Dah nak dekat hujung tahun memang selalunya akan ramai nak bercuti , nak habiskan cuti dan rileks kan kepala otak . Haa , aku pun ambil lah peluang mood hujung tahun ni dengan staycation 2 hari 1 malam . Dimana tu ?. Di bandar raya johor bahru.
Hotel ini nama nya Holiday Inn JBCC . Mesti tertanya nak masuk macam mana hotel ni memandangkan hotel ni masih baru . Senang je , uolls boleh je masuk melalui parking Komtar JBCC dan terus ke level 7 . Dekat situ la tempat parking kereta bagi yang check in di hotel ni .
Aku dapat bilik di tingkat 29 . Wow , layan view memang best gila . Aku pun mengambil peluang ni untuk main gym juga disini . Best main gym disini sebab boleh nampak pemandangan bandar raya Johor Bahru . Bukan itu sahaja , dekat ruang swimming pool pun berada di tingkat 32 sama level dengan gym . Layan view kat sini memang power !
One thing yang best nya tentang hotel Holiday Inn JBCC ni ialah kemudahan sabun serta syampu nya . Bukan jenis yang sabun hotel kecik-kecik tu tapi ni sabun yang sangat best . Memang rasa segar je badan lepas guna sabun tu dan pakai syampu tu , rambut terus rasa selesa . Antara kemudahan lain yang tersedia bila check in disini ialah iron serta hairdryer memang sudah siap tersedia di dalam bilik , bantal yang pelbagai jenis . Memang komfom tidur nyenyak .
Memandangkan aku pergi time JB masih lagi PKPB , jadinya memang ada SOP yang tersendiri . Pihak hotel menyediakan glove untuk kita pakai serta disediakan juga mask . Swimming pool ditutup pada waktu tu . Sedih juga la tak dapat terjun ke kolam .Hehehe .
Makanan pula macam mana ? Okay ke tidak ?. Semestinya okay . Aku suka gila breakfast dia . Just nice . Overall , bagi mereka yang nak rasa hotel di tengah bandar raya Johor Bahru , bawah ade shopping mall dan dekat dengan tempat masuk ke Singapura . Aku cadangkan korang check in di Holiday Inn JBCC . Oh ye, hotel ni atas je Komtar JBCC , sebelah City Square JB , sebelah dengan Menara JLand . Korang boleh juga cuba aktiviti yang terdapat di Skyscape dan Angry Bird . Holiday Inn JBCC ni la hotel paling sesuai untuk korang stay ! Highly recommended!
Holiday Inn JBCC
Jalan Tun Abdul Razak, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
Facebook page :
https://www.facebook.com/holidayinnjbcc/
Instagram
https://instagram.com/holidayinnjbcc?igshid=8scca4jh6s1z