SELAMAT TINGGAL DAN TERIMA KASIH OCTOBER

SELAMAT TINGGAL DAN TERIMA KASIH OCTOBER

Assalamualaikum , tuptuptup dah nak habis dah bulan Oktober. Cepat nya masa berlalu. Alhamdulilah , sangat bersyukur dengan rezeki dan nikmat hidup yang telah Allah berikan kepada diri ini. 

Semoga selepas ni, diri ini akan lebih banyak bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang mendatang. Buat yang masih bersama dengan diri ini, terima kasih kerana sudi menerima kekurangan dan kelemahan Ain. 

Semoga hari-hari yang mendatang... akan aku kuat untuk menempuhinya. 

xoxo ,
Ain 💕

LUNCH SIMPLE TAPI SEDAP

 

LUNCH SIMPLE TAPI SEDAP


LUNCH SIMPLE TAPI SEDAP

NASI PUTIH , SAYUR GORENG , HOTDOG GORENG  , TELUR DADAR , SAMBAL BELACAN

MINUM ICE CARAMEL LATTE DI GLORIA JEANS

 MINUM ICE CARAMEL LATTE DI GLORIA JEANS


Assalamualaikum. Untuk yang mengenali Ain secara personally pasti akan tahu yang Ain ni sejenis bukan peminat kopi. Kalau berjumpa dengan kawan di kafe yang ada kopi , semestinya Ain akan order air coklat. Sampaikan ada yang cop Ain ni order "air budak-budak" HAHAHA. Memang suka coklat tapi tu la memang bukan peminat kopi.


Nak dijadikan cerita, semalam kawan Ain belanja ice caramel latte di Gloria Jeans. Tertelan air liur sekejap , sebab Ain memang dah lama tak sentuh kopi. Tapi , kawan Ain cakap okay je rasanya. Tak pahit sangat sebab ada caramel tu. First time minum tu , okay..ohhh macam gini rupanya rasa ice caramel latte. 

MINUM ICE CARAMEL LATTE DI GLORIA JEANS


Untuk orang yang bukan cofee lover , you should try! Sebab pada Ain okay je rasanya. Jangan takut sangat la. HAHAHAHA. Paling-paling pun lepas minum ni asyik nak terkencing je. Hahahaha. Overall rasa ice caramel latte di Gloria Jeans ni sangat sedap , berbaloi untuk order dan cuba rasa.


Jadi kalau ke cafe kopi , jangan lupa untuk order Ice Caramel Latte okay !

MINUM ICE CARAMEL LATTE DI GLORIA JEANS


xoxo ,

Ain

SELFIE DI SUBUH HARI

SELFIE DI SUBUH HARI 

Assalamualaikum. Masa kejadian ni Ain di R&R Pagoh arah utara . Masa ni Ain bertolak dari kampung untuk balik ke Kajang. Ayah Ain pula jenis suka bertolak awal pagi. Ayah cakap best bertolak sebelum subuh , kereta pun tak banyak cuma nya kena cukup rehat lah. Sebab awal pagi masih mengantuk kan. 

Jadi , selepas selesai solat subuh tu , Ain sedang menunggu ayah dan mama. Apalagi , selfie la sekejap. Huhuhu. Ootd waktu pagi pun main hentam je asal boleh janji selesa. Shawl tu pakai waktu malam semalamnya . Ada program maulidur rasul di krt tempat ain. 




Begitu la kejadian nya. Nak hilangkan rasa ngantuk , kita selfie la. Tapi lepas dah masuk dalam kereta , memang bantai tidur terus. Celik mata je eh dah nak sampai Kajang. Hahaha.

Xoxo ,
Ain

SUKA MAKAN COKLAT CADBURY DAN CRUNCHIES

SUKA MAKAN COKLAT CADBURY DAN CRUNCHIES

Assalamualaikum. Ain memang suka coklat. Kalau nak bagi hadiah ke , nak ambil hati ke bagi je coklat yang macam dalam gambar ni. Confirm i tersenyum gembira. Huhuhu.


Uolls suka makan coklat apa ? 

