Pagi Tadi Ziarah Ke Pusara Ibu

pusara ibu



Assalamualaikum . Pagi tadi memang terasa nak singgah ke pusara ibu . Dah lama tak singgah semenjak tak boleh ke kubur beberapa bulan lepas . Sedih tengok kemain naik rumput dan segala tumbuhan entah pekebenda yang ada . 

Tadi singgah sedekahkan bacaan doa je untuk ibu . Nanti ingat hari Jumaat nak bersihkan kubur . Tadi masa nak balik ain tercakap pula "bye ibu πŸ₯²" . Tak apa , walaupun kita dah lama tak berjumpa ibu ... namun ain tahu ibu bahagia disana .

Itu yang ain selalu harapkan .. Ibu dilindungi , disayangi oleh Allah . Tak apa la kita terpisah di dunia .. Ibu , ain singgah jumpa ibu sebab ain nak kumpulkan kekuatan . Susah sangat hidup tak ada ibu . Susah . Ain rasa dengan cara ni je , kekuatan tu datang dalam jiwa .

Ibu , ibu kan suka menulis . Insyallah , bakat dan jiwa ibu ini ain sedang manfaatkan . Mana tahu kan impian ibu nak jadi seorang penulis novel di capai oleh ain . Kita tak tahu rezeki Allah kan . Ibu .. Terima kasih untuk kasih sayang mu melahirkan ain . 

Love you ibu ❤️πŸ’Œ

Sepetang Bersama Anak Jiran Bermain Bersama Anak Anak Kucing 😸


Assalamualaikum . Petang petang memang ain banyak spent kan sekejap di luar rumah nak ambil angin gitu . Pening duduk terkepam lama lama dalam rumah . Lepastu mula mula berbual la dengan anak anak jiran . Anak jiran yang sebelah kanan ni pula terbela kucing . Terbela sebab kucing tu datang memang nak cari tuan masa kucing tu pregnant . Eh last last terbela terjaga .. Ni pula dah terberanak ... Ada dah baby baby cat . 

Rumah ain ni pula di tengah antara anak jiran kiri dan kanan 🀣 Jadi nya , kitorang bertemu la . Anak jiran Farisya bawa keluar kotak yang berisi anak anak kucing tu . Main main la kitorang . Warna dah la semua sepattern je . Naik konfius yang mana satu nama dia Oreo la , Tiger la , Tam tam la . Yang lagi seekor tak ingat . 🀣🀣🀣 Mak kucing pun nama entah ada ke tak . Hahaha . 
Gitu la kitorang ! Main kucing sambil berborak , lepastu anak anak kucing dah tak behave asyik terkeluar je dari kotak , kita pun pulangkan la semula ke rumah nya 🀣 Sempat pula lepastu budak budak ni berlari dan berlakon . 🀣 

Terima kasih la anak anak jiran buat kak ain tersenyum dan tergelak ! Rasa ceria sangat hari ini . ❤️

Niat Nak Masak Nasi Goreng Waktu Pagi , Eh Waktu Malam Baru Masak 🀣

Assalamualaikum .. gambar gambar dibawah merupakan menu makanan yang dimakan oleh ain pada hari ini . Pagi ni alas perut dengan roti sekeping spread dengan peanut , yang sikit tu dengan coklat . 

Lepastu semalam ada balance lauk dan nasi nak la masak nasi goreng . Eh , lauk pula tinggal ayam kicap ingatkan ayam tu boleh jadi rencah last last jadi lauk pulak 🀣 Dah tu kita kukus jela nasi tu dan buat telur dadar sekali dengan bawang dan cili . Terus jadi lain .

Padahal ain siap dah tumis bawang kot 🀣🀣 last last jadi menu lain. Hahaha . Petang pula rasa lapar beli la Takoyaki tu pun kongsi berdua dengan abang ain . Seorang makan 6 biji ! 

Untuk dinner pening kepala nak fikir nak masak apa , nasi goreng pataya je la . Masak nasi lepastu goreng kan dia .. Rencah simple simple je dan salutkan je dengan telur . Jadi la nasi goreng pataya sebab nasi goreng pataya ni menu favourite abang Ain . Kita masak yang simple simple gini jela 🀀

Alhamdulilah ! kenyang untuk hari ini !. Bersyukur! 
nasi campur


roti dengan jem coklat


takoyaki chef tako


nasi goreng pataya



20 September 2021 : Ain Makan Ape ?

Assalamualaikum.. Makin hari makin pening sebenarnya nak makan apa kan . Sebenarnya kan ulang alik kebelakang kedepan menu lebih kurang je . Tapi sebab ain memang komited nak rekod kan apa yang ain makan setiap hari . Jadi kita titipkan je la di blog ini kan .

