Topik 52 Hari ni ialah bertajuk " My Biggest Fashion Accessories " . Aksesori ni macam gelang , rantai , cincin , ear ring dan bermacam lagi. Well , perempuan kan.. mesti lah always nak nampak terpalinggg cantik . Hahaha .
Aksesori yang paling aku suka sekali ialah bracelet atau dalam bahasa melayu nya gelang tangan . Dulu-dulu pernah lah kejap buat bisnes bracelet , siap dah nak deal dekat website Taobao dan Alibaba untuk bawak masuk latest design dekat sini. Tapi , bisnes tu terhenti. Aku rasa sebabnya aku ni bukan typical fashionista gituww. Yelah , bab pesyen ni kelaut kot.
"I just love it ! " Tu tak cukup kuat kalau kau tak betul-betul hadam setiap details fashion. Fashion ni pula dia trending . Kalau lambat habis stok kau tersimpan bawah katil je nanti. Anyway , kenapa aku suka gelang ? Aku suka sebab aku boleh nampak , boleh belek-belek dan dia macam kalau bergambar kan , gelang tu boleh jadi barang untuk di highlight . Kau tengok jela cerita mami jarum , tu dia.. bab tayang gelang dah sampai ke lengan pegi nya.. Sebab apa ? ianya mudah terlihat dari pandangan mata manusia.
Kalau perempuan bertudung pakai rantai dah tak nampak , cincin pula kecik .. So , gelang je la boleh dijadikan bahan menunjuk. HAHAHA . Korang boleh tengok sekarang macam mana obses nya perempuan kalau masuk kedai emas . Astagfirullah , gelang yang paling besaq dan tebai tu la menjadi pojaaan hati ~~~ Selagi hat tak besaq tu...dia tak mau.. Nanti takdan nak tunjuk kat orang.. HAHAHHAHA (sila baca gaya mami jarum)
Aku punya bracelet semua nya murah-murah je stok pasaq malam kedai tepi jalan je kak long oi~~~ . Kita belum level mami jarum.. Hahahha . Boleh tengok gambar-gambar aku. Berangan juga nak ada koleksi gelang dari jenama Pandora , Swarovski , Tifanny & Co . Aaaaaa... Insyallah..
Uollss ade ke gelang mami jarum ? 😜