LAUK SEMPENA RAYA CINA
Sedar tak sedar eh dah sambut tahun baru cina dah kan . Ramai yang pergi bercuti , berjalan dan juga habiskan masa yang terluang bersama dengan keluarga. Ain hanya di rumah . Marathon drama korea Hometown Cha Cha Cha . Masuk kali ni je , dah repeat tiga kali dah tengok.
Hometown Cha Cha Cha ni memang antara favourite kdrama yang I memang super duper suka sangat ! Tu yang tak jemu langsung tengok lagi dan lagi . Ingatkan raya cina ni biasa -biasa je , eh sekali dapat lauk dari jiran sebelah.
Lontong ! Aduhai ! Memang makanan kegemaran ain sangat . Terima kasih la jiran sebelah berikan makanan. Terus jadi lauk makan tengah hari dan makan malam ain .
Sedap sangat ! Dah macam hari raya kita pulak. Padahal baru tahun baru cina kan . Kihkihkihh. Okay la nak sambung marathon Hometown Cha Cha Cha lagi ni ~~
Xoxo ,
Ain ❤️