30 Menu Berbuka Dan Sahur Simple *Sesuai untuk yang nak Kurus ! *

 

30 Menu Berbuka Dan Sahur Simple


30 Menu Berbuka Dan Sahur Simple *Sesuai untuk yang nak Kurus ! *

Alang - alang risau berat badan naik semasa bulan puasa , Ain pun cari la menu yang simple untuk berbuka dan sahur . Rasa berdosa pula kalau tak dikongsi bersama kan . Kata orang , makan jangan lupa orang belakang dan nak kurus dan sihat pun kena la ingat juga orang belakang kan . Kesemua resepi telah di susun oleh nutritionist KKM

menu berbuka puasa dan sahur simple stew ayam

menu berbuka puasa dan sahur simple tomyam merah

menu berbuka puasa dan sahur simple ikan bakar

menu berbuka puasa dan sahur simple kerapu kengsom

menu berbuka puasa dan sahur simple kerang rebus

menu berbuka puasa dan sahur simple singgang daging

menu berbuka puasa dan sahur simple sup ikan

menu berbuka puasa dan sahur simple daging black pepper

menu berbuka puasa dan sahur simple sup cendawan

menu berbuka puasa dan sahur simple ayam masak merah

menu berbuka puasa dan sahur simple lala masak sambal

menu berbuka puasa dan sahur simple daging capsicum

menu berbuka puasa dan sahur simple sambal telur

menu berbuka puasa dan sahur simple kailan sos tiram

menu berbuka puasa dan sahur simple ayam pandan

menu berbuka puasa dan sahur simple siakap stim

menu berbuka puasa dan sahur simple sayur bak choy

menu berbuka puasa dan sahur simple ayam bakar

menu berbuka puasa dan sahur simple sup ikan merah

menu berbuka puasa dan sahur simple kerabu taugeh

menu berbuka puasa dan sahur simple ayam masak halia

menu berbuka puasa dan sahur simple nasi daging

menu berbuka puasa dan sahur simple ikan pari

menu berbuka puasa dan sahur simple kerabu pucuk paku

menu berbuka puasa dan sahur simple tomyam putih

menu berbuka puasa dan sahur simple daging singgang

menu berbuka puasa dan sahur simple kari kacang kuda

menu berbuka puasa dan sahur simple kacang kuda

menu berbuka puasa dan sahur simple pizza simple

menu berbuka puasa dan sahur simple salad makaroni

menu berbuka puasa dan sahur simple sayur goreng

menu berbuka puasa dan sahur simple air tembikai lemon

menu berbuka puasa dan sahur simple pizza buah sayur

menu berbuka puasa dan sahur simple nugget homemade

menu berbuka puasa dan sahur simple oat pisang

menu berbuka puasa dan sahur sandwich tuna telur

menu berbuka puasa dan sahur smoothies oat kurma


selamat mencuba ~~

10 Resepi Sedap Daging * WAJIB CUBA*

resepi daging sedap
10 Resepi Sedap Daging

 Sambil - sambil scroll Facebook ternampak la semua resepi- resepi ini. Tak salahkan kongsi - kongsi di blog Ain ni . Senang nak cari nanti kalau nak masak . Dah masak nanti jangan lupa kongsi - kongsi resepi ni dengan kawan - kawan dan keluarga okay !

daging asam kuyit


Resepi Daging Asam Kunyit

Bahan - bahan :

  • 1/2 kilo daging...rebus hingga empuk (kalau tak nak rebus pun boleh..cuma masak tu lagi lama la yer)
  • 1 biji bawang besar hiris
  • 5 ulas bawang putih hiris
  • 1 inci halia hiris
  • 10 biji cili padi hiris (potong tengah jangan putus)
  • 1 kuntum bunga kantan (saya saja letak sebab saya suka makan bunga kantan tu)
  • 2 batang serai diketuk
  • 1/2 cawan air asam jawa sederhana cair
  • 1/4 sdb garam
  • 1 sdt gula
  • Sedikit bahan perasa jika suka
  • 1 sdb serbuk kunyit
  • 2 cawan air rebusan daging
  • 2 1/2 senduk minyak masak
  • Sedikit cili padi(utk hiasan)


Caranya

  1. Panaskan minyak
  2. masukkan serai bila serai dah perang masukkan bahan hiris
  3. tumis hingga naik bau . masukkan serbuk kunyit . 
  4. masukkan pula air asam jawa dan air rebusan daging.
  5. bila dah mendidih ganas masukkan daging , gula,garam dan serbuk perasa.
  6. biarkan kuah kering . masukkan cili padi dan bunga kantan..kacau sebati.
  7. sesuaikan rasa..siap utk dihidang.