Xoxo ,
Ain

MAKAN SET NASI AYAM PENYET SURABAYA

MAKAN SET NASI AYAM PENYET SURABAYA

Assalamualaikum. Ain sekarang berada di Kuala Lumpur. Untuk makan malam, kawan Ain ada belikan Set Nasi Ayam Penyet Surabaya. Nama je Surabaya tapi lokasinya di Gombak. 

First impression , packaging nya sangat cantik dan menarik. Portion untuk seorang makan sangat lah kenyang. Rasanya pula pada Ain okay je , cuma banyak sangat sambal. 

Untuk yang suka pedas dan hantu sambal sangat recommend untuk cuba rasa dan makan Set Nasi Ayam Penyet Surabaya ni. 


Set ni dapat sekali air mineral , sambil makan memang bersulam dengan air je la. HAHAHA. Set ini dihidangkan bersama nasi , ayam , sambal terung , tempe dan tauhu goreng , serta tempe kacang sambal (yang ni best meratah) serta ada sambal kicap pedas 2 peket kecil. 

Kepada hantu sambal dan yang suka makan pedas, sila la cuba set nasi ayam penyet Surabaya ni ya.

Xoxo ,
Ain

5 CARA MUDAH PACKING BAJU DALAM LUGGAGE UNTUK TRAVEL

5 CARA MUDAH PACKING BAJU DALAM LUGGAGE UNTUK TRAVEL


Assalamualaikum. Terasa nak buat entri cara mudah packing baju dalam luggage untuk travel. Untuk pengetahuan , dah masuk hampir 3 bulan Ain back to back dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur. Kadang-kadang seminggu malah kadang-kadang boleh jejak sampai ke dua minggu. 


Jadi , bab-bab packing baju ni dah macam terbiasa. Jujurnya , mula-mula memang ada penyakit macam semua nya nak di bawa tapi sekarang Ain dah pandai pilih baju mana yang perlu dibawa dan tak perlu dibawa.

5 CARA MUDAH PACKING BAJU DALAM LUGGAGE UNTUK TRAVEL sheisfarahain



Berikut 5 cara mudah packing baju dalam luggage untuk travel.


1- Tahu cuaca di tempat yang ingin pergi.

Kena alert juga masa kita nak pergi ke tempat tu tengah musim apa. Kalau di Malaysia ni panas memang panas betul kalau hujan lebat memang betul-betul sejuk. Jadi kena tahu juga cuaca yang sesuai dengan pakaian supaya tak la asyik berpeluh dan kita yang nak memakainya rasa selesa.


2- Berapa hari nak travel

Jumlah pakaian kita kena sesuai juga dengan berapa hari kita nak travel. Kebiasaannya kalau travel ni kita jarang la asyik nak tukar baju , jadi kena pandai kira berapa helai nak dibawa.


3. Longgokkan semua baju yang hendak dibawa

Iya, ini lah cara Ain. Ain akan kumpulkan dan longgokkan setempat tengok dulu baju ni sesuai ke tidak nak dibawa. Siap kira yer jumlah seluar , baju , tudung ,pakaian dalam. Jadi nya Ain boleh agak muat ke tidak nak di lipat masuk ke dalam luggage tu.


4.Lipat dan susun mengikut hari

Kalau keluar travel pastinya dah ada jadual itinary kan. Masa Ain lipat tu , paling atas sekali ialah hari paling awal dan hari paling last baju ain akan letak paling bawah. Kalau macam tak boleh nak agak jadual kan, Ain akan susun ikut kategori . Seluar semua satu bahagian , baju satu bahagian.


5. Mix and match ootd concept

Paling Ain suka guna konsep ni iaitu mix and match. Takkan la kalau nak pergi 5 hari , tudung pun nak kena 5 helai. Pengsan la gitu. Unless kalau you memang content creator ke arah fashion yang memang fokus travel untuk menunjukkan ootd , iya memang tak terkejut berjalan banyak luggage dengan baju je. Hahaha. Tapi kalau macam ain ni, tak la. Ain suka mix and match. 


Masa longgokkan baju tu kita dah boleh nampak baju tu sesuai ke tidak dengan tudung dan seluar. Kalau tak sesuai baru Ain cari yang lain dan cuba sesuai kan juga.


