Menunjukkan catatan yang diisih mengikut tarikh pertanyaan belitung. Isih mengikut kaitan Tunjukkan semua catatan
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut tarikh pertanyaan belitung. Isih mengikut kaitan Tunjukkan semua catatan

24 JAM BERSAMA GENG KATAK

jdt blogger
Geng Katak JDT Blogger

24 JAM BERSAMA GENG KATAK

Yes , again cerita aku tentang geng Katak lagi. Aku dan Kak Sunah menginap semalam di rumah Sis Lin. Cerita ini berkisar pada malam 1 Januari.  Sis Lin memang pesan sesiap, ada lauk kat rumah dia. Ikan masak asam rebus. Aku ni kalau air tangan mak-mak ni memang tak boleh tolak. Sebab itu yang paling aku rindui. Air tangan masakan dari Ibu. (ala, nanti nangis kang citer bab arwah ibu ni) 

Tu pun otw nak kesana kemain Sis Lin siap nak masak Sardin lah cicah dengan roti. Aku dengan Kak Sun dah usap perut awal-awal. Hahaha. Aku ni boleh gagah lagi sebab memang tak makan sebelum gerak ke sana tapi kesian Kak Sun sebab dia dah isi perut sebelum bergerak. Hahaha. Sampai je rumah Sis , terus bersidang dekat dapur. Aku memang dah tak malu dah. "Parking" siap-siap dekat dapur. Hahaha. Apa yang aku makan? Nasi dan lauk yang tersedia dalam gambar. Oh dessertnya kemain kau kek batik anak Sis yang buat , aiskrim cekelat 3 perasa , air kotak kecil Chocolate Farm Fresh dan Kopi kapal api dicampur dengan kopi Kong Djie Coklat yang dibeli di Belitung. 
ikan masak asam rebus
Haa, ini yang dinantikan.

lauk makan malam
Yeay , terima kasih Sis masak lebih untuk we all

kek batik
Kek Batik sebagai dessert
Rumusan tentang makan-makan , Ya ampun kenyang siot! Lepas makan kami bersidang depan laptop dan selepas itu Sis Lin bawa keluar beberapa buah buku. Fun fact about me, aku allergik sikit nak baca buku. Hahaha. Dulu yer rajin membaca tapi baca majalah hiburan je lah.Hahaha
So, memandangkan Sis dah bawak keluar buku-bukunya , maka nya aku dan Kak Sun mengadap jela buku yang tersedia. Hahaha. Bukan itu sahaja, dia sempat lagi bawa keluar album gambar zaman muda mudi dia tu. Kemain posing depan Kotaraya! Hahaha. 

Sedar tak sedar dah pukul 1 pagi. Sis cakap "hoi dah pegi tidur". Korang rasa aku dengan Kak Sun tidur ke? Hahaha. Aje gilerr kitorang sempat pillow talk! Well, kalau dah namanya perempuan kan, sekasar macam mana pun aku ni tetap ada sifat perempuan tu! Apa yang dibincangkan sepanjang pillow talk tu? Ala, biasa lah sembang bab throwback. Hahaha. Borak punya borak sedar-sedar pukul 3 pagi. Hahaha. Nasib aku tak boleh solat. Opps! 

Pukul berapa nya aku sedar ? Pukul 9 pagi ke pukul 10 ehk. Sedar-sedar sebab terdengar suara Sis Lin berborak dengan Kak Sun. Aku dengan muka air liur basi keluar bilik tanya "buat ape tuu?" Hahaha. Masih dalam keadaan blur, tiber rasa nak terberak lalu aku buat keputusan untuk terus bersiap mandi. 
jdt blogger
Muka kena paksa habiskan makanan. Hahaha

laksa asam
Ini lah yang kami makan
Kemanakah tujuan kami bersiap-siap ni? Ke Jusco Bandar Dato Onn. Sis nak ambil spek mata nya yang telah siap. Tapi berjam-jam jugak kami dekat sana. Lokasi pertama semestinya tempat makan dulu. Tiber perut aku terkejut woi makan Laksa. Sebabnya aku ni sekarang dah jarang makan pagi dan brunch. Normally start makan pukul 3 petang ke atas. Entahlah. Maybe perut tengah faham kot situasi tuannya yang sedang berjimat cermat. Hahaha.