Kredit resepi ini kpd mariana zainal #mahn


daging masak black pepper


Resepi Daging Black Pepper

Bahan -bahan:

  • Daging
  • Bawang putih 4ulas (tumbuk)
  • Bawang holland 2 biji
  • Serbuk kunyit 1 sudu kecik
  • Sos black pepper
  • Lada hitam 2 sudu (tumbuk)
  • Capsicum hijau 1biji
  • Tomato 2biji
  • Carrot (optional, tak nak letak pun tak apa)
  • Daun bawang (optional, tak nak letak pun tak apa)
  • Garam, gula, aji
  • Minyak masak


Cara Masak:

  1. Rebus daging sampai empuk. Bila air dah kering masukkan minyak masak, serbuk kunyit , kacau pastu masukkan bawang putih.
  2. Masukkan sos black pepper dan lada hitam yang ditumbuk tadi.
  3. Masukkan garam, gula,aji.
  4. Masukkan carrot,lada capsicum. agak - agak sayur dah lembut pastu masukkan pulak tomato, bawang Holland & daun bawang.
  5. Ok dah siap!

Kredit resepi ini kpd fatimah ibrahim


daging merah thai



Resepi Daging Merah Thai


Bahan - bahan : 
  • 1 paket daging ( rebus dulu + pewarna merah)
  • 2 sudu makan cili blander
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 biji bawang putih di tumbuk kasar
  • Sedikit pak aji. secubit gula

Bahan hiasan
  • 1 biji bawang besar potong
  • 1 tangkai cili merah besar
  • 3-4 tangkai cili padi
  • 1 tangkai daun sup
  • 1 tangkai daun ketumbar

Cara- cara masak
  1. Daging dipotong kecik atau nipis - nipis
  2. Tumis dulu bawang putih sampai naik bau
  3. Pastu masukan daging dan kacau sebati
  4. Kemudian masukan cili blander , cili sos ,sos tomato ,sos tiram ,sos ikan
  5. Kacau semua sampai naik bau
  6. Masukan sedikit gula dengan pakaji dan kacau lagi sampai sedikit kering
  7. Kemudian masukkan sedikit air
  8. Tabur bahan hiasan kacau sampai semua sebati...siap untuk dihidang !
Kredit resepi ini kepada adreana soffea


daging goreng kunyit

Resepi Daging Goreng Kunyit

Bahan - bahan :
  • daging lembu (batang pinang)
  • bawang putih diketuk
  • bawang besar dimayang
  • cili api potong kecik
Cara - cara : 
  1. Gaul daging bersama serbuk kunyit,garam dan sedikit serbuk perasa
  2. Tumis bawang kecik, bawang besar dan cili api sehingga naik bau
  3. Masukkan daging
  4. Goreng hingga air daging kering dan sedikit garing
  5. Kacau
  6. Dah siap..sempoi gila je kan!
Kredit resepi ini kepada Pn Shieykin Hassain


daging ketumbar


Daging Goreng Ketumbar

Bahan - bahan :
  • 400gram daging dihiris sederhana nipis
  • 5 biji bawang merah di tumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih di tumbuk halus
  • 1 inci halia di tumbuk halus
  • 1 inci kunyit hidup di tumbuk halus
  • 2 biji cili masak ditumbuk halus
  • 3 batang serai dititik
  • sedikit sahaja air asam jawa (campur dengan bahan yang dah di tumbuk)
  • 2 sudu besar ketumbar (ditumbuk )
  • garam, gula (kalau suka rasa manis terpulang, boleh bubuh lebih sikit) dan serbuk perasa secukupnya

Bahan- bahan lain:

  • Sebiji bawang besar holland dihiris bulat
  • 9 biji cili api diketuk (kalau nak nampak menarik campur cili api hijau & cili api merah)

Cara-caranya:

  1. Gaulkan bahan yang dah di tumbuk bersama ketumbar dan air asam jawa rata-rata pada hirisan daging.
  2. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Agak-agaklah. Gaul lagi.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan daging tadi bersama serai yang dititik. Tutup kuali.
  4. Bila air daging telah kering tambahkan lagi air secukupnya. Masak dengan api perlahan hingga kuah pekat atau garing dengan api perlahan. Kacau sekejap-sekejap.
  5. Bila daging dah lembut masukkan bawang holland & cili api yang diketuk, kacau 1-2minit , dan bolehla tutup api & hidang kan.