Paling penting ialah spare dua ke tiga helai tshirt atau baju yang paling korang selesa dan baju tu la yang perlu dilipat dan letak paling atas sekali. Sebabnya , bila kita dah sampai kan mesti badan rasa penat , dan akan mencari baju yang paling selesa. Kalau korang selesa baju kelawar ,haa masukkan jelah. 


Gitu la cara ain packing baju. Ain jenis pentingkan konsep "baju yang dibawa ni aku pakai ke tak ? Selesa ke tak?".


Xoxo ,
Ain

BIHUN SUP KASIH SAYANG

BIHUN SUP KASIH SAYANG 

Assalamualaikum. Hari Ahad kalau di Johor Bahru ada segelintir yang bekerja , dan ada yang tidak. Hari ni Ain berada di Kajang.

"Semalam mama ada tanya besok breakfast nak makan ape ?"

Ain cakap la nak mee soto.hahahaha.
Lupa ke ain kau bukan dekat JB 🤣 

JB yela senang breakfast memang ade banyak je mee soto.

Last last mama yang masak.


Lengkap ya.. begedil lagi dengan kaki ayam. Aduhai.. sedap .

Ain ni memang suka mee soto atau mee sup. Lagi best kalau dapat begedil. Memang hantu begedil ya saya ni.

Xoxo,
Ain 💕

PODCAST SHEISFARAHAIN BERMULA DENGAN HANYA SUKA BERCAKAP

PODCAST SHEISFARAHAIN BERMULA DENGAN HANYA SUKA BERCAKAP


Assalamualaikum . Tengah belek-belek gambar dalam laptop terpandang pula satu gambar ni. Gitu la cara seketul Nur Farahain meng update blog nya. Belek-belek gambar , lepastu tengok mana yang berkenan terus ceritakan kembali apa yang berlaku disebalik gambar tersebut.


Rasanya , itu la cara Ain iaitu dengan menggunakan teknik "picture of the day" gitu. Maklumlah masa zaman sekolah dulu paling suka buat karangan berdasarkan gambar. HAHAHA. Macam-macam idea keluar nanti. Mungkin ain jenis boleh go pada visual . 


Tapi sebenarnya teknik pembelajaran yang paling Ain power ialah Audio. Disebabkan itu lah Ain buat podcast. Podcast Sheisfarahain nama diberi. Terpaling senang sebenarnya nak buat. 

Hanya guna apps yang semua telefon ada iaitu voice recorder lepastu cakap jela. HAHAHA. Spesis Ain ni pula jenis suka bercakap. Cakap jela based on apa topik yang Ain nak point out.

PODCAST SHEISFARAHAIN




Ain tak berapa suka podcast yang panjang-panjang, pening nak dengar lama-lama. Hahaha. Nampak bebenor jenis bukan a great listener. Kantoi! But, jujur cakap la kan. Orang yang suka bercakap memang sebenarnya jarang la nak ada kapasiti mendengar. Orang yang mendengar ini selalu nya dia tidak banyak bercakap. 


Anyway ,dah melalut ni. Back to the topic, kenapa Ain buat podcast ? Sebab nak glamour ke ? Oh tidak. I just do because i feel like i want to do. Ain pula jenis memang kalau nak buat , eh memang buat. Sebab Ain buat benda yang Ain memang suka. 


So , kalau korang bosan-bosan dengar Spotify tu, meh la dengar Podcast Sheisfarahain. Rekod guna telefon je you. Peralatan i tak canggih mana pun. 




Xoxo ,
Ain

LANGIT BIRU YANG CANTIK

LANGIT BIRU YANG CANTIK 

Assalamualaikum. Kalau ain evening walk di petang hari memang suka tengok langit. Kadang boleh nampak awan-awan berkepok kepok dan bergumpal macam dalam gambar tu. Aaaa, rasa best sangat. 


Kalau Ain tengah duduk termenung pun , Ain memang akan suka memandang ke langit. Kadang-kadang boleh nampak kapal terbang. Tapi kalau cahaya matahari terang menyinari , memang tak la nak memandang ke langit tu. Sakit mata woo.. huhuhuhu.