Lama juga woi aku pujuk perut aku nak habiskan semangkuk laksa tu sampai berangan dulu. Sis Lin "Kau kenapa Ain?". Ain menjawab dengan slumbernya , "Rasa nak terberak lah..haahaha. toilet mana?". Kak Sun menjawab , " Tu haa.." (nasib dekat je depan mata). Peh, lepas dah menjalankan tanggungjawab 'pelaburan' tu, erm rasanya untung sangat! Hahaha. *Mohon jangan kecam aku sembang bab selekeh macam gini! 

Sis Lin "Oh tau dah la, lepas ni nak kasi Ain habis makan make sure perut dia kosong dulu" Hahaahahahha. Seterusnya kemanakah kita? Pergi mengambil spek mata Sis tu dan seterusnya kita ambil gambar bear - bear yang ada di sekitar situ. Haa, tengok jela gambar yang tersedia! 

Sepanjang berjalan dengan Sis,ya tuhan. Semua kedai makan dia nak tegur dan singgah tengok! Hahaha. Aku pandang Kak Sunah, Kak Sunah pandang aku. TAK NAK!!! sebulat suara kami menjawab. Hahaha
jdt blogger
Auwww,, nampak kengkawan aku ni...komfom kena bahann posing cm gini..very the kpop..euww..

jdt blogger
Tiberrr,,,jadi pemalu! Kah!

jdt blogger
Dah macam rombongan sekolah pulak. Hahaha

jdt blogger
Cikgu kepada rombongan tuh haaa...posing kemain..hahahaha.
Tetiba, Sis Lin cakap okay lah kita masuk Sedap Corner. Minum je! Aku pun okay , Hot Chocolate jelah! Tu pun Sis Lin kemain lama dok belek-belek menu. Aku dengan Kak Sunah cecepat amek menu nya. Okay Dah! Hahaha.Kang entah apa lagi ada menu tambahan. Sambil tu kami borak-borak lah. Oh ya, sempat juga kami singgah ke kedai buku. As usual, aku ni nama je tulis blog. Tapi semangat membaca ni tak seiring dengan seorang blogger. Aku jalan-jalan cuci mata je tengok kulit buku mana yang cantik. Hahaha. Belek-belek sedikit! Diorang je yang beli buku.
Sebelum pulang, sempat lagi Sis menyinggah dan tapau Sushi set kecil , Ayam Kimchi katanya dan Hashbrown sebagai kudapan minum petang. Katanya! Hahaha. Akhirnya,keluar juga kami dari situ dan pulang ke rumah Sis. Sampai je rumah Sis aku terus membuta kejap, 'qada' tidur sebab stay up kan buat 'assignment' dengan Kak Sunah. Hahaha. Sedar-sedar geng Katak bersidang depan tv sambil kunyah-kunyah kudapan petang kitorang tuh. Makan-makan sambil tu aku belek-belek jugak buku. 

Selepas Magrib, kami pun bergerak pulang. Itupun Sis siap ada niat nak gorengkan Keow Teow untuk kitorang. Dengan ini tamatlah cerita 24 Jam bersama dengan geng katak!. Nanti aku update yer buku apa yang aku pinjam dari Sis. Pesanan penaja kepada Sis , terima kasih banyak-banyak! Semoga Allah terus melimpahkan rezekiNya dan memberikan kesihatan yang baik untuk Sis. Take care! Ceh padahal nanti jumpa lagi. Hahaha. Saja nak gedik sket. Kbye! 

* Nak sambung baca buku..

