SELAMAT KEMBALI KE JOHOR , BORDER SINGAPORE MALAYSIA TELAH DIBUKA | Jelas terpancar kegembiraan dan keterujaan semua rakyat Malaysia yang bekerja atau yang menetap di Singapura apabila berita sempadan telah dibuka secara rasmi pada 1 April 2022 . Hampir 2 tahun lebih sempadan ditutup dan menyebabkan ramai yang bekerja di Singapura terpaksa menetap di sana dan duduk berjauhan dengan keluarga .
Teringat pula kepada kawan -kawan ain yang bekerja disana , sedih sangat sewaktu pandemik Covid 19 berlaku pada tahun sebelum ini . Bayangkan , ada yang sampai ke tahap depression dan asyik rasa sedih sebab berjauhan dengan keluarga . Untuk pengetahuan , orang Johor yang bekerja di Singapura selalunya akan berulang - alik ke sana setiap hari . Mesti ada yang tertanya , dekat ke Singapura tu dengan Johor sampai boleh berulang - alik kan ? Jawapannya memang dekat .
Gambar diatas ni di ambil pada tarikh 25 Mac 2022 , begitu lenggang dan sepi laluan masuk untuk ke Singapura . Tapi , selepas 1 April 2022 ni pasti akan lebih meriah dan kembali jem semula . Di bawah ini ain sertakan sekali butiran lengkap prosedur untuk masuk ke Johor .
Selamat berpuasa kepada semua ummat Islam dan selamat kembali ke tanah air mu , ke pangkuan keluarga yang tersayang . Semoga hari yang terindah menanti dirimu .
Baca juga artikel tentang negeri Johor :