Bila la dapat naik kapal terbang lagi kan ? 

Xoxo,
Ain

PETANG LEPAK SANTAI MAKAN AISKRIM DENGAN ANAK JIRAN

PETANG LEPAK SANTAI MAKAN AISKRIM DENGAN ANAK JIRAN 

Assalamualaikum. Petang-petang selalu Ain ni memang suka buat aktiviti. Sebab sejenis tak berapa suka nak memerap dalam rumah. Kalau dekat rumah pun , mesti akan mesej dengan anak-anak jiran tanya diorang tengah buat apa. 

Jadinya , selalu petang-petang banyak la aktiviti bersama anak jiran. Teringat pula satu kenangan terindah lepak depan rumah Aliyah. Si Aliyah ni memang sejenis food lover. Kalau jumpa dia memang pakej sekali dengan makanan. Hahaha. 


Dia la dok tanya , mana la abang Bangla yang jual aiskrim tu. Petang-petang memang akan ade dua orang bangla naik motor jual aiskrim. Si Aliyah ni dah dengar bunyi loceng apa lagi , menggelupur la dia "nak aiskrim , nak aiskrim"


Sempat lagi bergambar dengan bangla tu. Si Aliyah punya ayat "Uncle 0.5 luhh". Sempat di 0.5 kan uncle ni. HAHAHA.

Gitu la aktiviti lepak santai kami bertiga bersama Farisya dan Aliyah. Salah satu kebahagian Ain ialah memiliki anak-anak jiran yang sayang pada Ain.

Xoxo,
Ain 🤍

KAKAK PENGAWAS YANG GARANG

KAKAK PENGAWAS YANG GARANG

Assalamualaikum. Tengah Ain nak clearkan storage telefon ni tetiba terpandang screenshot yang ni. Dah namanya telefon perempuan kan memang penuh dengan bahan bukti. Entah apa je la eh yang Ain screenshot. 

Ternampak screenshot conversation yang ni. Screeshot nya whatsapp ain kepada anak jiran. Ada seorang anak jiran ain ni garang .Bukan itu je , dia pengawas . Teringat pula Ain masa zaman sekolah dulu. Iya , seorang pengawas dan garang . Huhuhuhu.


Status whatsapp anak jiran ni ialah "kakak pengawas yang garang" hahahah. Takut kita awak ! Tak sangka , saya berjumpa dengan diri saya yang masa zaman sekolah dulu.

Uolls time sekolah ada pegang jawatan ke tidak ?

Xoxo ,
Ain
Bekas ketua pengawas masa tingkatan 2 dulu. DAN GARANG. 🤣

MEETING SAMBIL MAKAN NASI AMBENG

MEETING SAMBIL MAKAN NASI AMBENG

Assalamualaikum. Cerita lama juga ni , alang-alang nak bersihkan gallery telefon kita update ler blog. Jadi kenangan dapat di abadikan disini. Kisahnya Ain kan pegang dua jawatan dalam Kejiranan Rukun Tetangga di kawasan perumahan. 1 jawatan sebagai setiausaha kejirananwanita dan 1 jawatan lagi sebagai AJK Jiran Muda KRT .

Jadinya kalau nampak Ain busy meeting KRT tu sebab Ain pegang jawatan la. Cukup la tahun 2023 ni Ain pegang. Untuk tahun berikutnya Ain memang dah tak nak pegang. Ain nak fokus ke arah perkara yang lain. Penat tau pegang jawatan. Jawatan ini ibarat tanggungjawab. 

Dah banyak kali Ain menolak untuk menjadi setiausaha kejirananwanita tu sebab dah sangat lama Ain pegang. So , bila dah pegang jawatan ni , attend meeting memang tak lari dari rutin harian.

Kisahnya Ain attend meeting mewakili kejirananwanita KRT ain. Kalau ada program bersama KRT zon Johor Bahru yang lain , pasti akan ada perjumpaan meeting ni.


Tetiba rasa nak update ni sebab nampak gambar Nasi ambeng ni. Orang Johor memang tak lari dengan Nasi ambeng nya. 