DA DA DA DA WAHAI BUMI LASKAR PELANGI

pulau belitung
Danau Kaolin

DA DA DA DA WAHAI BUMI LASKAR PELANGI

Di Indonesia , bilang "Dadadada" yang membawa maksud "Bye bye bye.." Hahaha. Teringat masa di Museum Kata Andrea Hirata , semasa tour guide kami cakap "yuk kita da da da di kameranya" lalu Kak Sunah berkata "dada?" Hahaha. Sambil buat gaya tak boleh blah dia tu. Nampak je gegurl kak Sun tu, sekali dah keluar perangai giler dia tu, habis berdekah aku gelak. Oh, lupa Kak Sunah ialah roomate Belitung kuh! Hahaha. So, kami diminta check out awal. Aku dengan Kak Sun nak senang jalan, terus kemas bawak beg semua turun lepastu terus breakfast. Tak payah nak naik dua kali. Tapi ternaik dua kali juga. Kitorang naik dekat rooftop paling atas. Cantik sangat viewnya.

So kemanakah tempat pertama yang kami pergi? Kami ke Rumah Adat. Nah, disinilah dihimpunkan adat dan budaya masyarakat disitu, bagaimana pakaiannya , makanannya. Tak lama sangat berada disini kami terus ke Tanjung Pendam. Mula-mula kami group photo dulu beramai-ramai sebagai tanda kenangan berada disini. Nah, selepas itu kami pekena kopi kaw sedap seh dekat depan je Tanjung Pendam tu. Lepas dah menghilangkan dahaga kami pula dibawa ke Wan Bie untuk merasa Mie Belitung. Fuh, Mie Belitung ni di sajikan bersama dengan belinjau yang pahit tu. Tapi selepas diadun bersama dengan kuahnya, wow sedap. Tekak aku boleh menerimanya. Oh ya, kami juga dihidangkan bersama dengan Es Jeruk Ais. Peh, terbeliak terus mata. Hahahah.
pulau belitung
Kami di depan Rumah Adat

pulau belitung
Di depan Pantai Tanjung Pendam

pulau belitung
Ngopi duluan dong

pulau belitung
Kopi Coklat Susu Es

pulau belitung
Es Jeruk 

pulau belitung
Mie Belitung
Akhirnya, sebelum ke airport untuk berangkat pulang, kami singgah ke Danau Kaolin. Cantik sangat tempatnya. Kata orang, ini tempat yang memang wajib singgah la untuk bergambar tanda kenangan dah jejak ke Pulau Belitung. Dekat sini juga sempat berangan sekejap , sebenarnya tak ada lah berangan cuma berbisik di dalam hati "Tuhan ni dengar je angan-angan aku kan...aku pernah berangan nak berjalan-jalan vacation dengan geng katak iaitu Sis Lin dan Kak Sunah... Tiberrrr kauuu..Dia makbulkan...Syukur sangat..Kerna Dia dengar angan-angan aku...kena banyak berangan ler lepas ni...Berangan pasal crush lerr..best sket..kot jadi kenyataan kan..ye dak!" Hahaha.

Sampai la masanya untuk kami "Da da da Wahai Bumi Laskar Pelangi" . Aku rasa lah , aku mau kembali lagi ke sini kerna aku sudah jatuh cinta kan sama kamu! Udah ku bilang sebelumnya kan. Hahaha. Terima kasih yang tak terhingga kepada pihak MTN Getaways kerana menyediakan pakej yang sangat superb tiptop 👍🏼👍🏼👍🏼
pulau belitung
Otty sama Harry tour guide yang terbaik
pulau belitung
Tuu..belakang tuh lah pesawat nya..

pulau belitung
Muka sedih betul aku tuhh...hahaha.
Kepada yang terlepas cerita aku jatuh cinta di Bumi Laskar Pelangi ini, ayuh klik disini #awakcutimanaBelitung . Kepada yang nak menjejaki ke Pulau Belitung , jom check it out disini..
Website : https://www.mtngetaways.com/
Facebook: https://www.facebook.com/mtngetaways01/
Instagram: https://www.instagram.com/mtngetaways/

kalau mahu lihatin lagi fotornya , kamu orang langsung terus ke instagram gue di @farahainzfa dan @awakcutimana 

AKU LEMAS MASA SNORKELING ?

pulau belitung mtn getaways
Island Hopping di Pulau Belitung

AKU LEMAS MASA SNORKELING ?