***Hidangan ni tak terlalu berkuah juga tak terlalu kering.

Ada sesetengah orang bubuh jintan kasar & jintan halus yang ditumbuk sedikit. Pun boleh juga. Terpulang pada citarasa masing-masing ye. Nak ubah resepi ni ikut selera masing-masing pun boleh je.

daging air asam

Resipi Daging Air Asam

Bahan yang di blender
  • Tomato sebelah
  • Bawang merah besar sebelah
  • Lada kecil (ikut nak kepedasan)
  • Lada merah besar 1 biji
  • Air asam jawa 
  • Belacan (di bakar dulu baru sedap)
  • Garam dan gula

Cara-cara:

  1. Blender laa jangan lumat sangat.
  2. Siap boh laaa dalam mangkuk
  3. Hiris bawang besar merah tomato lada kecil
  4. Perah asam limau kasturi
  5. Pastu rasa laaa. dah ok ke tak
  6. Pastu kalau dah sedap.. boleh laaa di gaul sama daging yang telah di rebus.. Selamat mencuba.. .
Kongsi Resepi: kak ja

daging masak kurma


Resepi Daging Masak Kurma 

Bahan- bahan dan cara memasak :

  1. Blend bawang merah  , putih , halia , serai , cili api , kunyit hidup
  2. Rebus daging potong
  3. Tumis bahan blend..
  4. Masukkan serbuk kurma
  5. Masukkan daging asam keping
  6. Masak hingga garing. 
  7. Perasakan..siap!
Kredit Resepi : eda arina via mahn


daging dendeng


Resepi Daging Dendeng

Bahan -bahan :
  • 400 gram daging
  • 400 gram bawang besar (blend)
  • cili kering ikut nak pedas mana
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit bancuhan belacan
  • garam
  • gula
  • kicap manis secukup rasa *saya tambahkan kicap pekat untuk warna

**daging dengan bawang sama banyak. nak buat kuantiti banyak mana boleh olah sendiri.

cara - cara : 
  1. Rebus daging hingga empuk
  2. Lepas tu hiris dan tumbuk
  3. Lepas tu goreng daging tadi sekejap atau separuh garing 
  4. Angkat dan ketepi kan
  5. Tumis bawang besar tadi sehingga garing dan kering.
  6. Masukkan cili kering dan tumis hingga naik minyak.
  7. Kemudian masukkan daging yang di goreng tadi air asam , belacan , garam , gula , kacau hingga agak kering dan siap

rendang daging



Resepi Rendang Daging

Bahan - bahan :
  • 2 kg daging
  • 6 biji bawang sederhana besar
  • 8 ulas bawang putih
  • Sebesar 2 jari halia
  • Sebesar 2 jari kunyit hidup
  • Sedikit lengkuas
  • 6 batang serai
  • Cili kering blend lebih kurang 2 senduk
  • Santan kotak 500ml
  • Kerisik
Cara-cara : 
  1. Bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai, kunyit hidup dan serai diblend.
  2. Masukkan dalam kuali bersama dengan cili kering blend. 
  3. Lepas tu daging. Kacau supaya bahan blend semua rata dengan daging
  4. Masukkan santan. Kacau lagi. 
  5. Masak rendang daging api jangan kuat dan sederhana je. 
  6. Bila dah hampir nak kering masuk kerisik dan daun kunyit hiris, daun limau purut, asam keping. 
  7. Jangan lupa garam, serbuk perasa dan sedikit gula. Opah guna gula melaka dan sedikit gula pasir.
credit : Norsiah Zakaria‎ #mahn

daging masak hitam


Resepi Daging Masak Hitam 

Bahan - bahan :