Ain makan breakfast buat sendiri sandwich telur letak sikit sayur salad , lepastu keluar kejap beli air kelapa brown sugar . Abang ain ada buat video review mooncake yang ni versi snow cake durian . Sedap ! Rasa rasa je tu kongsi kongsi .

Untuk late lunch dan dinner ain masak nasi putih dan ayam red ! Simple je . Macam biasa gambar atas sekali ayam red masa lunch , yang bawah sekali untuk dinner . Settle ! Alhamdulilah .🀲

nasi putih ayam masak merah



sandwich telur



air kelapa gula melaka


moonlight cake durian


lauk ayam masak merah simple


19 September 2021 : Ain Makan Ape ?

Assalamualaikum. Selamat hari Ahad ! Hari ni pening nak masak ape siot ! Breakfast jela dulu roti 3 keping bersama sosej dan sos . Tu la kira makanan sarapan paling malas . Ain ni jenis tak berapa suka sangat makan pagi . Tapi nak kena juga isi perut kan .

Lepastu , ain kukus dan panaskan lauk semalam . Ada balance nasi impit dengan lauk semalam boleh lah buat makan lunch . Untuk sebelah petang pula isi perut dengan dua keping roti spread dengan Passionfood spread the love .

Untuk dinner pula ain masak goreng ayam , buat sambal belacan sikit dan sayur masak air . Alhamdulilah , syukur untuk makanan hari ini .


Kesempurnaan Hari Ku 🧑



Pada aku , dapat makan nasi dengan lauk simple macam gini dah sangat sempurna ! Entah , mungkin orang nak cari pencuci mulut sebagai pelengkap hari , nak ngopi baru rasa badan bertenaga , beli makanan viral semua pakat nak mencuba .. Tapi tidak pada empunya nama Ain ! 

Ain ni jenis suka masak . Suka makanan yang air tangan orang masak . Kepuasan sangat rasa walaupun hanya makan nasi , ayam goreng , sayur masak air dan sambal belacan . Sesimple macam dalam pinggan tu pun dah rasa happy sangat !  

That why ain appreciate gila kalau dapat makanan hasil air tangan memasak .. Effort win πŸ’― ! *wishlist nak cari husband yang pandai memasak. 🀭πŸ€ͺ Tolong cari kan sorang boleh ..Eh 🀣

18 September 2021 : Ain Makan Ape tu ?

Assalamualaikum.. hari ni pagi tu ain panaskan lauk jiran bagi semalam . Jiran bagi pun dah malam. Ain kan dah jarang makan waktu malam. Dapur memang close waktu malam . Hehehe . Jiran bagi lontong dengan rendang paru . Alhamdulilah , boleh la buat alas perut juadah sarapan hari ini.

Tengah hari rasa kenyang , so ain pun tak makan tapi pergi kedai dua ringgit ternampak pula keropok sira ni . Keropok ni makanan kegemaran ain waktu zaman belajar dulu , ambil la makan sepeket . 

Dinner pula ain masak ayam masak red . Sebab resepi ayam red ain terpaling simple kan , so ain masak je la . Settle makan apa untuk hari ini . 

Simple simple je ! Janji perut berisi tak berlapar . Hehehe .


Dah Sampai Langkawi Ke Tu ?


Assalamualaikum .. kita ni masih lagi dalam tempoh edah 🀣🀭 . Second dose pun 8 September hari tu .. Kalau yang belum baca kisah vaksin ain , boleh baca disini ⤵️


Tetiba teringat pula nak tukar background Google Meet kepada view pantai .. Maklumlah , sekarang ni kan ramai yang tengah sibuk sibuk nak ke Pulau Langkawi kan . Kalau tanya ain , tak ada sangat keinginan tu . Nak sangat ke Sabah ❤️ Tapi tula bila fikir balik duit banyak juga yer nak kena spent , nak swab lagi dan kuarantin .. procedure nya agak cerewet .. Tak apa , duduk je la di rumah sementara ni . 

