Resepi Ayam Goreng Seringgit


AYAM GORENG SERINGGIT

Bahan-bahan perap:
Ayam seekor potong 24
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil lada putih
1 sudu besar serbuk kari
Garam
Serbuk perasa adabi

Bahan-bahan tepung salut ayam:
1 cawan tepung bestari pedas
2 cawan tepung gandum jenama ros
1 sudu tepung ubi/tepung beras

Cara-cara:
1. Kisar bawang putih, bawang besar dan halia.
2. Perap ayam dengan bahan-bahan perap.
3. Sediakan bekas untuk gaul ayam. Masukkan sedikit tepung. Kemudian masukkan ayam 5-6 ketul. Sendukkan tepung salut ke atas ayam. Gaul ayam sehingga sebati.
4. Goreng ayam dengan minyak sederhana panas. Goreng ayam dengan minyak yang banyak sehingga ayam tenggelam.
5. Tutup periuk semasa ayam digoreng. Agak-agak dah hampir masak, buka penutup supaya ayam rangup diluar, lembut di dalam.

Kredit : Murni Rahmat

7 Tanda Kita Bahagia


Assalamualaikum .buat semua pembaca .. Datang sini sebab apa tu ?. Mesti hati tengah resah gelisah kan ? . Kebiasannya , orang yang tengah menghadapi perasaan yang macam gini akan mencari apa yanh terbuku di hati . 

Disini ain senaraikan 7 tanda hati kita sedang bahagia  :

❤️Miskin tapi rasa cukup
❤️Lapar tapi makan berpada -pada 
❤️ Di uji tapi berbaik sangka
❤️ Sentap tapi mudah menerima
❤️ Sedih tapi mudah tersenyum
❤️ Marah tapi boleh dikawal
❤️ Benci tapi cuba menyayang 

Kalau kita tak bahagia , cari la kebahagiaan di atas . Walau cuma sedikit , walau cuma satu dua kerana hati .. merupakan tempat segala rasa terkumpul .  Love yourself 😘

Sebelum ni , ain pernah post tentang topik "ramai orang sebenarnya mengaku tidak bahagia ..." klik sini okay !  .


Wanita Haid Mendapat Pahala di Bulan Ramadhan


Assalamualaikum . Tertanya -tanya juga kan , kalau wanita yang Allah Bagi Cuti (ABC) ni ketika berpuasa , nak buat apa ?. Memang la kita boleh makan , tak boleh solat . Tapi bulan Ramadhan kan bulan yang mulia .. Pasti ramai wanita tertanya -tanya . Tak nak la kita mensia -siakan bulan Ramadhan itu . 

Terjumpa sumber bacaan nya di Facebook , jadi ain kongsi kan disini . 

12 Amalan Yang boleh dilakukan oleh wanita yang haid pada bulan Ramadhan 

💛Berzikir
💛Berselawat
💛Bersedekah
💛Senyum
💛Memohon keampunan Allah
💛Mendengar bacaan Al Quran
💛Mendengar tazkirah atau ceramah
💛Memberi peringatan kepada orang lain
💛Memberi makan kepada orang yang berpuasa
💛Membantu orang
💛Memberi makan haiwan
💛Menyiram tanaman

Semoga info ini bermanfaat kepada pembaca ! untuk bacaan info berkaitan dengan bulan Ramadhan , boleh klik di sini okay