66/366 : DIARY OF THE DAY - 6 MAC 2016

  


Assalamualaikum dan hai kepada semua . Hari ini dah 6 mac. Arghh , cepatnya masa berlalu kan . Hari ini dah pun entri yang ke 66 . Maksudnya ada lagi 300 hari lagi untuk tahun 2016 . Semoga kita terus mencapai impian yang kita azamkan pada awal tahun hari tu . Hehehe . Jadi , untuk hari ini , aku nak share tentang :


  • Jariku terluka kerana ikan !
Hahahaha tajuk tak boleh blah kan . Tadi petang ke pasar macam biasa restock barang dapur . Balik je dari pasar terus lah siang ikan . Haa , dok khusyuk menyiang (membersih) ikan , zasss tercucuk kau haa tulang ikan tuh dekat jari aku . Tembus kedalam kau! Faham faham je lah sakit dia macam mana . Tapi , ku gagah kan juga siapkan sampai habis . Pedih gak tadi lepas dah siapkan ikan , marinate ayam guna chilli powder , fuhh bisa woi. Tapi , tak de lah sampai nak menangis . Sebab dari dulu lagi arwah ibu dah suruh ain membiasakan diri masuk ke dapur . Ajar macam mana nak bersihkan ayam dan seafood . So , aku tak adalah kekok sangat . Aku nak pesan terutama pada yang gegirl tuh , jangan nak malas sangat masuk ke dapur , konon geli nak bersihkan ayam  , ikan . Kena pandai kan juga. Tapi berhati hati , kang jari luka macam aku pulak nanti . Hahaha . 


  • Aiskrim sihat !
Untuk minggu ini , aku macam nak cuba buat aiskrim sihat (campuran buah buahan dan susu serta yogurt). Sebab craving juga weyh pada aiskrim . Lagipun hari tu masa aku join bbq party , ada yang buat ais krim sumi tuh. Resepi dia lebih kurang je . So , why not kita tukarkan daripada yang kita nampak tak sihat kepada makanan yang sihat . Lagipun potong potong buah dan campur kan susu dengan yogurt tu je dah lengkap satu meal which a combination of buah buahan dan protein . Bolehlah aku menikmatinya untuk minum petang atau pun minum pagi . Hahaha . Mampu pepagi buta cari aiskrim? Korang pun jangan share je dekat fb tapi tak cuba . Hampeh dan beriya iya je yer! . Hahaha .


Okay lah cukup untuk hari , aku nak pi sidai baju woi !. Penat kot being Nur Farahain . Namun , i really feel great full with the life that ALLAH give it to me . Assalamualaikum :)

1 ulasan:

  1. haha hati2 na nak masak tu. waa~ bila diet ni mcm2 benda craving kan?

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.