Tapi , Ain tertarik nak ambil gambar sebab cara packaging nya. Jarang nampak orang bungkus nasi ambeng macam style bento begitu kan. 

Hmmmm.. tetiba pulak lapar nasi ambeng time tengah update blog ni 


Xoxo,
Ain 🤍

SEDAPNYA DAPAT MAKAN ASAM LAKSA DLAKSA

SEDAPNYA DAPAT MAKAN ASAM LAKSA DLAKSA

Assalamualaikum. "Kau datang sini sebab nak makan ni je ke?" Hahaaha kata Huda kepada Ain. Iya, begitu simple nya permintaan seketul Farahain. Simple je tapi sedap mengikut tekak.


Ain memang suka makan laksa. Sejenis suka menghirup kuah kot. Huhuhuhu. Alhamdulilah , bersyukur sangat dapat makan Asam Laksa DLaksa ni.

Uolls suka juga ke laksa? 

Xoxo ,
Ain

KISAH NOMBOR TELEFON TERLUPA NAK TOPUP

KISAH NOMBOR TELEFON TERLUPA NAK TOPUP 

Assalamualaikum. Ini kisah berlaku sekitar bulan Ogos. Ain pakai dua nombor , satu nombor bil dan satu nombor prepaid topup. Nak dijadikan cerita , Ain terlupa nak topup . Tuptup pukul 12 tengah malam 23 Ogos baru perasan yang eh kenapa dekat telefon ni dia tulis no service . 

Waktu dah terbaring on the way nak tidur . Menggeribut terus rasa. Waktu tu pula dekat KL ada banyak urusan yang kena handle. Dia punya busy waktu tu sampai tak sempat langsung nak rasa sedih. 

Rasa sedih tu lagi bertambah sebab ada berlaku pelbagai drama yer. Okay , Ain cerita satu -satu . Ain pergi dekat Maxis Hotlink centre untuk beritahu nombor ain terlupa nak topup. Nasib nombor tu masih secure sebab hotlink baru je block . Untuk Ain dapatkan semula nombor tu perlu subscribe ke postpaid. Nak tukar ke prepaid semula kena tunggu selepas 6 bulan.

Jadi nak tak nak kena la jadi kan nombor tu sebagai postpaid. Pakej paling murah RM60 ye. Hahaha. Ku pasrahkan sajalah. Lepastu , Alhamdulilah dah dapat la balik nombor tu kiranya Ain jadi la tuan kepada nombor tu.

Tapi, rasa pelik kenapa dah masukkan simcard tapi dia masih keluar emergency calls only , no service. Ain pun try la call nombor centre tempat yang Ain pergi tu.

Dia cakap okay je ,dalam sistem cakap nombor dah aktif. Sampaikan cuba dekat telefon lain pun simcard tu tak boleh detect ye. Last-last Ain pergi centre lain. Kena tukar simcard. Tukar simcard kena bayar RM 10.

Pelikkan , padahal simcard yang diberi tu masih baru tapi sebenarnya simcard tu dah rosak. Ada lagi satu drama terjadi , orang tu key in alamat yang salah. Padahal Ain siap kasi tunjuk ic lagi tau . 

Waktu tu nak marah , tapi tak termarah sebab busy dengan kerja. Jadi nya , hadap jela drama-drama macam gini. Tapi, nak pesanla dekat korang ... jangan terlupa nak topup nombor. HAHAHA. Kang jadi macam kejadian Ain ni . 

Nak dapatkan nombor tu semula memang kena tukar jadi postpaid. Sekarang ni , Ain pun tunggu contract ni sampai tahun depan . Lepastu rasa nya nak tukar pakej. Huhuhuhu. Nombor satu lagi tu tak tahu la nak maintain or nak tutup. Masih berfikir lagi ni. Sebab nombor satu lagi tu sebenarnya nombor arwah ibu. Ain memang pakai.

Dekat bawah ni gambar selfie muka kepenatan menghadap drama tersebut..huhuhuhu..


