Aiskrim Ferrero Rocher

 
Aiskrim Ferrero Rocher

Aiskrim Ferrero Rocher

Mana Peminat Ferrero Rocher...Kali Nie Aiskrim Pulak .. Ain ni dah la hantu coklat.. dekat LANGKAWI ada tak ni ? EH langkawi ? hehehe. 
Aiskrim Ferrero Rocher



Aiskrim Ferrero Rocher

Cara Hias Ruang Solat

cara hias ruang solat
Cara Hias Ruang Solat

Ruang solat digunakan untuk solat berjemaah, malah boleh digunakan untuk mengaji dan tempat ahli keluarga berkumpul untuk memenuhi keinginan rohani. Jadi, ini merupakan cara hias ruang solat untuk rumah anda.


  • Saiz Ruang Solat

Saiz ruang solat sangat penting sebaiknya ia mengikut bilangan penghuni rumah tersebut supaya selesa untuk melakukan ibadah walaupun di ruang yang terhad.


  • Arah Kiblat

Rekaan mestilah berpandukan arah kiblat supaya lebih baik agar anda dapat menggunakan ruang dengan lebih efektif dan menyeluruh.


  • Pemilihan Warna

Kebanyakkan tempat ibadah ni selalu mengunakan warna-warna terang seperti putih, hijau muda, dan biru muda. Warna ini akan menghasilkan ciri yang sejuk dan nyaman terutama ketika hendak beribadah. Jadi pemilihan warna sangat penting untuk sesebuah ruang supaya mampu menyejukkan mata bagi mendapatkan ketenangan ketika beribadah.


  • Pemilihan Perabot

Ruangan solat tidak memerlukan anda untuk meletakkan banyak perabot. Anda boleh menambah rak untuk kegunaan meletak buku-buku ilmiah, keagamaan dan Al-Quran. Selain itu boleh letak rak untuk meletakkan kain telekung dan juga sejadah. Ia akan lebih teratur dan kemas


  • Pencahayaan

Ruang solat perlu ada pengudaraan dan pencahayaan semula jadi yang secukupnya. Sebolehnya berdekatan dengan tingkap. Jadi, bila pengudaraan dan pencahayaan dah sesuai, pasti sekeluarga selesa nak guna ruang solat tu. 


  •  Deko

Deko dengan menambah aksesori minimal yang tidak terlalu menonjol seperti artwork frame ayat-ayat suci atau 99 nama Allah.


  • Tempat Wudhu

Jika sesuai dengan ruang dan bajet kewangan anda, boleh juga menyediakan satu paip untuk memudahkan anda berwuduk. Anda perlu pastikan tempat mengambil wuduk berhampiran dengan ruangan solat.


kredit : wainscoting termurah by AF.Creative

Earth Hour 2021 di Toppen Johor Bahru

Earth Hour 2021 di Toppen Johor Bahru

Earth Hour 2021 di Toppen Johor Bahru


Pada 27 Mac 2021 , Toppen Johor Bahru telah mengadakan event Earth Hour dan program tersebut diadakan di roof top shopping mall tersebut . Bertemakan "Lights - Off At The Topp" , pada jam 8:30 malam sehingga 9:00 malam lampu mula dipadamkan . Tapi , tak semua la padam kang tak nampak ape semua . 

Untuk sambutan Earth Hour 2021 kali telah dianjurkan oleh pihak Toppen Shopping Centre bersama IKEA Tebrau , Celebral Palsy Johor (NGO) , SWM Environment dan SWCorp .
Earth Hour 2021 di Toppen Johor Bahru


Antara aktiviti yang diadakan sepanjang kempen Earth Hour ini ialah :
  • Earth Hour Lights-off pada jam 8:30-9:00 malam
  • Awareness Exhibition & Showcase & Sale of Recycle Products by IKEA , SWCorp , SWM Environment & Celebral Palsy
  • Recycle Centre Day by SWCorp & SWM Environment
  • Kids Coloring , Art & Craft Workshops
  • Fitness Zumba
  • Clown with Balloon Walkabout
  • Movie Screening
  • Acoustic Band Performances
Earth Hour 2021 di Toppen Johor Bahru


