangan risau , kalau tak sempat ataupun malas nak walk in ke butik , korang boleh je terus berdesup whatsapp sekarang! Ingat! sekarang yer , bukan besok ,lusa ataupun pagi raya! Semua tu dah lambat. Kalau dah habis nanti , jangan salahkan Ain sebab iolls dan bagitahu awal-awal.

Takde special price ke? Penat baca dari mula sampai dah nak habis ni…Bawa bertenang abang-abang kacak  , kakak-kakak yang cun melecun yang tak sabar nak bagi suami dan anak dia hensem tu… Aku bagitahu cara mudah untuk korang dapat special price.

Caranya ialah :


  • ·         Walk-in Butik
Kalau nak datang ke butik , screenshot sesiap kod dekat dalam blog aku ni. Buat sekarang!

PROMO BLOG
(akuainkausiapa)


  • ·         Nak beli online
Klik sahaja link ini…
TEMPAH ON9 DISINI


Aku dah bagi dua cara mudah ini.. Apa tunggu lagi .. Serang sekarang! Ingat baju raya lelaki , Ingat Kacax! Jangan tunggu sampai dah habis stok baru nak tanya “Saiz ni ade tak ? warna ni ade lagi ke?. Semua tu dah terlambat..” Jangan biarkan raya anda terlalu hambar hanya disebabkan sehelai baju!

Psstt : nak bagitahu jugak , tengah berjalan promosi BUY&FLY dengan Kacax serta Kacax juga ada buka booth di level 2 Angasana JB Mall.
Image may contain: text

Image may contain: 2 people, people smiling

>>NAH SPECIAL PRICE KURTA KACAX..KLIK SEKARANG!!


“Asyik baju melayu je setiap tahun, tahun ni cer try kurta pulak! Lagipun kurta ni anytime kau boleh pakai”- Itu ler yang aku cakap dekat abang aku. Gais, adik beradik aku semua lelaki.The problem yang selalu aku hadap ialah bile nak pilih baju raya,aku selalu kena mengalah dulu. Sebabnya.. baju raya lelaki tak banyak pilihan. Tapi, deka Kacax ni banyak pilihan woi. Kaler and design dia pun bermacam-macam. Jom shoping baju raya NOW!! Sebelum stok habis licin dan kedai, Boleh beli on9 jugak atau walk in di butik. Baca ni... Aku nak bagi special Price since korang dah tengok video ni sampai habis.. Screenshot PROMO BLOG ini sekarang! Dan whatsapp ke link ini https://bit.ly/2WkSQbw Sekarang! Bukan esok ,bukan lusa,bukan jugak pagi raya! Tapi buat sekarang!! #kurta #kurtakacax #kurtamurah #kurtalelaki #kurtamoden #kurtaraya #kurtaslimfit #kurtabudak #kurtacantik #kurtababy #kurtacotton #kurta2019 #kurtakids #kurtaonline #kurtadewasa #kurtaborong #kurtastylo
A post shared by akuainkausiapa 🦋 (@sheisfarahain) on

>>>Jangan lupa untuk tonton video IGTV ain ni! Follow juga KACAX 

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Image may contain: 3 people, including Nur Farahain, people smiling, people standing

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua umat islam dan kepada semua pembaca blog akuainkausiapa ini. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog yang baru nak up ni serta jutaan terima kasih kepada mereka yang sudi meninggalkan komen. Siapalah aku tanpa korang semua. Dikesempatan ini juga aku berharap semoga bulan Ramadhan ini kita semua dilimpahkan rasa bersyukur serta rasa kebahagiaan.

Ingat , bulan Ramadhan bukan sekadar kita menahan lapar dan dahaga sahaja , tapi segala perbuatan dan perlakuan kita juga perlulah dijaga rapi. Aku ni sambil menaip ini , sambil tu juga aku dok menasihatkan dekat diri sendiri. Jika ditanya apakah cara aku menyambut bulan Ramadhan?
Image may contain: Nur Farahain, drink and indoor
Berapa gelas selalu minum kalau berbuka puasa ehk?!
Aku ni simple aje. Kalau bab makanan pula , memang dari dulu aku lebih suka berbuka puasa di rumah. Malahan semenjak dari tahun lepas aku memang dah start berani kan diri memasak. Yela, aku kan tak biasa kalau masak tanpa merasa cukup ke tidak garam dan gula nya. Tapi , alhamdulilah aku dah berani ler juga nak masak tanpa rasa di bulan puasa tu.

Tapi, memang jadi kebiasaan aku untuk cuci mata di bazar Ramadhan. Itu macam menjadi perkara wajib. Tapi , harus diingat JANGAN MEMBAZIR! BELI APA YANG NAK DIMAKAN SAHAJA. Aku pun memang akan limitkan duit yang dibawa supaya perlakuan terbeli tanpa sengaja tu berlaku. Hahaha. Maklumlah waktu berpuasa kan , nampak pula siput sedut masak lemak cili api! Ya ampun sedap betul. 

Dulu-dulu aku dan adik beradik jenis kalau berbuka mesti tak nak makan nasi. Tapi , belasah benda merepek-repek macam roti john , kebab , murtabak. Kitorang siap berlumba kot siapa makan habis paling cepat. Dah komfom-komfom aku paling last, sebabnya adik beradik aku semua laki kot. Hahaha. Bila diingat balik kelakar gila rasa. Itu belum masuk berlumba sedut siput sedut paling cepat . Kitorang punya style beli lauk siput sedut je makan gitu tak makan dengan nasi langsung. Hahaha. Gitu la kalau adik beradik semua lelaki , perangai aku automatik memang jadi tak senonoh.

Sebenarnya , rindu sangat saat-saat macam gitu , makan pula dekat bawah beralaskan surat khabar sebab nak tengok tv sambil makan. Bayangkan la kalau dah pukul 6:30 je dah gelabah kalau tak susun makanan ape semua. Sebab takut tak sempat makan on time bila azan berkumandang. Hahaha. Tapi , sekarang aku dah tak kisah sangat! Pukul 6:30 petang aku masih steady lagi kalau rasa nak meronda di bazar ramadhan.
Image may contain: 1 person, sitting, table and indoor
Cepatlah buka woi...
Bercakap mengenai makanan , aku nak kongsikan dekat korang untuk korang pilih mana tempat dan pakej berbuka yang sesuai dengan selera tekak korang tu. Masak jer la kan jimat dari berbuka di luar! Iya betul kadangnya orang akan cakap gitu , tapi ikut la citarasa dan bajet masing-masing. Kalau rasa nak luangkan masa dengan keluarga dan kawan-kawan berbuka di luar , apa salahnya bukan.

Dekat blog aku ini penuh dengan pilihan yang boleh korang pilih nak berbuka dimana. Korang hanya perlu klik di sini. Awak Makan Ape . Dekat sini aku dah listkan sesiap , korang pilih je la okay. Ingat! Makan-makan juga , jangan sampai terlebih makan sampai berat badan naik pulak yer. Makan pun kena beringat okay. 

Akhir kata, selamat menyambut bulan ramadhan! Kalau berbuka puasa tu , nak upload menu berbuka di Instagram jangan lupa selitkan sekali #awakmakanape . Aku nak tengok juga , korang buka ape tu.. Hehehe. Belanja gambar tak berdosa kan , janji tak jilat skrin tepon. Hahaha.