Pada hari ketiga kami berada di Pulau Belitung, inilah hari yang dinanti-nantikan. Yela, nama pun menjelajah pulau katanya. Mesti la paling seronok kan. So macam biasa time ni semua masing-masing dah sapu sunblock banyak-banyak. Aku tak sapu weh. Habis hitam legam muka bila balik ke Johor Bahru. Sampai ramai juga yang tegur , "Asal muka Ain nampak pelik je" . Hahaha. So, pagi itu macam biasa kita bersarapan dulu di cafe La Lucia Boutique Hotel , hotel yang kitorang stay sepanjang di Pulau Belitung.

Excited? Aku ni tak ada lah excited sangat sebab aku memang tak pandai berenang. That is the most fear part of my life! Aku memang pernah ada trauma sedikit sebab memang pernah lemas masa kecik dulu. Hahaha. But, i try to fight that fear. So, apakah pulau yang pertama yang kami jejaki pada hari itu?
pulau belitung mtn getaways
Belakang tu banyak batu-batu besarkan...view belakang tu cantik sangat!

pulau belitung mtn getaways
Sebelum naik bot , jom group photo nya duluan

pulau belitung mtn getaways
Ni lah boat nya..jernihkan air dia
Sebelum tuh kami sempat ke kedai souvenir yang namanya Belut. Nah,oleh-oleh dari Belitung katanya. Aku sempat grab baju sepasang untuk diri sendiri. Baju tu ada gambar laskar pelangi. Selalunya aku akan beli baju yang berwarna pink. Tapi, yang ini luar dari kebiasaan. Kaler ala-ala turquoise gitu. Dah bukan pinkish gegurl dah. Hahaha. Oh ya, dekat sini fridge magnet nya lagi banyak pilihan tau. Berbanding dengan kedai souvenir yang sebelum ni kita pergi.

So, first tempat yang kami jejaki ialah Tanjung Tinggi. Dekat sini la bas parking dan barang-barang tak penting semua tinggal je dalam bas. Baju yang untuk tukar nanti pun tinggal je dalam bas sebab nanti petang selepas kami dah lencun basah, kami akan salin di toilet yang disediakan. Oh ya, tidak gratis ya pak! Hahaha. Dekat Tanjung Tinggi ni kitorang sempat ambil gambar sebelum naik bot. Nyempat ler aku terbaring dekat batu-batu besar tu sementara matahari tegak di kepala. Hahaha. Nasib ler ada geng drone. Cantik kan view kami!
pulau belitung mtn getaways
view daripada drone
Lepas dah bergambar apa semua ni, tiba lah masanya untuk menaiki bot. Kitorang dibahagikan kepada dua bot. Bot aku diberi nama kumpulan Gittew. Hahaha. Sepanjang perjalanan kerja nak gelak je. Tengok ahli didalamnya. Hahaha.(Kejadian sebelum aku lemas) take note gais! Hahahaha.  Tempat pertama yang kami pergi ialah melihat Pulau Garuda . Bagus betul yang abang bot tu. Dia la tukang ambil gambar. Seketul-seketul gambar kitorang dia ambil. Nak bagi nampak view garuda tu. Seterusnya kitorang ke Pulau Lengkuas. Nah disininya aku lepas gian minum air kelapa. Bukan sebijik tapi rasanya sebijik setengah kot! Hahaha. Dapat pula semeja dengan pengasas hashtag #makanmakankurus , Kak Seri bagi air kelapanya yang masih berbaki isinya. Aku ni memang jenis suka makan isi kelapa. Puas sungguh rasa dapat korek sampai habis isinya. Nyum nyum nyum...
pulau belitung mtn getaways
Belakang tu lah Pulau Garuda

pulau belitung mtn getaways
Berkongsi semeja meneguk air kelapa bersama

pulau belitung mtn getaways
Belakang tu ler Light House nya dong!

