Assalamualaikum .. hari ini ain isytiharkan sebagai hari soto dan begedil sedunia ! Hahaha . Malas nak memasak banyak kali ! Kita jenis masak sekali arung je orang cakap .
Pagi tu dah rebus kentang sesiap ! Memang nak masak begedil , alang alang dah beli tauhu pok ! My favourite ..buatlah dia menjadi tauhu begedil . Ain je yang makan sorang tu🤣 Kepuasan sangat . Ulang makan dua kali yer ! Untuk sarapan pagi dan untuk hitea
Mee soto pula untuk lunch dan dinner . Begedil memang saja buatl lebih sebab kitorang memang suka meratah gitu . Cuma begedil ain simple je dan ain tak suka banyak sangat bahan yang diletak . Lebih suka rasa kentang yang penuh dan padat . Dipadankan dengan mee soto . Mee soto pula ain suka makan banyak taugeh ! nikmat betul krup krap krup krap rasanya 😍
Maka , terjadi lah hari soto dan begedil sedunia dunia dunia dunia seketul farahain sahaja ! Hahaha .
rindu Muar pulak bila tengok gambar soto ni
BalasPadam