Pada hari tersebut , dapat la ain bersama dengan yang lain terhibur dengan persembahan akustik. Best sangat sebab sambil dengar lagu , dapat belon yang dihiasi dengan lampu led . Bukan itu sahaja , untuk menyokong lagi kempen Earth Hour ini , ain juga mendaftarkan diri untuk program KITARecycle .
Earth Hour 2021 di Toppen Johor Bahru


Apa itu KITARecycle ?
KITARecyle ini ialah program kitar semula yang memberi ganjaran kepada pengguna-pengguna di Negeri Sembilan , Melaka dan Johor . Apabila mendaftar ,kita akan mendapat mata ganjaran untuk hasil barang kitar semula , dan mata ganjaran yang terkumpul boleh ditebus secara tunai melalui perbankan dalam talian 

Macam mana nak guna KITARecyle ?
download apps KITARecyle ( google playstore dan apple store
boleh juga melayari website www.kitarecyle.com


Sarapan Pagi Lontong dan Cucur di Bandar Baru Uda Johor Bahru

Sarapan Pagi Lontong dan Cucur di Bandar Baru Uda Johor Bahru

Assalamualaikum.. hari ni hari Isnin .. Biasanya akan ada monday blues . Tapi , hari ni tak.. hehehe. Maybe i take a decision to morning walk alone dan buat 5 minit skipping . Lepastu kak Tini ajak ke Minha. Suka betul dia ke kedai makan ni.. " Sedap kak Ain makanan nya"Sarapan Pagi Lontong dan Cucur di Bandar Baru Uda Johor Bahru
Sarapan Pagi Lontong dan Cucur di Bandar Baru Uda Johor BahruJadinya , hari ni .. ain bersarapan cucur kerana cucur nya sedap sangat dicicah bersama sos tu . Tu sos dibuat sendiri , dan makan juga lontong . Dah lama ain nak makan lontong hari ni dapat juga. Alhamdulilah. 

Kalau nak tahu mana kedai makan ni , dekat Bandar Baru Uda , sederet pejabat pos.

Restoran Minha
8, Jalan Padi Mahsuri 12, Bandar Baru UDA, Tampoi, Johor Bahru

Sepetang Di Bandar Johor Bahru

Sepetang Di Bandar Johor Bahru 

Kisah nya petang tadi ke Holiday Inn JBCC , jadinya masa nak balik tu...terpandang pulak bangunan .. Ain ni pula jenis suka ambil gambar bangunan ,jalan .. 

So , terhasil lah beberapa gambar ni ... Cuci mata la tengok yer... 

Parking ni pula tingkat 7 . Jadi on the way nak turun tu , sempat la ambil gambar disini.. Aaaa cantik sangat ! Suka tengok awan bergumpal-gumpal gitu .

Spot untuk ambil gambar ni dekat JBCC .. Inilah Bandar raya Johor Bahru pada tahun 2021 ~~

Kelebihan Dapat Pasangan Yang Banyak Cakap

Kelebihan Dapat Pasangan Yang Banyak Cakap

Kelebihan Dapat Pasangan Yang Banyak Cakap 

  1. Dalam kereta, tak perlu buka radio
  2. Kau tak perlu tanya, semua benda dia cerita
  3. Tak bosan sebab semua benda kau akan tahu
  4. Kalau dia tiba-tiba diam, maknanya dia lapar, so senang kau nak tahu

***macam ain je...siapa yang macam gini ? baik mengaku..hahhahaa..

Tips Untuk Fokus Siapkan Kerja

tips siapkan kerja

Tips Untuk Fokus Siapkan Kerja


Banyak kerja yang tak setel bila kita tak fokus buat something.

Kerja bertangguh, bos marah, stress. Reason dia satu je – tak fokus.

Saya nak share 4 tips untuk fokus siapkan kerja yg semua boleh apply dalam urusan harian.


  • Tidur Awal Dan Bangun Awal

Adoi, hahahaha.

