3 FARAH BERGABUNG , LEBIH 3 JAM VIDEO CALL
Siapa sangka dengan blog , kami saling berkenalan dan mengenali antara satu sama yang lain. Lepastu nama pulak dari spesis yang sama iaitu Farah! Memperkenalkan ke sebenarnya aku dah kenal kan dalam blog ni? Hahaha. Pemilik blog akuainkausiapa (Farahain) yang ni kalau tak kenal aku block kau dari blog aku! Hahaha. Okay gurau! Seterusnya , Farahuda https://www.byfarahh.com/dan Faradinah) https://faradidi.blogspot.com/ .
Kami disatukan dalam group JDT Blogger. Tak sangka pula nama sama. Paling tak sangka rupanya , huda tu junior aku. Dapatlah dia tengok perangai aku yang belagak , sombong , GARANG pengawas masa sekolah di SMKBBU dulu. Kah!
Jadinya , jumaat haritu kitorang pun sepakat untuk video call. Kata didi , "video conference" kerlas ayat dia! Hahaha. Kitorang video call di Whatsapp aje kerana itu cara paling mudah. Banyak juga yang kitorang borak. Bukan membawang okay tetapi lebih kepada berkongsi minat dan passion masing-masing.
Aku rasa zaman PKP ni ditambah pula dengan ekonomi yang tak berapa okay , dah tiba masanya untuk tidak lagi sembang kosong. Lebih baik cakap tentang masa depan dan apa kelebihan dan kemahiran yang boleh kita laksanakan.
Walaupun diorang ni lagi muda dari aku , tapi aku selesa berkomunikasi dengan diorang. Diorang matang dan jenis budak baik lah. Hahaha. Zaman sekarang ni , faktor usia bukanlah pengukur kematangan seseorang.
Anyway , terima kasih sudi luangkan masa video call. Insyallah dari masa ke masa we should do it again to improve ourself. Korang terjah lah nanti blog diorang okay! Bye. Till next posting.