Aneka Resepi Puding Mudah Dan Sedap : Tekak ni bila musim kejap panas kejap sejuk mesti craving dessert . Tapi nak beli dessert kadangnya malas nak keluar rumah , apakata cuba resepi mudah ni. Ain nampak ada orang share dekat Facebook ni , Ain pun share sini lah sebagai rujukan kita bersama . Tanpa membuang masa lagi , ayuh scroll sampai habis .
Resepi Agar Agar Laici
bahan -bahan :
- 1 tin susu cair
- 1 cawan air
- 4 sudu besar serbuk agar-agar (kalau guna agar-agar tali pandai-pandai la yer)
- 3 atau 4 sudu besar gula
- 1/2 cawan air laici dan isinya sekali
cara memasak :
- Masak air bersama susu cair sampai mendidih
- Masukkan serbuk agar-agar gula dan kacau sampai hancur
- Masukkan air laici
- Tuang dalam loyang , agak-agak dah suam baru masukkan isi laici
- Tunggu sampai keras baru potong
- Masuk dalam peti
credit : Zaimah Zakaria #mahn
Resepi Puding Coktail
Bahan-bahan:
- 1 cawan gula
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan susu pekat
- 4 cawan air
- 2 pek serbuk agar-agar
- 1 tin koktail
- 1 tin buah peach potong
Cara-cara membuatnya :
- Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar dalam periuk , kacau dengan api perlahan.
- Selepas dah hancur semua masukkan susu cair dan pekat.
- Biar melegak kemudian masukkan pula buah buahan dalam tin.
- Tunggu melegak kemudian tutup api dan terus masukkan dalam bekas untuk dikeraskan, selamat mencuba dan buat ya.
Resepi Puding Triffle
Bahan-bahan:
- 1 biji kek gulung | dipotong beberapa bahagian setebal 2 cm
- 250 gm kastad
- 500 gm gula
- 1000 ml air
- 250 ml susu cair
- Sedikit garam
- 1 tin buah-buahan campuran
Bahan puding:
- 10 gm agar-agar
- 500 ml air
- Sedikit garam
- 2 sudu makan gula
- Sedikit pewarna merah
Cara-cara:
- Potong kek dan susun dalam bekas kaca memanjang. Tuang sedikit sirap dari tin buah-buahan campuran agar kek lebih cantik. Ketepikan.
- Masukkan kastad, gula, dan susu cair dalam satu bekas. Kacau sehingga sebati dan tidak berketul. Masukkan pula air dan sedikit garam. Kacau rata.
- Masak adunan kastad di atas api sederhana. Kacau selalu sehingga pekat.
- Tuang kastad di atas kek tadi.
- Tabur buah-buahan campuran tanpa sirap. Sejukkan dalam peti sejuk selama 10 minit.
- Sementara menunggu sejuk, masak agar-agar sehingga hancur dan mendidih. Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan pewarna merah. Kacau rata dan tutup api.
- Akhir sekali tuangkan adunan di atas puding kastad tadi agar kelihatan cantik berlapis. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
Resepi Puding Trifle
Bahan-bahan
- 20gram serbuk agar2
- 1.5 litre air
- 1 cwn gula
- 1 tin susu cair
- 1 1/2 cwn Milo
Cara membuat :
- Masak agar-agar dan air hingga larut.
- Masukkan gula kacau hingga larut.
- Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.
- Bahagikan 2 bahagian, 1 bahagian campur milo,1 lagi biarkan kosong.
- Untuk melapis. Sapu acuan dengan sedikit minyak. Tuang lapisan milo dan sejukkan sakejap.
- Dah mengeras tuang pula lapisan putih.
- Ulang sampai habis sejukkan
credit : Shen Nursani
Bahan-bahan:
- 4 keping roti
- 1 biji telur
- 1/2 cawan susu pekat
- 170 ml susu cair
- 10 gram serbuk agar-agar atau sepeket
- 1/2 cawan gula - boleh kurangkan
- 2 sudu besar butter atau marjerin (cairkan)
- 3 1/2 cawan air
- Satu penutup esen vanilla
- 2 sudu besar Milo dan 1 sudu kecil serbuk koko (bancuh jadikan pes supaya tak berketul-ketul)
Cara-cara:
- Didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk.
- Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cawan). Masukkan esen vanilla blend lagi. Kemudian masukkan dalam periuk agar-agar yang sudah didih tadi.
- Masukkan butter atau marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi dan matikan api.
- Bahagi kepada 2. Satu adunan biarkan warna asal dan satu adunan masukkan bancuhan pes milo dan koko tadi.
- Ambil sesenduk warna plain dan tuang di tengah-tengah loyang. Kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna plain tadi.
- Biarkan puding gerak sendiri ke tepi , tak payah ratakan atau kacau. Ulang semula kaler plain dan buat hingga habis.
- Ketika melapis atau me'marble'kan hendaklah dengan cepat sebab puding atau agar-agar ni mudah sejuk atau membeku.
- Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang- kurangnya sejam.
*Nota : Kemanisan puding sila adjust ikut selera masing-masing. Bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.
Resepi Puding Karamel Roti
Bahan-bahan:
- 3 sudu besar gula (dijadikan karamel)
- 3 biji telur (saya guna gred AA) – dipukul lembut dan ditapis
- 7 keping roti gardenia – dicarik-carik
- 1 tin susu cair
- 1 cawan susu pekat manis
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 sudu besar serbuk koko
- 1 sudu besar tepung jagung (optional)
Cara-cara:
- Masukkan 3 sudu besar gula ke dalam loyang. Panaskan loyang dengan api perlahan. Senget-sengetkan untuk meratakan gula ke permukaan loyang. Tutup api bila gula dah mencair semuanya. Ketepikan.
- Panaskan kukusan.
