SEBENARNYA...AKU TENGAH INSOMNIA!!

SEBENARNYA...AKU TENGAH INSOMNIA!!


SEBENARNYA...AKU TENGAH INSOMNIA!!

Aku ade confession yang nak di beritahu! Yes , sebenarnya aku tengah dalam situasi insomnia. Korang tahu tak insomnia ni penyakit apa?

Google :
Insomnia is a sleep disorder that is characterized by difficulty falling and/or staying asleep. People with insomnia have one or more of the following symptoms: Difficulty falling asleep. Waking up often during the night and having trouble going back to sleep.

Meaning to say , aku sekarang kembali menjadi burung hantu. 

ITS NOT THAT GOOD!!! KEPALA TING TONG JE WAKTU PAGI. Lemau sangat. Aku akan boleh aktif selepas pukul 12 tengah hari .

Aku tanya juga , kenapa penyakit ni datang balik? Sebabnya , sebelum ni aku memang dah kerap gila insomnia. Lagi-lagi lepas arwah ibu aku meninggal. Dan dia berterusan... sampailah aku ubah my daily lifestyle.

Dengan cara apa? EXERCISE!

Yes , gais! Aku rasa sebab aku dah start balik exercise ni tu yang datang balik penyakit ni. Badan aku macam terkejut mungkin Hahaha. Plus , aku memang dah lama stop minum benda-benda berkafin seperti Nescafe dan Kopi.

Fyi , gais.. dulu aku ni ketagih nescafe kaw kaw punya! Start matrik dulu sampai sambung degree. Habis je belajar , aku buang semua tu. Sampai sekarang , aku memang tak boleh langsung sentuh benda tu.

BANYAK FIKIR???

Iya , ni pun penyumbang faktor terbesar juga yang akan menyebabkan Insomnia. Aku akui lately ni aku banyak berfikir sangat. Tapi , fikir perkara yang berkualiti je la. Benda yang remeh temeh je aku memang dah tolak tepi.

BEST KE INSOMNIA NI?

Gila apa best , orang dah syok tido kau masih lagi berjaga. Apa yang aku akan buat waktu tengah malam tu? YOUTUBE! Aku akan tengok video-video content entertainment , video motivasi seperti Gary vee ,or MOVIE TIME! Hahaha. Aku sekarang pula gila tengok PILIPINO TAGALOG MOVIE. Hahaha. alaa , yang geng -geng Pangako Sayo tuh... 

Lagi apa yang aku buat? Time tu aku banyak scroll twitter sampai aku mengantuk . Kadang idea banyak datang time . So , aku akan save dalam notes supaya takut besok pagi bangun dah terlupa. Hahaha.

JANGAN TIDO WAKTU PETANG!

Iya gais , aku memang dah cuba. Sebab tu aku memang penuh kan masa aku sampai aku tak ada langsung masa nak tertidur pada waktu pagi. Ini pun boeh juga buat , jangan banyak nap time. Sebab ni pun kadangnya punca kita susah nak tidur.

Apa lagi.....
Aku cuma boleh cakap , aku bersyukur sangat sebab aku selalu doa yang aku boleh ada kudrat untuk bangun solat subuh. Aku rasa life aku tak best bila aku tertinggal solat subuh. Solat subuh tu kan ibarat permulaan dalam kehidupan kita kan. AKU CAKAP NI BUKAN SEBAB AKU BAIK , AKU TAK BAIK PUN. Tapi , dulu-dulu bila datang insomnia ni aku selalu terlepas subuh, takkan nak bagi alasan yang sama dengan ALLAH kan?

*Tips boleh bangun subuh ialah set alarm AWAL , TENGAH , AKHIR WAKTU. Aku set alarm pukul 6:08am , 6:22am , 6:45am . Aku tahu bukan senang kau nak pujuk badan kau bangun lagi-lagi baru nak start tidur kan. Tapi , cara ni je aku boleh berjaga. Normally pukul 6:22am tu aku dah pun terjaga.

Kenapa aku set alarm minit dan saat nya bukan 30? Jawapannya SUKA HATI AKU LA. Otak kita ni licik woi..dia akan ingat benda yang senang. Ala ,, 10 minit lerr...15 minit lagi lerr...Aku ingat lagi , kawan aku pernah tanya kenapa aku set alarm macam gitu. Hahaha. Bila set alarm macam gitu je caranya yang aku boleh bangun on time.

Semoga insomnia ni pergi dari hidup aku....Korang pernah kena insomnia? Boleh share macam mana nak atasi. Hahaha.