pulau belitung mtn getaways
posing gaya Laskar Pelangi

pulau belitung mtn getaways
Kak Sun tekezut ke tuuu adik ain boleh lompat?Hahaha

pulau belitung mtn getaways
Nah,tegak betul light house nya! hahaha

Dekat Pulau Lengkuas ni kitorang ambil gambar berlatar belakang kan light house atau bahasa melayu nya dipanggil rumah api. Gittew! Nyempat ler kitorang shoot ala-ala posing dalam Laskar Pelangi. Entah, posing aku paling diva sangat! Hahaha. Nampak benar kau diva Ain! Tak nak mengaku. Hahaha. Okay lepas ni lepas ni lepas ni.....inilah yang dinantikan moment aku lemas. Hahaha.  Aku memang dah declare awal-awal aku memang tak pandai berenang! Tapi sebab aku nak buang ketakutan tu plus ada jaket keselamatan kan, so peratus ketakutan tu dah berkurang. Masa nak turun tu sebenarnya aku memang dah nervous. Aku jadi nervous sebab aku memang rabun, aku bukak contact lens aku takut termasuk air habis hilang kan. Hahaha. So,sebab pandangan aku yang kabur tu jadi makin nervous la, haaaaa...Dah sampai ke bawah tepi tangga je pun.. Aku panik weh. LEMAS lah. Aku rasa aku nangis kot masa tu, sebab memang aku rasa tak boleh nak balance kan badan. Hahaha. Terima kasih la yang sudi selamatkan aku. Tapi, fobia tu macam tak menguasai diri sangat lah. Perasaan nak turun lagi masih ada. Tapi, second snorkeling tu, abang bot dah selam dulu, dia bagi pesanan penaja "kalau kamu enggak kuat, kamu tidak payah turun kerna lautnya tengah bergelora! " .
pulau belitung mtn getaways
Muka sebelum lemas

pulau belitung mtn getaways

pulau belitung mtn getaways
Bestnya diorang!
Selepas lemas, kitorang ke Pulau Kepayang untuk makan.Ya ampun, sedap nak mati menu-menunya. Sebelum makan, Sis Lin tanya " Ain what happen to you?" (giler terus speaking Sis) Haahaha. Ermm..tahla. Hahaha. Tapi, perasaan nak snorkeling lagi tu memang ada untuk yang seterusnya. Tapi, abang bot udah kata sedemikian..Demi keselamatan kan. Ku turutkan aje! Last  pulau yang kami jejaki ialah ke Pulau Kelayang. Kat sini ada gua oh. Memang layan masa ombak  dia datang dekat kita pastu kita semua menjerit-jerit kepuasan. Hahaha.

Dekat sini juga Kak Juju sempat bukak kelas renang. Muridnya aku la. Hahaha. Weh, aku dah pandai floating okay! Terima kasih Kak Juju. Jom lepas ni bukak kelas lagi. Hahaha. Memang lepas gian aku bersungguh mencuba woi. Oh, dekat sini juga nyempat aku melihat anak-anak menangkap ikan mula-mula tak dapat dan masa kami dah nak balik, diorang dapat siap jerit-jerit lagi muka bahagia. Iye lah itu je makanan untuk diorang. Bukan itu sahaja, kami juga dapat melihat orang kampung menangkap tiram dan aku mencubanya makan secara fresh. Peh, sedap siot! Hahaha. Walaupun tertelan air masin banyak juga waktu tu. Hahaha. Eh, lagi...sempat juga merasa pisang goreng nyum nyum nyum..
pulau belitung mtn getaways
Kelas berenang bermula.

pulau belitung mtn getaways
Muka belagak lepas dah pandai floating, selepas lemas! Tapi tetap nak berendam dalam air.hahaha
pulau belitung mtn getaways