- Masukkan susu cair, susu pekat manis dan roti ke dalam blender. Blend halus.
- Masukkan telur dan esen vanilla ke dalam bahan blend tadi. Blend sebentar.
- Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Saya ambil 2 cawan dan campurkan dengan 1 sudu besar serbuk koko. Kacau sebati dan tapis.
- Masukkan adunan coklat ke dalam acuan karamel. Kukus 15 minit.
- Setelah 15 minit, cakar sedikit permukaan adunan coklat menggunakan garfu dan curahkan adunan selebihnya ke atas adunan coklat. Kukus lagi lebih kurang 30 minit dengan api sederhana.
- Sejukkan terlebih dahulu baru terbalikkan
Resepi Puding Roti
Bahan-bahan :
- Sepeket agar-agar tali (18g)
- 4 keping roti gardenia
- 2 biji telur
- 1/2 cawan gula pasir
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 tin susu cair
- 3 1/2 cawan air
- Sesudu butter (optional)
- Sedikit esen vanila
Cara - cara memasak:
- Blend susu cair, telur, roti dan esen vanila. Roti tu tak payah buang yang tepi. Semua pakai ye , tak membazir
- Basuh agar - agar dan masak smpai larut. (Guna air 3 cawan setengah tu)
- Dah larut agar-agar baru masukan gula dan susu pekat.
- Masukkan bahan-bahan yang diblend tadi , masukan butter.
- Masak smpai gelegak sikit, tutup api.
- Bahagikan 2 bahagian. Satu original dan satu dicampur sirap merah.
- Sendukan dalam loyang secara selang seli untuk dapat corak belang-belang.
- Dah sejuk masukan dalam peti ais. Boleh dihidang terus atau sejukkan.
** untuk warna, boleh je letak warna ikut suka masing-masing..nak letak warna pelangi pun tak apa..ikut kreativiti masing-masing ye..
** kalau nak buat banyak, gandakan bahan-bahan
credit : Engku Norhidayu #mahn
Resepi Agar Agar Roti Milo
Bahan-bahan:
- 24 gram agar-agar
- 1 tin susu cair
- 4 ½ cawan air
- 5 keping roti
- 1 sudu planta
- Milo
- Gula secukup rasa
Cara Membuatnya:
- Roti dicarikkan dan dikisar bersama susu cair sehingga halus. Ketepikan.
- Masak agar-agar bersama 4 ½ cawan air sehingga hancur.
- Kemudian, masukkan gula secukup rasa.
- Tuangkan adunan roti yang dikisar ke dalam agar-agar tadi.
- Kacau perlahan dan masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
- Masukkan planta untuk mengilatkan agar-agar sambil kacau perlahan-lahan.
- Apabila telah mendidih, tutup api.
- Asingkan sedikit adunan dan masukkan milo. Kacau hingga sebati.
- Tuangkan adunan roti tadi ke dalam acuan secara berselang.
- Sejukkan di dalam peti sejuk dan bolehlah dihidang
Resepi Puding Cocktail Kastard Aiskrim Vanila
Bahan-bahannya:
- 1 paket agar-agar strip (30 gram)
- 6 cawan air
- 1 ¾ cawan gula
- 4 sudu besar ais-krim vanilla
- 1 tin buah-buahan koktel (500 gram) – asingkan airnya untuk disatukan dengan bahan-bahan kisar
Bahan-bahan dikisar (menggunakan blender):
- 1 tin susu sejat Carnation
- Air buah-buahan koktel
- 3 sudu besar tepung kastard
- 1 biji telur
- ¼ sudu kecil vanilla
- -Satukan bahan-bahan di atas di dalam blender basah dan blend sehingga semua bahan sebati dan halus.
Cara-cara membuatnya:
- Basuh agar-agar strip dan rendam lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama 6 cawan air dan masak sehingga agar-agar larut.
- Selepas agar-agar larut masukkan gula. Kacau dan masak sehingga gula larut.
- Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi dan kacau sehingga adunan mendidih dan agak kental. Gunakan api yang sederhana dan kacau berterusan kerana ditakuti adunan akan hangit/rentung di dipermukaan periuk.
- Sejurus sebelum diangkat, campurkan ais-krim vanilla dan kacau lagi sehingga ais krim larut. Kemudian bolehlah ditutup api dan biarkan ia sejuk seketika (lebih kurang 5 minit).
- Sementara itu jika suka boleh susun dulu buah-buahan koktel di dalam acuan yang sesuai.
- Setelah itu tuangkan ½ adunan tadi perlahan-perlahan di dalam acuan. Kemudian tambahkan lagi buah-buahan koktel sehingga habis. Kemudian tuangkan baki adunan tadi sehingga habis.
- Sejukkan di dalam peti ais. Lebih elok jika disimpan semalamam. Sediakan waktu malam dan sejukkan semalaman. Esok dah boleh makan
Resepi Puding Gula Hangus
Bahan-bahan A (Karamel gula halus):
- 3 sudu gula halus
- 3 sudu air
Bahan-bahan B (Puding):
- 1 tin susu pekat (400 ml)
- 2 cawan air
- 5 biji telur
- 1 sudu teh esen vanila
- 2 sudu tepung jagung (boleh tambah utk keraskan)
Cara-cara membuat karamel gula halus:
- Cairkan gula dan air sampai pekat.
- Tuangkan ke dalam loyang
Cara-cara membuat puding:
- Pukul telur sehingga kembang bersama esen vanila.
- Masukkan kesemua bahan-bahan B yang lain dan kacau sehingga rata.
- Tuangkan kesemua bahan yang telah rata kedalam loyang yang telah berisi karamel gula hangus tadi.
- Kukus dan siap
- Lagi sedap dimakan kalau simpan dalam peti ais dulu