Bahan menumis A
  • Kulit kayu manis (1-2 batang)
  • Buah Pelaga ( 1-4 biji)
  • Bunga Lawang (1-3 biji)
  • Serai ( 2 batang diketuk)
  • Daun Kari ( ikut suka)
Bahan Menumis ( BLENDER)
  • Bawang Putih ( 4 ulas)
  • Bawang Besar ( 2 ulas)
  • Halia ( sebesar ibu jari)
  • Serai ( 2 batang)
Cara - cara : 
  1. Blender bahan - bahan di atas sampai lumat kemudian tumis dengan bahan bahan A sampai naik bau wangi.
  2. Seterusnya BLENDER sekali lagi bahan- bahan berikut: Cili Kering( agak-agak ya, kalau nak pedas boleh letak banyak) Bawang Besar ( 2 ulas lagi. Masak hitam ini lagi bawang besar banyak lagi sedap) Perencah Kari Daging ( jenama apa pon tak apa. Saya letak setengah je )
  3. Bila bahan yang ditumis tadi dah kering sedikit masukkan bahan bahan yang baru diblender tadi.
  4. Masak sampai pecah minyak.
  5. Sambil- sambil tu rebus daging. Air daging jangan dibuang ya.
  6. Dah pecah minyak masukkan : air daging  , daging . kicap kipas udang atau kipas mudim
  7. Last sekali masukkan : garam , gula , ajinomoto . perencah masakkan mengikut citarasa anda
  8. Perlahankan api biar masak sampai agak kering sedikit tutup api dan hidangkan 
Credit : Najwatul Farhana Md Fazli #mahn


DAH PERNAH RASA DAGING HARIMAU MENANGIS YANG VIRAL TU ? KALAU BELUM.. SILA ORDER SEKARANG !!!

30 Doa Harian Ramadhan

30 doa harian ramadhan


30 Doa Harian Ramadhan

Berikut merupakan doa harian ringkas dalam bahasa melayu yang boleh kita sama - sama amalkan dan baca . Sangat mudah dan ringkas . Ain jumpa ni di Twitter . Semoga ianya bermanfaat kepada semua. Insyallah .

30 Doa Harian Ramadhan

Hari 1
Ya Allah , jadikan puasaku di bulan ini sebagai puasa orang - orang yang berpuasa sebenarnya , solat malam ku di dalamnya sebagai orang yang solat malam sebenar-nya , bangunkan daku didalamnya dari tidurnya orang- orang yang lalai . Bebaskan aku dari dosa- dosaku wahai Tuhan semesta alam . Maafkan aku wahai Yang Memberi ampunan kepada orang -orang yang berbuat dosa .

30 Doa Harian Ramadhan
Hari 2
Ya Allah ! Mohon dekatkan lah aku kepada keredhaan -Mu dan jauhkanlah aku dari kemurkaan serta alasan - Mu . Mohon berilah aku kemampuan untuk membaca ayat -ayat Mu dengan rahmat Mu . Wahai Maha Pengasih dari semua yang Pengasih.

30 Doa Harian Ramadhan
Hari 3
Ya Allah ! Mohon berikanlah aku rezeki akal dan kewaspadaan . Dan jauhkanlah aku dari kebodohan dan kesesatan . Anugerahkanlah kepadaku bahagian daripada segala kebaikan yang ENGKAU turunkan , demi kemurahan Mu . Wahai zat Yang Maha Dermawan dari semua yang dermawan . 

30 Doa Harian Ramadhan
Hari 4
Ya Allah ! Mohon berikanlah kekuatan kepadaku , untuk menegakkan perintah - perintah Mu , dan berilah aku manisnya berzikir mengingat Mu . Mohon berilah aku kekuatan untuk bersyukur kepada Mu , dengan kemuliaan Mu . Dan jagalah aku dengan penjagaan Mu dan perlindungan Mu , Wahai zat Yang Maha Melihat.

30 Doa Harian Ramadhan

Hari 5

Ya Allah ! Mohon jadikanlah di bulan ini aku termasuk diantara orang - orang yang memohon ampunan (beristighfar) , dan jadikanlah aku sebagai hamba Mu yang soleh dan setia serta mohon jadikanlah aku diantara Auliya Mu yang dekat disisi Mu , dengan kelembutan Mu , Wahai zat Yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.

30 Doa Harian Ramadhan
Hari 6
Ya Allah ! Jangan lah Engkau hinakan aku di bulan ini kerana perbuatan maksiatku terhadap Mu , dan jangan lah Engkau cambuk (sebat ) aku dengan cambuk (sebat) balasan Mu . Jauhkanlah aku dari hal - hal yang dapat mendatangkan kemurkaan Mu dengan kelembutan dan ketinggian rahmat Mu  , Wahai pegangan terakhir orang - orang yang berkeinginan .