Sudah sampai masanya untuk kami ke tempat permulaan bas yang turunkan kami, bersih-bersihkan badan dan kami dibawa ke Nelayan Seafood untuk makan malam hari terakhir. Sedihnya kerna gue udah mau pulang besoknya. Dekat sini ada karoke. Malangnya, lagu-lagu yang ku inginkan tiada. Emangnya gue lupa gue request lagu-lagu di Malaysia, mana sama dong! Hahaha. Selepas makan-makan tu kami terus dibawa pulang ke hotel untuk beristirehat. Kak Sun ajak pergi ke kedai souvenir. Dekat je dari hotel tu, aku pun follow jela. Hehehe. Tamat hari ketiga. Hari yang sepatutnya aku trauma sebab lemas tapi aku happy sebab dah pandai floating! Hahaha.(nak juga meriak dah pandai floating) Menyesal kecik-kecik dulu terlampau berani sangat terjun kolam dewasa, kes tu la aku lemas terus fobia dengan air!  Tapi, lepas daripada tu...aku terasa nak sangat belajar berenang. Hahaha. Tamat cerita aku lemas di Belitung , something to be remembered mana tau boleh repeat lagi kesini. Insyallah ! Dah pandai snorkeling pulak time tuh (Masih lagi tak move on dengan riak floating dia tuh) Hahahaha.
pulau belitung mtn getaways
"laju-laju buaiku lajuuu....aku nakk kawenn dengann anak raja..."

pulau belitung mtn getaways
Memang seronok sangat dibawa bersama MTN Getaways

Oh ya, gue terlupa mau nitip kan sepanjang perjalanan aku ke Belitung ni semuanya diuruskan oleh pihak MTN Getaways. Korang boleh follow instagram nya dan facebook nya untuk maklumat lanjut.
Website : https://www.mtngetaways.com/
Facebook: https://www.facebook.com/mtngetaways01/
Instagram: https://www.instagram.com/mtngetaways/

 Lagi satu ,kalau terlepas cerita aku yang sebelumnya, boleh la baca
 disini #awakcutimanaBelitung 💜. kalau mahu lihatin lagi fotornya , kamu orang langsung terus ke instagram gue di @farahainzfa dan @awakcutimana 

kredit gambar : Dikbee , MTN Getaways ,drone Hasif

NGOPI DI BELITUNG

NGOPI DI BELITUNG

warkop belitung
inilah warkop nya.

Untuk pengetahuan korang, selain daripada keindahan pulau yang jernih air nya, di Belitung ini juga terkenal dengan kopi nya! Pasti ler ketua rombongan cik kiah kami iaitu Sis Lin naik hantu. Ini adalah kerana  dia memang peminat kopi. Kalau lepak dengan dia mesti kena pekena kopi. Mabuk kepala aku woi, sebab aku ni dah tak boleh minum kopi dan minuman yang berkafien sangat. Tapi, kalau orang dah hulur secawan, tak sedap lah kita tak mencuba kan.
warkop belitung
free wifi lagi wohooo...

Warkop di Belitung

warkop belitung

warkop belitung

warkop belitung
Coklat Susu Es
Kalau korang nak tahu di Indonesia bilangnya warkop yang membawa maksud warung kopi. Wah wah boleh rambang mata bila berada di sini. Kita boleh juga nampak berderet warkop yang ada. Keistimewaannya ialah warung bukan sebarang warung. Warung siap ada percuma wifi kau. Kau rasa seronok ke tidak? Pasti lah seronok. Kami singgah ke Warkop Millennium yang terletak di Manggar Belitung Timur. Cuaca pula memang tengah panas, takkan la kita nak order minuman panas pulak kan. Lalu aku order Coklat Susu Es. Hahaha. Oh berserta dengan Jus Mangga sebagai refreshing. Arghh, enak banget sih! Ditambah pula makan dengan goreng pisang.

Pada hari terakhir pula kami sempat lagi ngopi di Tanjung Pendam sebelum check in ke Airport. Waduh, pilihan kami semestinya Kopi Coklat Susu Es. Peh, padu teruk sih! Eh, lupa nak kabo, kitorang pun sempat beli oleh -oleh Kopi Kongdjie untuk dibawa pulang ke Johor Bahru. Oh, kalau korang ikut tour guide dari @mtngetaways ni, senang je.. Tak payan pening-pening. Nanti diorang akan bawa korang datang ke sini. Mesti kena cuba kopi ni kalau datang Belitung!
warkop belitung
Yang kaler kelabu dan emas tu lah kopi Kongdjie. Wajib beli sebagai oleh-oleh tau

warkop belitung
Ni bukan ngopi dah , ni namanya kenduri kopi terus. Hahaha

psssttt: korang nak pergi ke sini ? roger https://www.mtngetaways.com/
baca cerita aku di Belitung DISINI

AKU JATUH CINTA SAMA KAMU , BUMI LASKAR PELANGI !

