Kisah 52 Hari ni mengangkat topik "My Favourite Movies". Okay , 11 movie ni terpaling aku minat . Boleh dikatakan dah banyak kali ulang tengok sebab dah nama pun favourite kan . Biasanya movie-movie ni , aku pasti akan rekomen pada orang untuk tengok. So , here we go .. Aku list 11 je la okay .
1) 27 Dresses
Ya Allah , kalau la tahu betapa obses nya aku pada movie ni . Sebab aku selalunya , memang akan bersungguh gila bila jadi bridesmaid. Aaaa ... tolong la tengok ! This movie .
2) Confessions of shophaholic
Aaaaaaaa, yang ni pun terpaling suka . Sebab dulu aku jenis shophaholic. Masa awal-awal ada banyak duit . So , kepada siapa yang gila shopping sampai sanggup berhutang tu , please tengok movie ni.
3) Barcelona Untold Love Story
Okay , yang ni pula movie Philippines . Homaigodddssss , sumpah this movie best teruk . Macam mana kehidupan pilipino di Barcelona .
4) Can't Help Falling in love
Aaaaaaa, dalam cerita ni diorang tak sengaja "terkahwin" dan diorang nak putuskan hubungan perkahwinan tu secara legal . Tapi lepastu , rupanya both of them fallin in love . Aaaaaaaaaaa~~~~ tolong tengok this movies . Okay dah berapa banyak kali aku suh tolong tengok this movie ni.
5) A little things call love
Pshone. Hahahaha . Astaga , teringat zaman remaja dulu suka gila this movie . Baru la aku tahu kenapa dia panggil P. P tu dalam bahasa Thailand "abang". Aku ingatkan nama dia memang ada P dekat depan. Hahaha . Kalau suka tengok love story zaman sekolah , so korang boleh la layan this movie. Perempuan tu dulu buruk kot dia suka dekat lelaki hensem , at the end .... jeng jeng jeng .
6) Bangkok Traffic Love Story
Aaaaaa ....movie Thailand lagi. Asyik love story je kan..Aaaaa itulah kegemaran seketul Nur Farahain. Okay , this movie pula perempuan tu mabuk and dia drive balik sampai la accident dan seorang lelaki ni selamatkan dia . So , the love story begin . Apa yang bestnya pasal movie ni dia banyak cerita tentang public transport di Thailand .
7) Everyday I Love You
Okay , ni movie Pilipino .. Aku suka story line movie ni sebab dia berkisarkan tentang perempuan yang duduk di kampung dan suka buat video . Setiap hari perempuan tu buat vlog. Sampai la dia berjumpa dengan one guy ni yang kena transfer untuk handle productions tv di tempat perempuan tu.
8) The Proposal
Okay , kembali semula dengan movie omputih . Perempuan ni jadi bos kepada laki tu dan perempuan tu "gunakan" lelaki tu untuk kahwin dengan dia sebab nak dapatkan visa . So , lelaki tu ajak la balik ke kampung dia. Rupa-rupanya lelaki tu anak orang kaya di kawasan tu .. Kiranya macam satu keturunan orang kaya . Perempuan tu rasa keluarga lelaki ni baik sangat dan tanpa sedari diorang dah jatuh cinta . Tapi.... perempuan tu lari masa hari perkahwinan.
9) The Internship
Okay , ni kisah motivasi. Kisah prektikal di Google . Selalunya yang intern kan budak muda tapi yang ni macam dah late 30- 40 series people . Bestnya movie ni selain daripada kita boleh tengok advantage bekerja di pejabat Google , movie ni juga menerapkan konsep teamwork . Kalau korang tengah give up , boleh la tengok this movie.
10) Bad Genius
Okay , movie ni kalau siapa jenis cepat neves , hati-hati . Hahahaha. Sebab tengok movie ni , dia punya adrenaline woi...kemain dasyat . Please watch ! Gila weh dia punya feel.
11) Christopher Robin
Okay last movie ni tentang kisah anak patung Winnie the Pooh . Aku pernah tulis pasal ni .
Baca sini : disebalik kisah anak patung pooh
Itu sahaja top 11 movie kegemaran aku. Rasanya ada je lagi ...