Saya ni dahlah jenis stay up.
Tapi sebenarnya, tidur awal dan bangun awal tu lebih baik untuk kekal fokus. 

Tak perlu pun bangun awal pukul 4 pagi. Kalau dapat bangun awal setengah jam sebelum subuh pun okay.

Bila kita bangun awal, kita ada extra time utk plan task hari tu. Bila ada planning tu nanti senanglah sikit nak buat kerja, sebab dah tahu nak kena buat apa.

Tujuan bangun awal ni sebab bagi kita tempoh bertenang dan relaks je haha. Takdelah tergopoh-gopoh nak rushing kan.

Bayangkan kalau asyik bangun lambat, dah kalut berebut nak bersiap, kena hadap jem dan kalau ada keluarga, nak urus keluarga pula.

So, bangun awal tu memberi kita peluanglah nak chill-chill sambil bersiap pagi tu. So, kalau nak bangun awal, kenalah tidur awal juga haha.

  • Increase mental focus

Dunia harini banyak sangat distraction kan.

Kejap nak check Twitter, baru tutup fon kejap ada notification orang reply story instagram pulak. Adoi. Hahaha.

So, apa nak buat untuk tingkatkan mental focus?
  1. remove distraction
  2. jangan multitasking
  3. be more present
  4. take a rest bila penat

  • Set priority

Lagi-lagi kalau korang jadi leader. Memang kena susun dan atur segala task tu mengikut prioriti dia. Kalau takde perancangan rapi, memang kucar-kacir team nnt.

Tak semua task tu penting dan nak kena siapkan dengan cepat kan.

Setkan prioriti mengikut keutamaan dan due date for each task.

Ada task yg important tapi due date dia lama lagi, ada task yg penting dan due date lagi 2 hari. Utamakan yang tu dulu. Okay?


  • Jangan Micromanage

Saya rasa micromanage ni antara keluhan para pekerja di Malaysia ni. Adoi.

Sebagai leader, memang kita patut ambil tahu sebarang update dan informasi berkaitan organisasi, tapi tak perlulah sampai ke semua benda termasuk yang kecil pun nak tahu.

Benda ni tak menguntungkan sesiapa pun.

Leader akan hilang fokus kalau terlalu micromanage, pekerja pula akan rasa tak bermotivasi nak bekerja di bawah pengurusan yang tak percaya dengan kemampuan diorang.

So, percayalah team korang, korang kan dah lantik yang terbaik!

tips siapkan kerja


Jadi, ada 4 tips nak fokus untuk seorang leader. 

Saya summarizekan di bawah ya; 
  1. Tidur awal dan bangun awal
  2. Increase mental fokus
  3. Set priority
  4. Jangan micromanage

Perkongsian ini dikongsi di ruangan twitter milik akaun Fezza Hussin

Lirik Lagu Aina Abdul Sepi Versi Korea dan Original

 

Sepinya di dalam hati

Dirundung pilu rasa perih

Sendirian aku berbisik

Oh, merintih

Takkan pernah aku mengalah, kecewa

Biar gelita badai melanda

Tak terhapus perit jiwa, kuberserah

Teguh berdiri dan terus bermimpi

Hu-uh-uh-uh

Hu-uh-uh-uh

Pedihnya jalan berduri

Terus melangkah tiada gentar

Sakitnya jiwaku meniti lara

Takkan pernah aku mengalah, kecewa

Biar gelita badai melanda

Tak terhapus perit jiwa, kuberserah

Teguh berdiri dan terus bermimpi

Oh-oh-oh-wo-ow

Uh-ho uh-ho-oh

Uh-wo-ho-oh-wo-oh…



Kadang Kadang Kita Rasa Kita Betul

Kadang Kadang Kita Rasa Kita Betul

Kadang Kadang Kita Rasa Kita Betul

Something that triggered my mind selepas menonton video di youtube Hazeman Huzir. Aku tak nak membicarakan tentang Sajat , LET THE NETIZEN TALK ABOUT THAT .. Tapi , sesuatu yang aku terkesan ialah pada point self reflection ataupun dalam bahasa melayu nya refleksi diri .


