3 JDT Blogger , nama Farah yang sama *berbuka puasa together *
Weee , masa puasa hari kedua tu kitorang sempat berbuka puasa bersama . Kisahnya , kalau blogger ni memang selalunya berkesempatan jumpa dekat event - event je la . Kitorang berjumpa ni dkt GBW Hotel yang terletak di bandar raya Johor Bahru sempena buffet ramadhan . 
Sebenarnya , hampir nak cancel jugak tapi Huda cakap kita gerak saing , *gerak together  * saing tu perkataan orang Johor , maksudnya pergi bersama - sama . Maka ,terjadilah perjumpaan kitorang . Datang - datang je nampak ramai dah berpusu - pusu ambil makanan tapi nama pun blogger kan mestilah ambil gambar-gambar makanan dulu . Hehehe . 
Settle je ambil gambar , kitorang ambil makanan yang ringan je macam buah dan sekeping pizza sikit sebagai alas perut . Memandangkan tahu akan berebut-rebut nak solat nanti dan ruang solat pun boleh muat 6 orang je , kitorang pun decide solat dulu lepastu baru sambung makan  . Itu pun tak la banyak sangat kitorang makan . Entahlah , mungkin sebab memang dah tak boleh makan dalam kuantiti yang banyak kan . 
Oh , yang sebelah ain tu dia Sonny daripada Filipina. Semenjak PkP dia banyak stay di Johor Bahru . Omg ! Kemain kitorang semua menyembang macam - macam . Banyak yang dia kongsikan tentang media di Filipina  , macam mana blogger dan influencer di sana . Ain siap bagitahu lagi , "You know what , i am a big fans of drama and film from Philippines" Hahahaha . Sempat aku bagitahu ni !
Bestnya kalau banyak pergi event tu la kita berpeluang untuk berjumpa dengan ramai orang dan dari situ kita akan dapat tahu lebih banyak pengalaman . 
Mungkin ada yang percaya atau ,mungkin ada yang tak percaya kitorang mempunyai nama yang sama iaitu Farah ! . Iya , mohon percaya . Nasib la aku letak link blog aku ni sebagai AKU AIN KAU SIAPA . hahahahha . Kitorang tiga - tiga ni dalam satu group yang sama iaitu JDT Blogger . 
Bukan itu sahaja , sebenarnya  ketiga - tiga kitorang ada citarasa yang sama iatu suka kepada warna pink ! HAHAHAHA . Eh ada lagi , ain sebenarnya rabun dan pakai jugak cermin mata cumanya sekarang lebih selesa pakai contact lens . 
|  | 
| sempat diorang hantar report dekat abang aku * ni gambar candid! Kah! | 
Happy sangat dapat berbuka puasa together~~ time tu jela dapat berborak - borak face to face . Kalau tak memang tak sempat punya nak jumpa hangout together 
Nak tahu blog diorang ? Ain tinggalkan link blog diorang kat bawah ni okay !