Gambar anak kucing tengah tidur
Waktu Rehat
Rumah aku ni depan je dengan padang sekolah . Boleh kata semua aktiviti berkaitan sekolah memang kedengaran . Cikgu marah la , sebijik sebijik dengar . Bunyi loceng pun dengar . Cikgu buat announcement pun dengar . Murid murid memekak pun dengar . Murid murid cakap kuat kuat "terima kasih cikgu" pun dengar .
Waktu paling havoc ! Semestinya waktu rehat . Memang havoc riuh rendah . Sebab nya kantin sekolah dekat sebelah belakang . Memang dengar jelas riuh rendah .
Kenapa perlu waktu rehat ?
Itu la waktu isi perut . Itu la waktu nak pergi tandas . Itu la waktu nak tidur tidur ayam kejap . Itu la waktu nak berbual dengan kawan kawan .
Dan yang paling penting , itu la waktu singkat murid dapat bebas dari belajar . Walaupun sekejap !
Sama la yang terjadi dengan aku hari ni . Fuhh , semalam dah tidur awal . Pukul 9:50 malam dah tidur . Pagi ni bangun
Terasa sakit kepala . Sangat . Dah bersin bersin kemain kuat lagi . 🤣Susah jadi orang bersin bunyi kuat . Habis bergegar satu rumah. hahaha.
"I think i need a rest"
Rehatkan badan . Rehatkan minda . Sebab dah berapa hari tidur tak betul .
Kesihatan lagi berharga dari segalanya sekarang . Gais , if you need a rest .. Go ahead . Jangan pepah badan korang sampai lunyai.
Bila dah sakit , susah tau nak sembuh . Lebih baik adakan waktu rehat sekejap daripada nak kena redha sakit berpanjangan .
xoxo,
ain 💖