Let me share with you ...


Dulu-dulu masa zaman aku belajar masa tu zaman degree , kawan aku selalu kata aku ni kuat gosip . Perempuan paling banyak bergosip , you name it...apa je gosip terkini aku tak tahu , dunia hiburan dan artis memang makanan dan topik membawang aku selalu . Website rotikaya.com tu dah macam benda pertama yang aku suka baca dulu.


Sehingga la ...ada kawan lelaki aku panggil aku dengan nama MAK JEMAH... Sorry , if korang baca my blog..no , aku tak marah ! aku cuba nak terangkan dengan lebih jelas . Aku tak suka bila orang panggil aku macam gitu . Aku tak suka orang layan aku dan anggap aku macam gitu walaupun pada hakikatnya aku boleh gelak-gelak when they call me like that.. 


Bukan tahap tu je , ada yang siap cakap dekat aku.. "weh jemah tak nak apply intern dekat Melodi ke?" . Aku bukan anti dunia hiburan , tapi kita sendiri semua dah tahu yang program tu memang tentang gosip artis . Macam tu sekali kan orang menilai aku. 


Aku tak benci apa pandangan diorang pada ketika itu sebabnya bila aku tengok balik diri aku waktu tu , yeah...i admit that...selayaknya aku dilayan sebegitu. Dah kalau semua gosip artis paling latest aku tahu , kenapa aku nak marah bila orang melayan aku macam gitu ? kan !


My point is... kita kadang-kadang selalu rasa diri kita betul .. selalu rasa diri kita bagus ! Pada hakikatnya , its a reflection of yourself .


So , macam mana cara aku buang setiap judgement itu ? Ubah diri kita .. Buang sikap yang kau sendiri rasa tak best . Senang kata , kita nak orang layan kita dengan baik , so kita kena jadi lebih baik dulu..


Aku start to slowly tak layan gosip , dah tak ambil tahu tentang dunia hiburan , benda-benda viral walaupun aku tahu benda viral first akan masuk dekat twitter . Twitter pula adalah bahan bacaan aku yang paling utama. Aku start to remove mana-mana news yang tak best. Benda kita boleh control , kita yang nak tengok.. Kita yang buat pilihan , kita nak tengok ape ! 


Bila kita banyak buat self reflection ni , aku jadi testimoni pada diri sendiri . Dulu-dulu , bila orang buat taik dekat aku...Aku balas balik weh . Tapi sekarang , aku pilih untuk senyap. DIAM . Walaupun aku tahu aku tak salah , orang sakitkan hati aku , orang cakap buruk tentang diri kita ...aku DIAM . That the way to shut down the things by not saying anything! 


Sekarang...


Aku rasa best...Aku dah jarang dapat mesej dari kawan-kawan yang mengajak aku bawang sama-sama tentang topik yang viral.Because i stop that ! Sekarang , kawan-kawan banyak tanya tentang tips nak buat ayat iklan , cara nak tulis ayat lagi best , macam mana nak edit video , pasal instagram dan macam-macam lagi yang tentang knowledge.. 


Baca balik dekat point aku jadikan Twitter sebagai bahan bacaan utama aku! So , you will get my point.


Selamat merefleksi diri ~ kalau orang cakap kau makcik bawang ... kau ada pilihan to stop that or to stay what they talk about YOU !


Dekat bawah ni video youtube Hazeman Huzir yang aku cakap kan tu... kalau nak tengok , klik aje ...