30 Doa Harian Ramadhan
Hari 7
Ya Allah , bantu lah aku untuk berpuasa dan solat pada waktu malam serta jauhkan aku dari kesia - siaan dan perbuatan dosa . Anugerahi aku di didalamnya dengan dawam (melakukan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan) nya ingat pada Mu dengan taufik Mu wahai yang menunjuki orang tersesat .

30 Doa Harian Ramadhan
Hari 8 
Ya Allah , anugerahilah kepada kami rasa sayang terhadap anak - anak yatim dan suka memberi makan (orang miskin ) serta menyebarkan kedamaian dan bergaul dengan orang -orang mulia dengan kemurahanmu wahai tempat berlindung bagi orang - orang yang berharap.


30 Doa Harian Ramadhan

Hari 9
Ya Allah ! Anugerahilah untukku sebahagian dari rahmat Mu yang luas , dan berikanlah aku petunjuk kepada ajaran - ajaran Mu yang terang , dan bimbinglah aku menuju kepada keredhaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu . Wahai harapan orang - orang yang merindu .

30 Doa Harian Ramadhan
 
Hari 10
Ya Allah ! Mohon jadikanlah aku diantara orang - orang yang bertawakal kepada Mu , dan jadikanlah aku diantara orang - orang yang menang disisi Mu , dan jadikanlah aku diantara orang - orang yang dekat kepada Mu , dengan kebaikan Mu , Wahai tujuan orang - orang yang memohon .

30 doa harian ramadhan

Hari 11
Ya Allah ! Mohon tanamkanlah ke dalam diriku kecintaan kepada perbuatan baik  dan tanamkanlah ke dalam diriku kebencian terhadap kemaksiatan dan kefasikan . Mohon jauhkanlah dariku kemurkaan Mu dan api neraka dengan pertolongan Mu , Wahai Penolong orang - orang yang meminta pertolongan .




30 doa harian ramadhan

Hari 12
Ya Allah , mohon hiasilah aku di bulan ini dengan penutup aib dan kesucian . Tutupilah diriku dengan pakaian kecukupan dan kerelaan diri . Tuntunlah aku untuk sentiasa bersikap adil daan taat . Selamatkanlah aku daro segala sesuatu yang aku takuti . Dengan Perlindungan Mu , Wahai tempat bernaung bagi mereka yang ketakutan .




30 doa harian ramadhan

Hari 13
Ya Allah ! Mohon sucikanlah diri kami di bulan ini dari segala dosa dan perbuatan keji . Berilah aku kesabaran atas apa yang Engkau tetapkan . Anugerahkan kepada kami ketakwaan dan persahabatan dengan orang - orang yang baik dengan pertolongan Mu , Wahai cahaya hati orang -orang yang miskin .

30 doa harian ramadhan

Hari 14
Ya Allah ! Mohon janganlah Engkau tuntut dari kami di bulan ini semua kesalahan yang aku lakukan . Hapuskan seluruh kesalahan dan kebodohanku . Hindarkan aku dari bencana dan malapetaka . Demi kemuliaan Mu , wahai sandaran Kemulian kaum Muslimin .

30 doa harian ramadhan

Hari 15
Ya Allah , mohon anugerahkan padaku di bulan ini dengan ketaatan orang - orang yang khusyuk serta lapangkanlah dadaku dan dengan taubat orang - orang yang rendah diri . Dengan kekuatan Mu . Wahai tempat berlindung bagi orang - orang yang ketakutan .

30 doa harian ramadhan

Hari 16
Ya Allah  , anugerahilah kepadaku di bulan ini agar supaya dapat bergaul dengan orang - orang baik , dan jauhkanlah aku dari bergaul dengan orang - orang jahat . Berilah aku perlindungan di bulan ini dengan rahmat Mu sampai ke alam akhirat . Demi keesaan Mu wahai Tuhan semesta alam .


30 doa harian ramadhan

Hari 17
Ya Allah anugerahilah aku di bulan ini untuk mampu berkelakuan yang baik dan makbulkanlah semua hajat dan keinginanku . Wahai yang tidak memerlukan penjelasan dan pertanyaan . Wahai yang Maha mengetahui apa yang ada di dalam alam ini  , Anugerahilah selawat dan salam bagi Muhammad dan keluarganya yang suci .

30 doa harian ramadhan

Hari 18 
Ya Allah sedarkanlah aku untuk mengetahui berkat yang ada pada waktu sahur . Terangilah hatiku dengan cahaya Mu yang lembut . Jadikanlah seluruh anggota badanku dapat mengikuti cahaya itu . Wahai Penerang hati sanubari .