Ain teringat pula kisah Langkawi yang ain post di Twitter dan Instagram tempoh hari . Meh ain letak di bawah . (Agak sedih . Kisah benar ! )  


Pesan ain , kepada yang pergi ke Pulau Langkawi tu .. jaga SOP okay ! Semoga kita semua sentiasa dilindungi .. ❤️

Guna Kotak Kasut Buat Alas Keyboard Untuk Menaip


Assalamualaikum .. kalau semua nak tahu ain kalau update blog selalu nya menaip guna telefon je πŸ˜… Mood banyak kearah menaip di telefon berbanding di komputer . Komputer yang ain guna ni pula zaman tokadok 🀣🀭 Zaman lama punya .

Setakat kerja menaip tu lepas la , tapi kalau nak buat edit video atau design memang tak boleh . Meja dan kerusi yang ain letak untuk set komputer ni pula tak sesuai untuk buat kerja kerja menulis dengan lebih lama . Sebabnya meja tu rendah . 

Jadinya kalau lama lama boleh sakit belakang nanti . Ain ternampak pula kotak kasut ain , haa boleh la meninggikan kedudukan keyboard tu . Okay , dah jadi sedap nak menaip . 

Insyallah , doakan ain yer ! Sekarang ni ain banyak mencari job job sebagai writer dan ghost writer . Masih awal lagi ni nak mencari .. 

Manalah tahu kalau korang ada tahu peluang terbuka sebagai writer boleh bagitahu ain yer .

Ain tinggalkan sekali email disini ⤵️
ain8291@gmail com 

17 September 2021 : Ain Makan Ape ?

Assalamualaikum.. Pagi ni nak mencari breakfast. Sebab terasa nak macam orang lain juga mencari breakfast di luar . Kemain yer pergi sampai 3 tempat . Sebab gerak keluar pun dah lambat kan . 

Total semua RM 10.40 . (roti john telur  RM 1.20 beli dua jadi RM 2.40 ). Nasi lemak (RM 2 beli dua jadi RM 4 ) Kuih karipap sebiji 0.50 yer . Tinggal inti keledek dan kentang je . Ain cakap buat 2 ringgit 2 ringgit jadi RM 4 . Ni untuk makan berdua je . Jadi lah . 

Dah kenyang kemain ain masak agak lewat juga pening nak masak ape , masak jela nasi putih dengan ayam kicap je 🀣 . Untuk dinner pula petang tu masa menyapu sampah di depan rumah jiran bagi nasi dagang . Jadi dinner ain makan la nasi dagang . 

Settel ! 🀲 Bersyukur ! 

Selamat Hari Malaysia 16 September ! Ain makan ape tu ?

Assalamualaikum .. hari ini hari Malaysia ! Pagi tu semangat bermain badminton dengan teman kecilku . Lepas balik dari ber badminton tu , rasa mengantuk gila . Ain tidur .

Tak makan apa pun hanya beralaskan air masak je . Bangun tu lapar dan panaskan lauk semalam . Ada balance mee soto dan begedil semalam . Makan lah kongsi kongsi sekadar alas perut gitu . 

Untuk late lunch dan dinner ain masak nasi putih dan tomyam je ! Simple simple je ! Janji masak ! Ceh wah ! Gitu ! 

Hari Soto dan Begedil Sedunia ! 🀣

Assalamualaikum .. hari ini ain isytiharkan sebagai hari soto dan begedil sedunia ! Hahaha . Malas nak memasak banyak kali ! Kita jenis masak sekali arung je orang cakap .

Pagi tu dah rebus kentang sesiap ! Memang nak masak begedil , alang alang dah beli tauhu pok ! My favourite ..buatlah dia menjadi tauhu begedil . Ain je yang makan sorang tu🀣 Kepuasan sangat . Ulang makan dua kali yer ! Untuk sarapan pagi dan untuk hitea 

Mee soto pula untuk lunch dan dinner . Begedil memang saja buatl lebih sebab kitorang memang suka meratah gitu . Cuma begedil ain simple je dan ain tak suka banyak sangat bahan yang diletak . Lebih suka rasa kentang yang penuh dan padat . Dipadankan dengan mee soto . Mee soto pula ain suka makan banyak taugeh ! nikmat betul krup krap krup krap rasanya 😍

Maka , terjadi lah hari soto dan begedil sedunia dunia dunia dunia seketul farahain sahaja ! Hahaha .