Cara Pakai Mask yang Betul

 

Cara Pakai Mask yang Betul

sumber dari aplikasi MySejahtera

  • Pakai pelitup muka dengan menutupi hidung dan mulut sepenuhnya
  • Jangan pakai pelitup muka di bawah hidung
  • Jangan biarkan dagu terdedah
  • Jangan pakai pelitup muka yang longgar
  • Jangan pakai pelitup muka di hujung hidung sahaja
  • Jangan turunkan pelitup muka ke bahagian dagu

*alamak...tapi ain selalu terbuat yang jangan tu... hehehe.. dengan posting ini ..ain akan lebih menasihatkan diri untuk memakai mask dengan cara yang betul .. Lindung Diri ! Lindung Kita ! Kita jaga Kita ~

Buffet Ramadhan 2021 - Forest City Golf Resort

Buffet Ramadhan 2021 - Forest City Golf Resort

Buffet Ramadhan 2021 - Forest City Golf Resort

Harga 

  • Normal entrance : RM 98 
  • Early bird (termasuk juga frontliner) : RM 78
  • Senior Citizen  & Kanak-kanak bawah umur 12 tahun : RM 50
  • *early bird price boleh di book sehingga 11 April 2021 (tempah awal untuk dapat harga yang murah dari harga normal)

Buffet Ramadhan 2021 - Forest City Golf Resort

Buffet Ramadhan 2021 - Forest City Golf Resort


Highlight Menu

  • TEMA : Warisan Lagenda
  • Special menu : Gulai Daging Harimau Menangis
  • Durian *boleh dimakan selepas jam 8 pm*
  • Terdapat 3 set menu yang akan di rotate

Tarikh Buffet Ramadhan

  • 16 April 2021 - 11 May 2021
Buffet Ramadhan 2021 - Forest City Golf Resort

Buffet Ramadhan 2021 - Forest City Golf Resort

Buffet Ramadhan 2021 - Forest City Golf Resort

Buffet Ramadhan 2021 - Forest City Golf Resort

Buffet Ramadhan 2021 - Forest City Golf Resort


Buffet Ramadhan 2021 - Forest City Golf Resort

Buffet Ramadhan 2021 - Forest City Golf Resort

Buffet Ramadhan 2021 - Forest City Golf Resort

Promosi Lain
  • Untuk yang nak menginap disini , terdapat promosi 1 malam RM 200 (SUPERIOR ROOM) - 2 orang termasuk breakfast
Untuk Tempahan
  • sila hubungi : +607 535 2288

Buffet Ramadhan 2021 - Forest City Golf Resort

Buffet Ramadhan 2021 - Forest City Golf Resort


Info tentang lokasi dan social media
  • Jalan Persiaran Golf 5, Forest City Golf Resort, 81550 Gelang Patah, Johor Bahru, Johor
  • Facebook : Forest City Golf Resort

Cara Letak Garam Dalam Masakan

 

cara letak garam

cara letak garam dalam masakan

Anda biasa letak garam ketika memasak⁉️

Garam disaran untuk diletak sejurus selepas api masakan ditutup bagi menghalang iodin dalam garam daripada meruap disebabkan suhu yang tinggi.

Ia juga salah satu tip untuk mengelakkan penggunaan garam yang berlebihan semasa memasak.
Jangan terkejut rupanya hanya dengan SEDIKIT garam sahaja boleh memberi 'rasa' kepada masakan anda..

Jom cuba dulu baru tahu😎

sumber kredit : NutritionistKKM

Ayat Sentap Untuk Kawan

 

ayat sentap untuk kawan


Bila dah besar ni, kalau bab terasa dengan member. Aku lebih pilih untuk keep it silent. Bukan apa, just malas nak gaduh gaduh, takut nanti tak bertegur sapa tu yang lagi sakit.

Doa Kepada Allah

 

doa kepada allah

Trust me, doa ni ajaib. Kadang kita minta apa yang kita rasa baik. Tapi, Allah beri yang lebih baik untuk dunia akhirat kita.


Rewang Masak Nasi Ambeng

Rewang Masak Nasi Ambeng

Lebih kurang 2 minggu berturut-turut ain menolong memasak nasi ambeng. Orang sini selalu nya panggil rewang . Rewang ni macam bergotong-royong bersam-sama untuk mengadakan kenduri / majlis atau program . Jadinya kejiranan wanita tempat ain ni setiap hari sabtu memang akan masak-masak dan makanan tersebut diedarkan kepada kejiranan serta membuat program CSR . 