30 doa harian ramadhan

Hari 19 
Ya Allah , jadikan lah aku di bulan ini lebih bisa menikmati berkat - berkat Mu dan mudahkanlah jalan ku untuk mendapat kebaikan - kebaikannya . Jangan Engkau haramkan aku untuk menerima kebaikan - kebaikannya . Wahai Pemberi Petunjuk kepada jalan yang terang .

30 doa harian ramadhan

Hari 20 
Ya Allah , bukakanlah bagiku di bulan ini pintu - pintu menuju syurga dan tutupkan bagiku pintu - pintu neraka . Berikanlah kemampuan padaku untuk menelaah Al Quraan di bulan ini . Wahai yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang - orang mukmin . 


30 Doa Harian Ramadhan

Hari 21
Ya Allah , tuntun lah aku di bulan yang mulia ini untuk mendapat keredhaan Mu Dan jangan lah adakan ruang syaitan untuk menggodaku . Jadikan syurga sebagai tempat tinggal dan bernaungku . Wahai yang memenuhi hajat orang - orang yang meminta .

30 Doa Harian Ramadhan

Hari 22
Ya Allah bukakanlah selebar - lebar pintu kurnia Mu di bulan ini dan curahkan berkah - berkah Mu . Tempatkan aku di tempat yang membuat Mu redha padaku . Tempatkan aku di dalamSyurga Mu . Wahai Yang Maha menjawab doa orang yang dalam kesempitan .

30 Doa Harian Ramadhan

Hari 23
Ya Allah , sucikanlah aku dari dosa - dosa dan bersihkanlah diriku dari segala aib/ keburukan . Tanamkanlah ketakwaan di dalam hatiku . Wahai Penghapus kesalahan orang - orang yang berdosa .

30 Doa Harian Ramadhan

Hari 24
Ya Allah aku memohon pada Mu di bulan yang suci ini dengan segala sesuatu yang mendatangkan keredhaan Mu , dan aku berlindung dengan Mu dari hal - hal yang mendatangkan kemarahan Mu , dan aku memohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu Wahai Pemberi para peminta. 

30 Doa Harian Ramadhan

Hari 25
Ya Allah jadikanlah aku di bulan ini lebih mencintai para wali Mu dan memusuhi musuh - musuh Mu . Jadikanlah aku pengikut sunnah Nabi Penutup Mu , Wahai yang menjaga hati para nabi .
30 Doa Harian Ramadhan

Hari 26
Ya Allah , jadikanlah setiap jalan usahaku di bulan ini sebagai ungkapan rasa syukur dan dosa - dosaku terampuni , amal ibadahku diterima dan seluruh aib dan keburukanku ditutupi . Wahai Yang Maha mendengar dari semua yang mendengar .

30 Doa Harian Ramadhan

Hari 27 
Ya Allah , berkatilah aku di bulan ini dengan mendapatkan lailatul qadar . Ubah arah hidupku dari hidup yang susah menjadi mudah . Terima lah segala permohonan maafku dan hapuskan dosa - dosa dan kesalahanku . Wahai Yang Maha Penyayang terhadap hamba Nya yang soleh . 

30 Doa Harian Ramadhan

Hari 28
Ya Allah sempurnakanlah hidupku dengan melaksanakan amalan - amalan Sunnah , dan muliakanlah aku dengan makbulkan semua permintaanku . Dekatkanlah aku kepada Mu dengan pelbagai cara . Wahai yang tidak sibuk dengan rintihan orang yang meminta .

30 Doa Harian Ramadhan

Hari 29
Ya Allah , limpahkanlah aku di bulan ini dengan rahmat Mu , anugerahilah aku taufik dan penjagaan Mu . Sucikanlah hatiku dari benih - benih fitnah / kebencian , Wahai yang Maha Pengasih terhadap hamba - hamba Nya yang beriman .

30 Doa Harian Ramadhan

Hari 30 
Ya Allah terimalah puasaku di bulan ini dengan rasa syukur . Jadikanlah puasaku ini mendatangkan keredhaan Mu dan keredhaan para Rasul Mu . Engkau kuatkanlah cabang cabang dan pokok pokok nya . Demi kebenaran junjungan kami Muhammad S.A.W berserta keluarganya yang suci . Segala puji bagi Mu ya Allah . Tuhan semesta alam .


klik sini untuk lebih info tentang Bulan Ramadhan