BEKALAN IBU BUAT DIRIKU



BEKALAN IBU BUAT DIRIKU

Tahun 2020 ni dah menghampiri ke 7 tahun ibu pergi meninggalkan aku. Rasa kasih sayang nya masih tetap ku ingat dalam jiwa ini. Masih sebati sampai bila-bila. Takkala aku merasa ianya terlalu pahit untuk ditelan , selain dari menangis...Aku buka ruang Notes di telefon aku dan aku menaip semampu yang aku rasa.

Kini, baru sedar inilah bekalan terakhir ibu ku buat diriku ini. Iaitu jiwa menulis. Arwah ibu cantik tulisannya. Jauh lebih elok dipandang berbanding tulisan anak perempuan dia ni. Mampus cakar ayam tak terbaca. Hahaha. Jiwa ibu sangat penyayang. Macam mana lembutnya coretan yang dia selalu tulis, macam itu lah orang nya.

Aku kira ini bekalan yang arwah ibu tak pernah ungkapkan pada aku. Sebenarnya masa kecil dulu, bila dia dapat tahu aku ada diari. Dia tak berapa suka. Dia cakap tulisan ini jangan dibawak main-main. Kadang-kadang apa yang kita tulis ini boleh membinasakan diri kalau tak mampu mengawalnya. 

Ibu marah aku kuat menulis diari dulu. Dia marah sebab dia taknak aku rasa apa yang dia rasa. Atuk aku dulu paksa ibu aku untuk sambung dalam bidang sains tulen sedangkan ibu jauh lebih bijak dalam sastera. Lalu, apa juga rasa yang ibu lalui, dia lontarkan melalui penulisan.

Bila terkantoi, habis terus ibu kena. Dikatanya anak tak kenang budi. Bermacam lagi. Sebab itu alasan kuat kenapa ibu aku melarang aku berjinak-jinak dalam menulis. Tapi... aku baru sedar, ibu sebenarnya titipkan bekalan akhir itu untuk diri ku.

Aku tak tahu kenapa sewaktu jiwa dan hati aku dalam keadaan sedih, laju sangat aku menaip. Zaman moden, menulis di notes telefon la. Bukannya di atas kertas lagi. Laju yang sangat!

Sampai kadang aku sendiri tak sedar aku tak tidur berjaga macam burung hantu. Hahaha. Ya Allah, adakah ini bekalan ibu yang terbaik buat diri aku? 

Ya allah, kalau jalan ini yang kau limpahkan rezekiMu itu, kau berikanlah jawapanMu yang terbaik itu. Sebenarnya, aku tak suka perasaan dan jiwa aku pada ketika ini. 

Seperti yang aku pernah tulis di Instagram, kalau Allah limpahkan idea yang banyak untuk aku menulis, maksudnya aku sedang dalam kesedihan. Aku tak suka rasa sedih. Aku jadi manusia paling lembik dan barai. Tapi, inilah bukti. Tuhan boleh kasi rasa gembira dan dia boleh kasi rasa sedih. Ups and down! Thats life! 

Selalu pesan-pesan pada diri , tulis yang baik-baik. Kalau kita yang mahu baik-baik datang DariNya. Tambah lagi juga, selalu lah baca yang baik-baik juga kalau kita mahu yang baik-baik terus selalu ada untuk kita.

*Aku ada tulis ayat pendek-pendek di Instagram , jemputlah baca okay.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Arwah abah akak cakap, jangan banyak menangis, nanti buta macam Kassim Selamat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaha sama ayat dengan Emak Sis juga...menangis jadikan kita lemah, kan Kak...

      Padam
  2. Stay strong and teruskan menulis! Tak semua orang ada bakat untuk menulis :)

    BalasPadam
  3. cantik weh ko buat gitu kat instagram...keep it up..

    teruskan aje menulis..takde sape nak marah pun...

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.