AKU JATUH CINTA SAMA KAMU , BUMI LASKAR PELANGI !

pulau belitung
kami bergambar di Replika Sekolah Laskar Pelangi

Wah wah wah, katanya cinta itu sukar ditafsirkan! Tapi cinta yang ini sangat senang ditafsirkan. Hahaha. Entahlah, aku ni jenis manusia yang sangat suka mempelajari dan mengenali adat serta budaya masyarakat pada satu-satu tempat tersebut. Misalnya di Pulau Belitung! Aku suka bagaimana tour guide kami iaitu @mtngetaways menyusun itinary nya. Sepanjang berada di Bumi Laskar Pelangi ini, setiap detik ada sahaja benda baru kita akan tahu.

Jejak ke Replika Sekolah Laskar Pelangi

pulau belitung
Semua sangat kalerful kan. kredit gambar : Sis Lin

Waduh waduh...sampai sahaja di replika sekolah laskar pelangi ini, aku terus teringat babak-babak yang ada didalam filem Laskar Pelangi. Terlintas di dalam hati aku,"macam gini rupanya sekolah diorang ehk..sekolah aku kira masih canggih la jugak". Itu belum lagi kes nak beli kapur pun siap berhutang! Lantas hati ku terus teruja nak tahu siapalah sebenarnya pejuang kepada cerita Laskar Pelangi. Katanya kami akan dibawa ke Museum nya sebentar lagi.
pulau belitung
Kami dalam sekolahnya

pulau belitung

pulau belitung
Sebenarnya,zaman sekolah dulu aku suka duduk tepi tingkap sebab nak berangan

pulau belitung

Di replika ini kami sempat beramai-ramai menyanyikan lagu Laskar Pelangi. Aduh,liriknya memang sangat bermakna lagi-lagi orang seperti aku. Aku suka lagu itu bila ku hayati liriknya. Nampak benar dalam hati ada teman kan kau Ain! Luar je nampak perempuan kasar, dalaman aku boleh tahan jugak jiwang karat. Kahkahkah. Anyway, selepas kami group photo nya beramai-ramai di sini , kami berangkat pula ke Dermaga Kirana. Katanya tempat lokasi penggambaran Kekasih Paksa Rela. Maafin gue dong kerna gue enggak layan drama melayu. Gue layannya drama sinetron aja. Hahaha. Oh, bercakap tentang sinetron , teringat dulu-dulu masa kecik-kecik memang gila layan sinetron. Kerna nya di Johor Bahru boleh mendapatkan siarannya. Hahaha. Ain! Dah tersasar jauh nampak penulisannya. Hahaha. Okay , apa yang kami buat di sini? Aku berangan-angan ler. Nak bawak kekasih paksa rela aku pulak nanti ke sini. Kah! Tapi, pemandangannya memang cantik sangat. Memang sesuai la untuk shooting.
pulau belitung
Dekat Dermaga Kirana

pulau belitung

pulau belitung

pulau belitung

pulau belitung

pulau belitung
Settle penggambaran ala-ala sinetron "Aku Jatuh Cinta Sama Kamu, Bumi Laskar Pelangi" , terus langsung saja bergerak untuk mengisi perut. Kerna perutnya udah lapar. Kami makan di tepi laut. Peh, awas ya kamu yang memang tak tahan panas. Cuacanya memang panas luar biasa berbanding di Malaysia. Kerna disini kan dikelilingi dengan pantai. Apakah kamu lupa? Hahaha. Apakah menunya? Loh , kamu lihat aja pada foto yang udah ku letak ituh. Hahaha. Oh disini juga gue nyempat order air kelapa. Peh lepas tuh memang tumbang sekejap dalam bis. Sedar-sedar dah sampai dekat Rumah Ahok. Hahaha. Dahla dalam bisnya di pasang lagu-lagu dangdut indon , tak ker gue langsung ketiduran. Hahaha.
pulau belitung
Ni lah menu lunch nya..