Okay bye..

xoxo ,
Ain ❤️

MAKAN DEKAT THE CHICKEN RICE SHOP

MAKAN DEKAT THE CHICKEN RICE SHOP 

Assalamualaikum. Haritu entah bila tak ingat dah Ain makan set nasi ayam dekat The Chicken Rice Shop KLIA 2 . Kebetulan memang belum lunch dan hantar orang ke airport , jadi kawan ajak la makan. Pusing punya pusing , last -last pilih lah The Chicken Rice Shop.

Ain ni spesis jarang makan nasi ayam mahal-mahal . Selalu makan nasi ayam biasa je dekat kawasan rumah. Jadi Ain pun tengok la kawan ain order yang macam mana.

Dia cakap order la set yang ni , berbaloi dan kenyang. Entah tak ingat berapa harganya sebab kawan tu yang belanja. 


Ain cuma cakap nak ayam putih tu yang di steam. Ain memang lebih suka ayam hainan berbanding ayam yang digoreng . 

Alhamdulilah, kenyang betul gais ! . Uolls selalu ke makan nasi ayam dekat The Chicken Rice Shop ? 

Xoxo ,
Ain 😍

BERLATIH LARI UNTUK MERENTAS DESA

BERLATIH LARI UNTUK MERENTAS DESA 

Assalamualaikum. Jumaat pagi dimulakan dengan aktiviti mengeluarkan peluh. Sebenarnya kan Ain memang suka bersukan pada waktu pagi. Aktiviti mengeluarkan peluh yang Ain suka sudah semestinya joging atau brisk walk. 

Ain kurang sikit kalau dah waktu petang . Momentum badan makin lemah betul. Sebab tu lebih suka pada waktu pagi , cumanya kalau tak sempat nak buat waktu pagi itu yang berganjak ke waktu petang. Anyway, hari ahad nanti akan ada merentas desa sekolah kebangsaan depan rumah Ain ni. 

Sekolah tu la sekolah kebangsaan Ain dulu-dulu. Sudah semestinya menjadi sekolah kebangsaan anak-anak jiran . Hehehehe. Dari tingkap bilik atas dah terpampang jelas banner merentas desa. 


Katanya ibu bapa dan komuniti setempat boleh turut sertai sekali. Ain pun excited la tengok track larian merentas desa tu. Lebih kurang kawasan yang selalu Ain lalu cuma ada tambahan sikit laluan di jalan lain dan hujung nya nanti akan lari depan rumah Ain juga. Jadi , Ain pun whatsapp la ibu anak jiran sebelah ni. Sebab aktiviti lari macam gini si Ainul dan Nur tu memang suka. Diorang pun semangat betul awal pagi dah siap.

Kami pun memulakan latihan bermula dari pagar depan sekolah dan terus je follow ke laluan yang telah di tunjuk melalui video yang cikgu berikan. Biasalah , dalam perjalanan tu akan ada terbehenti berhenti sekejap , kepenatan dan sempat mereka ni membuat projek sains.

Iya, Ain panggil projek sains hahaha. Diorang main sentuh pokok semalu. Tetiba Ain teringat zaman childhood. Kita kan kecik-kecik dulu memang suka sentuh pokok semalu tu. Selagi masih ade ,selagi tu kita sentuh kan. 

Sekitar 20 minit lebih tamatlah aktiviti latihan merentas desa yang kami lakukan. Sebenarnya boleh lagi laju tu sebab lebih kurang 2KM sahaja. Maklumlah , diorang sambil berborak sambil menghayati pemandangan . Bukan itu sahaja, siap nampak angsa lagi ada kawasan rumah tu bela. 



ALL THE BEST FOR MERENTAS DESA !!!

xoxo ,
Ain 💕

SCALLING GIGI DI KLINIK PERGIGIAN UTC GALLERIA KOTARAYA JOHOR BAHRU

SCALLING GIGI DI KLINIK PERGIGIAN UTC GALLERIA KOTARAYA JOHOR BAHRU

Assalamualaikum. Pagi tadi ain pergi ke klinik gigi. Nak check gigi dan buat scalling gigi. Last ain buat scalling gigi tahun lepas di klinik private. 