Mee Goreng Kemain Gelap Dan Nasi Ayam Di Malam Hari

Assalamualaikum. Hari ni ain makan ape la tu kan ?  Dah niat nak goreng mee hari ni ! Ain suka mee goreng gelap pekat melekat macam gitu 🀣 Ain pula jenis kalau goreng mee tak suka masuk kan sekali telur . Telur tu jadi tambahan macam telur mata gitu yang macam dalam gambar ataupun buat telur dadar . Baru umpphh . Sebab ain jenis suka rasa mee kosong gitu.  Tapi ni bubuh juga fishball ! Tapi yang penting mesti gelap pekat macam gitu . 

Mee goreng ulang makan dua kali . Lepastu keluar pi cari ayaq nyoq brown sugar 🀭 Rasanya sekarang memang tengah suka gila minum air ni . Astagfirullah ! 

Dinner pula masak nasi ayam terpaling simple janji masak ! Ain masak nasi ayam tak la macam dekat kedai tu . Janji tekak boleh terima . Senang je ! ayam perap dengan kicap dan madu sedikit pastu masak dekat airfryer ! Untuk sambal nasi ayam tu pula ada macam macam cara ain punya style , kalau malas sangat pakai sos cili dan sos tomato je .. Letak air sikit haa siap🀣🀭 

Gitu la cara ain memasak . Ikut suka janji masak . Janji tekak boleh terima .


Beli Nasi Kerabu Dan Makan Buah Buahan

Assalamualaikum . Hari ini makan lambat sangat yer ! Dah tengah hari baru mengisi perut πŸ˜… Alas perut dulu dengan 3 keping roti spread dengan Passionfood spread the love . 

Dah petang baru menggigil perut . Pusing macam macam tempat cari nasi banyak dah habis . Lagi pula ain singgah kejap ke Giant beli barang dapur . Biasala kalau dah beli barang dapur , malas nak masak sebab penat yer alahai . Last last pusing pusing terjumpa orang jual nasi kerabu . Rembat je la ! Siap dengan ikan sambal ! RM 7 je ! okay la pada ain ! 

Akibat lambat makan , rasa kenyang sangat ! Makan nasi sekali je kan . Untuk dinner ain makan buah je . Sebab tengah banyak buah orang bagi , kita pun bedal je la . 

Alhamdulilah ! 

Malas Masak , Aku Makan Lontong Dan Tauhu Bakar Je Hari Ini !

Assalamualaikum ! Hari ini saya ain , mengisytiharkan hari memalas masak sedunia !  Bila dah malas masak kita pun apa lagi kan , beli la . Beli pun makanan yang bajet je awak ! Tak mahal mana pun . 

Pagi makan lontong ! Petang makan tauhu bakar . Wow , hari ni makan dua kali je 🀭🀣

Aku Guna Jejantas Semasa Morning Walk


Assalamualaikum.. Selamat pagi ! Selamat hari ahad ! Wah gitu ! jarang la yer seketul Farahain menulis seawal jam 8:50 pagi macam gini kan . Tu la , hari ni kita ubah sikit laluan biasa morning walk . Tahu sebab apa ? 

Sebab nak ambil dokumen dekat rumah Puan Pengerusi jiranwanita ain . Ain memangku jawatan Setiausaha semula selepas arwah makcik Hajah Asiah meninggal .Hmm ..Berat pada ain untuk menerima nya sebab jawatan Setiausaha bukan biasa biasa pada ain . Tapi tolong sedaya mana yang mampu je la kan .

Jadi nya , pagi ni kita ubah la laluan . cuba la melintas menggunakan jejantas tu . Jejantas ni legend kot dari zaman sekolah dah wujud . Cumanya biasa la waktu sekolah mana nak guna . Setiap anak tangga tu kemain cenonet kecik pula tu rasa macam malasnya nak kena naik tangga semata mata nak melintas .

Memang masa zaman sekolah kalau nak melintas guna jalan bawah je la . Hihihi .Tak kuasa nak guna jejantas macam dalam gambar ni . 

Tadi bila dapat lalu amboi kemain bahagia rasa dihati . Betul la orang kata , dah umur 30 ni .. Benda kecil kecil macam gini pun dah rasa happy! 🀣