Dulu makan single chicken chop, sekarang makan double chicken chop .. Tapi ..
Sebelum ni aku pernah story dalam blog ni tentang makan chicken chop RM 3 . Tak sangka pula posting tu mendapat tarikan dan menjadi antara popular entry dekat blog akuainkausiapa ni . Kisah nya simple je iaitu makan ciken chop dengan anak jiran yang bernama Asyira .
Cuma nya dulu-dulu makan yang single berharga RM 3 sekarang dah ada yamg double berharga RM 6 . Portion nya lagi banyak . Petang haritu , kitorang repeat lagi makan .
Tempat ciken chop ni pon dah berubah yang mana dulu nya dekat sangat dengan kawasan rumah sekarang dah berpindah di jalan yang lain . Waktu pun dah berubah kalau dulu-dulu craving time malam pun boleh dapat . Sekarang tak .
Kebetulan haritu Asyira ajak teman kan dia pergi ke kedai buku dan aku pulak kalau petang-petang lebih suka beriadah , jadinya lepastu lepak la sekejap di taman permainan . Nampak ramai budak-budak bermain basikal kat situ .
Teringat pula posting 2 tahun lepas , dulu makan ciken chop single tapi single lah . Sekarang di tahun 2020 makan double pun masih single ! Hahahahahhaa . Alaa , sendu nya rasa ! Mungkin belum diberi Rezeki Jodoh dari Tuhan .
Ada beza ke rasanya ? Rasa ciken chop tu masih je sama cuma feel dia berbeza la sebab lokasi dah berubah . Kalau dulu boleh je jalan kaki sekarang boleh je jalan kaki cuma kena melintas jalan besar la untuk ke seberang jalan yang lain . Jauh sikit dari kawasan rumah . Hahaha . Dah la dekat dengan rumah crush kita . EH !
Kadang -kadang kita tak perlu pun makanan yang mahal untuk create the best moments . Cukup pada keadaan yang kita selesa pada ketika itu . Terima kasih Asyira eh Mak Asyira belanja kite .
Kisah sebelum ini : Makan ciken chop RM 3 dan minum teh o 50sen