Makan 12 Ulas Durian ! Fuhh lemak manis betul rasanya !


Assalamualaikum. Kalau ada yang dah baca posting ain tentang Kenduri Durian Di Malam hari pasti dah tahu yang jiran ain bagi durian . Diorang bagi 2 biji durian . Haritu kopek sebiji je . 

Kali ni dipetang hari pulak kitorang kopek ! Fuh , kali ni memang betul-betul kenduri yee . Sebanyak 12 ulas durian ain makan ! Yerrr ain kira ! Buat ape nak menipu kan ! Dah nama pun hantu durian ! Mengaku je la . Tapi jenis suka makan buah durian . Kalau macam kek atau dessert durian kurang berkenan . 

Betul - betul menghayati yer rasanya bila dapat makan durian ! 
Setiap suapan amatlah bermakna buat diri ini ! Rezeki kitorang jiran bagi durian kan . Kalau nak beli sendiri rasanya tak ada craving lagi . Tapi , betul lah Tuhan kalau nak bagi rezeki , haaaa kau Durian di kasinya ! 

Kali ni punya kenduri durian lain maciam yer geng ! Aku je telan 12 ulas . Abang aku entahh berapa ulas tapi lagi banyak lerrr dari aku . Bila nengok balik gambar rasanya ada dekat 30 ulas ni untuk sebiji durian beso gitu je haa..

Durian ni rasa lemak bekrim . Original rasa manis yang sebenar ! Lebih suka manis buah gini dari air manis atau dessert . Itu manis potong kaki . Hahaha . Ingat lepas makan durian ni , petua nya kena minum air dekat kulit nya . Boleh kurangkan panas dalam badan dan boleh elak sakit tekak kan ?.!  Siapa hantu durian ? Baik ngaku ! Kihkihkihhh 

Makan Ape Hari Jumaat ni ?

Assalamualaikum . i start my day early in the morning dengan morning walk . Dapat sekejap je sebab cuaca dah berangin macam nak hujan . Today start makan awal jam 8:30 pagi . So , dibawah ialah senarai makanan aku .

✅Sandwich Telur Salad (2 set roti maksudnya 4 keping roti ) 
✅Nasi putih ayam perap airfryer sayur kangkung campur sambal lada buat sendiri sikit
✅Epal hijau sebiji
✅ Durian (12 ulas ) Jangann terkezuttt.. sebab memang hantu durian !
✅Nasi putih ayam perap airfryer sayur kangkung campur sambal lada buat sendiri sikit ( portion kurang kan sebab dah mencekik deriaaann)

Last makan jam 6:25 petang ! Cun timing makan gitu. Untuk yang membaca ni , try la makan dinner lebih awal . Stop makan malam . Ain dah cuba . So far so good !