pulau belitung

pulau belitung

pulau belitung
Tour guide Otty yang keep entertaining us!
Di Rumah Ahok kami singgah bentar aja dong kerana tour guidenya bilang kita harus bergerak cepat kerna mahu lihat sunset di Tanjung Pendam. Wah, lagi lah excited hati ini. Sebelum tengok sunset, kami sempat singgah ke Vihara Devi Kwan Im. Disini sebenarnya kuil dan tempat  semayang mereka. Tapi , macam ain ni just ambil gambar kenangan sebab kawasan itu berwarna-warni. Oh lupa mau bercerita yang kami juga singgah ke Museum Kata Andrea Hirata. Nah, disinilah banyak sejarah tentang penulis Laskar Pelangi itu. Aku ni konon belek-belek setiap satu persatu. Hahaha. Langsung terus aku tabik spring kepada beliau. Yelah , dia lah sebenarnya watak Ikal di dalam Laskar Pelangi itu. Kan dah cakap sebelum ni, aku tak tengok filemnya sebelum datang ke sini. Konklusinya , nak datang ke bumi Laskar Pelangi ini, mohon dinonton duluan dong filemnya.
pulau belitung

pulau belitung
Dengan Sis Lin merangkap ketua rombongan cik kiah kitorang!

pulau belitung
Dalam Muzium Kata Andrea Hirata

pulau belitung

pulau belitung

pulau belitung

pulau belitung

pulau belitung

pulau belitung

pulau belitung
Ngopi duluan dong!

Oh ya, kami juga nyempat ngopi duluan dong di Warkop Millenium. Dekat sini merata nampak warung kopi. Pastinya menjadi lokasi kegemaran ketua rombongan cik kiah kami iaitu Sis Lin. Sambil pekena kopi, sambil tu juga makan pisang goreng. Wow, lagi lah seronok perut ku ini. Kemain warung je woi siap kasi wifi lagi. Tapi, minum duluan dong. Takkan semuanya gratis, bankrap nanti diorang. Hahaha.
pulau belitung

pulau belitung

pulau belitung

Sampailah masa untuk melihat sunset di pantai Tanjung Pendam. Wohoo.Nasib trip kami ni ada abang boomerang merangkap abang drone juga! Nyempat ler kami duduk-duduk dan layan pemandangan disitu. Lepas dah layan view pasti perutnya udah berkeroncong lagu Goyang Nasi Pandang dong! . Lalu kami terus dibawa tour guidenya ke Belitong Timpo Duluk. Nah dekat sini aku teruk dibuli. Hahaha. Dekat sini konsep #makanmakankurus boleh digunakan. Gasak aku paling muda di meja. Makanya aku yang ceduk lauk paling last. Hahaha. Berbalik semula kepada permulaan cerita aku di atas, istimewanya trip dengan MTN Getaways ni ,kita juga belajar tentang budaya orang Belitung. Kan seronok sambil jalan-jalan sambil belajar adat dan budaya. So, sangatlah berbaloi kan untuk korang follow trip dari MTN Getaways ni.
pulau belitung
Sayalah penulis blog akuainkausiapa.Kenapa? Nak berkenalan ke?

Cerita hari kedua aku di Pulau Belitung tamat disini.. Badan memang melekit-lekit pada waktu ni satu sebab cuacanya panas, keduanya sebab itinary nya yang full day woi. Tuh yang buat lebih seronok. Ohhh, kalau yang belum baca entri sebelumnya...mohon dibaca dong..
TENTANG KEINDAHAN BUMI LASKAR PELANGI YANG TIDAK DIKETAHUI
INDAHNYA BUMI LASKAR PELANGI !

Sekian jatuh cinta aku buat kamu ya , Bumi Laskar Pelangi ❤️

ku mahu titipkan dua pesanan buat kamu semua...
pertamanya , ayuh terus langsung masuk ke website dan social media MTN Getaways,
Website : https://www.mtngetaways.com/
Facebook: https://www.facebook.com/mtngetaways01/
Instagram: https://www.instagram.com/mtngetaways/

keduanya, kalau mahu lihatin lagi fotornya , kamu orang langsung terus ke instagram gue di @farahainzfa dan @awakcutimana