Assalamualaikum ! Pagi tadi slow jog dengan kawan. Tapi rumah nya jalan lain dari rumah ain . Kami berjanji bertemu di lorong tikus . Sebab lorong tikus ni la shortcut jalan pintas .
Teringat pula kenangan zaman sekolah menengah . Di lorong tikus ni la port budak ponteng sekolah . Tembok sebelah tu la tembok sekolah menengah saya . Dekat sekolah menengah ni ada dua pagar . Pagar depan dan pagar belakang .
Ain dulu kalau ke sekolah jalan kaki lalu ikut pagar belakang . Kalau pagar belakang tutup , alahai naya kena pusing dan nak tak nak kena juga la lalu lorong tikus ni .
Nak dijadikan cerita , tadi bila lalu balik sini teringat kenangan zaman sekolah pula .Aku pula dulu pengawas! HAHAHA ! Faham faham jela ! Sebab tu boleh tahu tu port budak budak ponteng sekolah .
Lorong tikus ni memang lah macam seram kan kalau jalan seorang diri , tapi Insyallah ! Selamat je ! Boleh tahan berdesup juga tadi ain jalan laju masa lalu lorong ni . Hehehe .