Let me throwback the story first ! Rasanya pernah tulis tentang kisah ni masa belajar dekat Merbok dulu . Kisahnya pada semester 3 . Waktu tu dah bercampur budak -budak dari diploma dan stpm serta budak matrik . Aku geng budak matrik . Budak matrik dan stpm ni biasanya akan start Degree dari semester 1 . Tapi budak budak Diploma yang dari course yang sama akan terus start dari semester 3 . Bila berlaku pertambahan student , jadinya kena la pecah dua kelas .
Mula - mula masa start masuk sem 3, rasa pelik kenapa ada jadual kelas A dan Kelas B . Kisah kelas A dan kelas B boleh tekan situ dan baca okay ! (caca marba sikit cara aku menulis dulu , yela tahun 2012 masa tu umur masih belum matang ) Nasib la ada blog , dapat simpan kenangan kat sini . Jadinya , bila berpindah ke kelas B ni aku dapat berjumpa dengan my beloved and vogue lecturer.
Kisahnya , kelas madam Azfa Ahad pagi . Kihkihkihhh . ketaq lutut masa mula -mula nak masuk . Well , we as a student kan akan sportcheck background lecturer tu dulu . Dari sumber sumber student yang lain kata hati -hati dengan this lecturer sebab garang and strict . Tudia , dia punya jeling tajam . Seram gila . Masa awal kelas lagi madam azfa dah tunjuk perangai garang dia . Memang takut gila ! . And i still remember her words . Dia cakap "by the way , I'm from KL so what ?!". Hahahaha . *dalam hati , kerek betul .hahahha (sorry puan)
Puan azfa juga ada set beberapa rules dalam kelas dia antaranya jangan menguap time dia mengajar . Nanti dia memang mark the face . Lepastu dia cakap before datang kelas dia , make sure study dulu . Subject yang diajar oleh puan azfa ialah Consumer Behaviour (CB) . Subjek ni pada aku susah nak faham .
Personally speaking , ain pun tak berapa nak perform this subject and already tell the truth dengan puan . Ain pernah cakap " sorry madam , i cannot score your subject" . This subject is tough for me . But , still she always remind me to study first before enter the class. (Speaking speaking gitu yer ! Sebab memang we all should communicate in English ) "you kena rajin tengok iklan iklan..from that you will learn how CB doing it" . So , aku ni memang suka tengok tv . Zaman dulu whatsapp pun masih belum ada . Belum zaman teknologi moden sangat . Jadinya aku jadi kan TV sebagai medium to learn more CB . kihkihkihhh.
Everytime before class madam Azfa ni , Ain akan watch all the iklan dekat TV . Sambil bukak buku sambil study depan TV . Memang perangai dari sekolah lagi ni suka study menyambil tengok tv . Hahaha . Time dalam kelas , she ask me to explain and i still remember that i terlepas cakap " i watch the ads on tv..." , and she reply " oh you watch tv? rather than read the book?.". HAHAHA . But , she know me well. Ada kejadian lagi yang i ingat . That is why she is so special ! Kah!
Masa tu Ain bukannya class representative , (ketua kelas) pun but dia mintak nombor telefon i . OMG! Terperanjat i . Ayat puan macam gini "you girl ! can i have your phone number?". My gosh ! Selalu student yang minta nombor lecturer ni terbalik pulak . Tapi dalam pada garang nya madam ni , dia sangat caring pada semua student dia . Dia siap tanya kitorang datang kelas naik apa , satu rumah dengan siapa . Sebab kitorang dah tak duduk kolej kan kena duduk rumah sewa .
Bukan tu je , madam ni juga boleh detect yang ain tengah bergaduh dengan roomate . HAHAHA . Tergelak aku bila taip balik kejadian ni . Ayat puan waktu tu " you all ni bergaduh ke ?" Hahahhahaa. Nampak la waktu ni zaman muda mudi tak matang . Dia sangat concern pasal student dia . That why she is so special in my heart . Kenangan paling terindah bila kitorang participate IID . Dia macam event yang disertai oleh university , kolej dan sekolah sekolah lain . Kitorang participate and kena siapkan model prototype masa ni la kitorang geng kelas B jadi lagi close . Sebab masing masing kena work together . Kenangan sangat masa tu and we all celebrate masa sem 4 . Hahaha . Celebrate makan steamboat . Hahaha .
Walaupun puan azfa mengajar hanya pada 1 sem sahaja , tapi dia memberi kenangan terindah untuk Ain. Ada juga student lain cakap "ala Ain student kesayangan dia boleh la close dengan dia". Hahaha . Dia tak tahu mula mula nak masuk kelas tu takut tak takut kan , dengan tak boleh menguap nya dalam kelas. Hahaha . Tak boleh lambat datang kelas ! Semua ni mengajar kita untuk jadi lebih baik .
So , this posting i would like to dedicate to you Puan Azfahanee Zakaria . You selalu menulis thesis research kan ,takpe ,your student ni tulis blog je . Hahaha . Terima kasih for being a great lecturer and vogue ! I like her because she is vogue , firm with her words ! I suka perempuan yang garang bertempat tapi bila dia sebagai wife and mother ala.. She is very sweet i tell you !. That why i inspire her ! By the way , Happy Teacher Day for YOU ! Mintak halal ilmu yang diajar . Terima kasih menjadi inspirasi ,kawan , a listener to me (mother) sebab i kan dah tak ade ibu . She always remind me to take care of myself . Sekarang pula dia selalu ingatkan suruh pakai lipstick hahaha . Aah , dia selalu pesan dulu -dulu , "ladies always put some colour in your face!". Pemalas nak makeup atleast boh la lipstick sikit . Hahaha .