Dulu makan single chicken chop, sekarang makan double chicken chop .. Tapi ..
Sebelum ni aku pernah story dalam blog ni tentang makan chicken chop RM 3 . Tak sangka pula posting tu mendapat tarikan dan menjadi antara popular entry dekat blog akuainkausiapa ni . Kisah nya simple je iaitu makan ciken chop dengan anak jiran yang bernama Asyira .
Cuma nya dulu-dulu makan yang single berharga RM 3 sekarang dah ada yamg double berharga RM 6 . Portion nya lagi banyak . Petang haritu , kitorang repeat lagi makan .
Tempat ciken chop ni pon dah berubah yang mana dulu nya dekat sangat dengan kawasan rumah sekarang dah berpindah di jalan yang lain . Waktu pun dah berubah kalau dulu-dulu craving time malam pun boleh dapat . Sekarang tak .
Kebetulan haritu Asyira ajak teman kan dia pergi ke kedai buku dan aku pulak kalau petang-petang lebih suka beriadah , jadinya lepastu lepak la sekejap di taman permainan . Nampak ramai budak-budak bermain basikal kat situ .
Teringat pula posting 2 tahun lepas , dulu makan ciken chop single tapi single lah . Sekarang di tahun 2020 makan double pun masih single ! Hahahahahhaa . Alaa , sendu nya rasa ! Mungkin belum diberi Rezeki Jodoh dari Tuhan .
Ada beza ke rasanya ? Rasa ciken chop tu masih je sama cuma feel dia berbeza la sebab lokasi dah berubah . Kalau dulu boleh je jalan kaki sekarang boleh je jalan kaki cuma kena melintas jalan besar la untuk ke seberang jalan yang lain . Jauh sikit dari kawasan rumah . Hahaha . Dah la dekat dengan rumah crush kita . EH !
Kadang -kadang kita tak perlu pun makanan yang mahal untuk create the best moments . Cukup pada keadaan yang kita selesa pada ketika itu . Terima kasih Asyira eh Mak Asyira belanja kite .
Kisah sebelum ini : Makan ciken chop RM 3 dan minum teh o 50sen
Eloklah tu kalau makan double kena jalan jauh sikit, hehehhe
BalasPadamhaahhahhahahahhahaa... patut ler tempat pon dah berpindah .. hahahhahahhahaa
PadamMurah, boleh makan selalu...
BalasPadamkat sekolah ada jual chicken chop singgit. tapi kecik jela kot.
BalasPadamMakan ada kawan lagi sedap. Simple food pun rasa cam makanan hotel
BalasPadam