Perkenalkan !!! KAWAN BAIK SAYA

Perkenalkan !!! KAWAN BAIK SAYA 

Okay , untuk kisah 52 hari , blog challenge ...Jom kita mulakan dengan topik perkenalkan ..kawan baik saya. Kalau yang dah nampak gambar tu , yang dah kenal mesti tergelak. Yer , my bestfriend yang aku nak kenalkan ialah abang aku !

My all time and forever be my best friend. Kenapa ? Sejak dari kecik sampai sekarang we are being friend! FOREVER lah katakan .. Majoriti nya kawan-kawan yang rapat dengan aku mesti kenal abang aku. Kenapa aku nak highlight kan abang aku ? 

Sebab dia yang kenal aku macam mana . Dia yang betul sepenuhnya menjaga aku lepas arwah ibu meninggal . Dia yang jaga aku masa aku sakit . Dia sendiri cakap kalau aku kawen , dia nak nikahkan aku. Hahaha . Beruntung sebenarnya siapa jadi suami aku , sebab nanti dia pun dapat merasa ada abang ipar yang baik. Hahahaha (Sempat promot!!!!)

Aku rasa through ups and down , bestfriend aku ni yang ade dengan aku. Aku ade je sebelum-sebelum ni cerita pasal kawan-kawan aku . Diorang pun consider bestfriend jugak . Tapi kali ni , aku nak dedikasikan post ni khas untuk my special bestfriend . 

Kitorang dari kecik memang rapat. Sebab mungkin membesar bersama , pergi nursery sama -sama , potong kek selalu sesama sebabnya birthday dekat-dekat . Birthday abang aku 11 February aku pulak 8 February . Haaa , memang potong kek serentak je la . Siapa yang kuat mengalah ? Oh , yang ni AKU yer yang banyak mengalah ..Hahaha . 
Bergaduh ke tidak ? Gaduh je . Selalu je aku membebel dekat dia . Yelah , kadang dah penat masak , dia tak tolong basuh pinggan . Hahaha . Pastu jenis lurus boleh tahan . Aku yang kena banyak bagitau kena buat tu kena buat ni . 

Bila aku rapat dengan abang aku ni secara tak langsung aku lebih kenal perangai dan tabiat lelaki. Lelaki ni dia jenis tegak weh . Kalau suh buat tu je , yer dia buat tu je lah . Hahaha . Dari situ aku macam boleh tau la macam mana nak berkomunikasi dengan lelaki. 

Korang pernah tengok Brothers Of The Year ? Aku pernah up rekomen movie ni dekat blog . Ada persamaaan juga dalam cerita tu. Hahaha. Ni link Brother Of The Years

Apa - apa pun , aku rasa best sebenarnya bila kita ade kawan baik . Just nak pesan dekat korang , tak perlu pun ramai kawan , janji kau ade kawan yang boleh ade ketika susah dan senang , serta boleh faham kelebihan dan kekurangan kau . 

So inilah kisah saya .. 52 Hari , tamat di hari pertama~~~ bersambung ke hari kedua .. 

Iaitu ... My Favourite Things 

52 HARI : Blog Challenge !


52 HARI : Blog Challenge ! 

Okay , memandangkan aku terasa nak menulis.. Terasa yer tuan tuan dan puan puan sekalian .. Kau dah terasa tu ... Aaaa mariler kite menghasilkan content .. Hahaha .. Scroll Pinterest , terjumpa pulak yang ni .. Rasa macam nak take this challenge .. Cuma nya how a bout i tukar week to days ? KAan... 

Okay.. Jom buat .. Tengok gaya nya nanti macam mana lah ehk .. Hahaha .. Actually aku suka jenis content yang macam gini . Ada topik nak di highlight kan . Just perlu fikir dan tulis berdasarkan topik tersebut .. 

Teringat dulu-dulu masa tahun 2016.. Gila wehh aku boleh tulis apa yang berlaku hari hari sampai lah hari ke seratus berapa entah .. Dalam 365 hari eh ke 366 hari .. Tak percaya ? Korang belek semua posting aku pada tahun 2016. Satu pencapaian yang luar biasheeee gais.

Jadi , dah alang-alang PKP je manjang , kita jadi la lebih produktiviti dan creativity ..aaaaa gitchewwww ~~~

Bismillah .. Jom start 52 hari !