Tapi kali ini Ain nak cuba cuci gigi di Klinik Pergigian UTC Gallleria Kotaraya Johor Bahru. Sebenarnya , jiran Ain baru je bekerja disitu . Jadi , mak dia yang beritahu . Ain pun apa lagi , terus je la whatsapp dan tanya kan apa yang nak ditanya.


Mula-mula bila masuk je ke klinik ni terus ke kaunter pendaftaran . Nanti dia tanya la first time ke atau nak buat rawatan apa. Macam Ain first time , jadi nya kena isi buku pink .Ingatkan ibu mengandung je ada buku pink , dekat klinik gigi pun ada buku pink juga. 

Oh ya , disini semua pembayaran dalam bentuk cashless. Bayar guna kad. Macam Ain punya pembayaran tadi cuma RM 3 . RM 1 check up dan RM 2 untuk kos rawatan scalling.



Lama ke tidak Ain menunggu ? Pada Ain tak lama , walaupun agak ramai orang yang sedang menunggu untuk rawatan gigi. Sempat la Ain main game , whatsapp kawan-kawan . Pastu terus nama Ain dipanggil. 

Gigi Ain ada juga berlubang sebenarnya. Tapi , satu sesi satu rawatan sahaja. Jadi Ain hanya scalling gigi je la . Untuk rawatan tampal gigi kena sesi lain . 


Mudah je proses nya . Dr gigi pun cuci gigi Ain elok je . Sebenarnya memang rasa nervous sikit sebab memang rasa gigi ni ada berlubang . HAHAHA. 

Jalan raya berlubang pun kita cuba nak elak ,inikan pula gigi berlubang. Memang boleh rasa sakit kan. Tapi , hari lain nanti Ain akan proceed untuk tampal gigi pula .

Korang selalu ke check up gigi? Pergi la dekat klinik pergigian yang berdekatan. Nyilu bunyi scalling tu memang la kan , tapi pada Ain janji gigi bersih. 

Gigi bersepah sebenarnya, nak pakai braces juga tapi tu la tak ada husband nak tolong bayarkan. Eh! 

Xoxo,
Ain 😁

KENANGAN BALIK RAYA MENAIKI KERETA API

 

KENANGAN BALIK RAYA MENAIKI KERETA API


KENANGAN BALIK RAYA MENAIKI KERETA API 

Assalamualaikum. Kalau yang tahu tu tahu la. Begitu la seketul Farahain ni , suka upload story je dekat Instagram nya @sheisfarahain . Lupa letew ada blog. Dah lama juga Ain tinggalkan blog ni sampai macam kekok juga nak menulis.

Tapi, Ain tulis cara ain yang ringkas dan simple. Cara ain yang lebih kepada menulis diari peribadi tapi boleh dibaca untuk semua orang. Gituww..

Okay, kejadian balik raya dengan kereta api ni terjadi sebab Ain dah malas nak bawak kereta kalau ke Kuala Lumpur. Malas la nak drive sampai 4-5jam . Penat. Lebih suka naik bas. Ada driver , senang letak kepala terus tidur. Tahu-tahu dah sampai. Hahaha.

Tapi raya aidilfitri pada tahun 2023 ni best sikit sebab naik kereta api . Ain naik kereta api dari JB-KL . Iya , Ain raya di Kajang bersama dengan ayah dan mama. Ayah Ain kan duduk di Kajang . Jadi , mama pula cakap raya jela dekat Kajang. Mama juga yang cadangkan pada Ain untuk naik kereta api memandangkan dia tahu Ain ni suka naik public transport. 

Dia yang cakap cuba tengok kereta api ada pukul berapa. Jadinya Ain pun bersetuju la untuk naik kereta api. Ain naik dari JB Sentral dan menuju ke Gemas. 

Dari Gemas kena transit ETS ke Kuala Lumpur. ETS kereta api yang laju. Manakala kereta api JB-Gemas itu kereta api lama. Jadi perjalanan nya agak santai namun boleh dikatakan on time. 

Nanti Ain kongsikan lagi yer.. kisah trip balik beraya menaiki kereta api ni. One of the best moment in my life.

Jumpa another posting ,

Xoxo,
Ain