Minggu pertama yang ain join tu masak nasi ambeng dengan tambahan ayam masak lemak cili padi . Masa ni kena siapkan 12 ekor ayam . Ain tolong la bersihkan ayam tapi yang kali kedua masak nasi ambeng tu hanya 7 ekor. Kali kedua tu ain banyak siapkan sorang-sorang dah nak habis baru ada makcik yang tolong . Itupun tolong siapkan bahagian yang kecil-kecil macam hati dan pedal . 
Bila ain tolong siang ayam...rasa macam rendah diri betul..Yela , siapa je yang nak buat kerja yang geli-geli macam gitu. Lagipun dekat rumah memang ain la yang kena bersihkan ayam dan ikan . Nak tak nak memang dah diajar oleh arwah ibu... kena juga pandai buat. 

Selain itu , dengan join rewang ni secara tak langsung ain belajar juga cara memasak dengan lebih sedap . Masa time masak tu , ain memang tengok betul-betul cara menumis , bahan-bahan yang disediakan dan cara memasak tu . Balik je dekat rumah nanti ain akan cuba masak sendiri . Gitu la cara ain belajar masak .. Yela , kita kan hidup sendiri-sendiri .. Ibu dah takde . πŸ˜”πŸ˜­
Nasi Ambeng ni sedap makan dialaskan bersama dengan daun pisang . Jadi nya selepas selesai memasak , makcik-makcik ni  siap ade station masing-masing .  Daripada letak nasi sampai la ke ikan kering dan terakhir sekali sampai ke sesi membungkus .
Penat memang penat ..tapi pada ain ni pengalaman.. Dapat belajar cara memasak supaya masakan lagi sedap . Ade makcik siap sponsor apron kaler pink sorang satu . Hehehe . So Sweet πŸ’•

Pura Pura Suka

 

pura pura suka

Everyone ada instinct. Kita tahu siapa tak suka kita. Kita tahu siapa pura pura suka kita. Sebenarnya ni bukan negative thinking. But the vibes that they show. Obvious sangat. That's why jauhkan diri is better.

Buffet Ramadhan 2021 - Irama set di Amari Hotel Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2021 - Irama set di Amari Hotel Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2021 - Irama set di Amari Hotel Johor Bahru

Tema : 
  • Irama Set (makanan dihidangkan dalam set)
  • Mempunyai dua set yang boleh dipilih - Malay set atau Thai set
Buffet Ramadhan 2021 - Irama set di Amari Hotel Johor Bahru



SET MELAYU
Appetizer 
  • Chicken and beef satay

Soup
  • Oxtail soup

Main Dishes
  • Briyani Gam Rice
  • Steamed white rice 
  • Spicy Lamb Caramel
  • Chicken Perchik
  • Smoked Beef with Spicy Coconut Milk
  • Gulai Patin Tempoyak
  • Pineapple Prawn Curry
  • Chilli Eggplant
Desserts
  • Sagu Gula Melaka
  • Assorted Cut Fruits
Buffet Ramadhan 2021 - Irama set di Amari Hotel Johor Bahru


SET THAI 
Appetizer
  • Yum Talay

Soup
  • Tom Yum Goong

Main Dishes 
  • Pineapple Fried Rice
  • Steamed White Rice
  • Grilled Lamb Jim Jaew
  • Signature Green Curry Chicken
  • Beef Massaman
  • Deep Fried Fish with 3 Flavored Sauce
  • Stir Fried Prawns with Chilli Paste
  • Thai Style Mixed Vegetables

Desserts
  • Mango Sticky Rice
  • Assorted Cut Fruits
Buffet Ramadhan 2021 - Irama set di Amari Hotel Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2021 - Irama set di Amari Hotel Johor Bahru


Harga :
RM 98 nett per set

Tarikh :
16 April 2021 - 12 Mei 2021

Waktu :
6:30 pm - 10:30 pm

Promosi :
beli 10 vouchers percuma 1 voucher
delivery sekitar 10 km daripada Hotel Amari Johor Bahru *minimum order 2 set

Cara tempahan :
+607 266 8888

Social media