Girls ! Macam mana korang handle period pain?
So, semalam ada anak jiran aku bertanya this kinda of questions "Kak Ain period dua kali ke dalam sebulan?" . Jawapan yang aku bagi ialah "Tak.. sekali je .. biasanya dalam seminggu je tapi hari ke 4/5 dah start kering darah nya.." Tambah lagi jawapan yang aku kasi .. " Bergantung juga pada orang tu .. "
Soalan seterusnya "memang kena ke datang period time waktu umur sekarang ? kalau dah sekolah menengah tak datang period tu macam mana ?" by the way , aku rahsiakan identiti siapa yang bertanya ni dan aku ubah sedikit cara soalan tu .
Aku jawab " Semuanya bergantung pada orang tu ..setiap tubuh badan kita ni kan berbeza-beza" "Kak Ain nak awak enjoy je dulu childhood awak ... biarlah awak jadi diri awak yang sekarang ni masih main-main dan gelak-gelak ".
"Ada kawan saya asyik tanya saya je ..saya dah period ke belum". Hahahha . Nampak topik ini harus diberi pendidikan yang menyeluruh terutama sekali kepada yang berumur darjah 4 ke atas . Tolong la kita yang dewasa ni ... Please give them a good knowledge.
Macam mana nak cari pad yang sesuai , tanya anak-anak kecil ni darah diorang keluar banyak mana supaya senang nak pilih pad , cara pakai pad , macam mana nak handle emosi ketika period !
Sentuh tentang macam mana nak handle ni pun complicated kan . Aku yang dah doplohsembilan tahun dan tahun depan tiga puluh pun masih tak boleh handle . Tapi badan aku ni dia selalu bagi signal beberapa hari sebelum nak period .
Aku biasanya akan rasa sakit sebelum dan hari awal-awal period . Sakit ni macam sakit kat pinggang , craving entah apa benda makanan entah .. hahaha , badan rasa lesu , lepastu haus je asyik nak minum air , cepat penat . Tapi aku tak la seteruk sampai nak kena telan ubat.
Kalau tengah awal period tu biasanya aku akan banyak senyap , dan banyak dengan dunia aku sendiri . Sebab emosi tengah tak stabil kan jadinya kita senyap aje la . Lepastu aku banyak tidur dan i jarang akan workout at that time . Tu jela yang aku buat to handle diri sendiri . Bukan itu sahaja , aku banyak tolerate dan cuba faham diri sendiri pada waktu ni . Kalau kita faham kita mudah nak bagi signal dekat oramg sekeliling yang kita tengah dalam not in a good mood.
So , untuk gurls semua...macam mana korang handle this situation ? Tapi untuk lelaki pun if ade opinion youre welcome to say it .. Topik ini sebenarnya tak perlu malu pun malah ianya memang topik untuk kaum wanita .. Aku pulak dahla tak suka subjek sains , jadi nya rasa susah nak terangkan pada anak-anak jiran tentang period cycle ni . Hahaha ..