KISAH ANAK JIRAN DAN AISKRIM MALAYSIA..TERINGAT ZAMAN KECIK-KECIK DULU
Kalau yang penah terbaca posting aku tentang "PAGI PETANG SIANG MALAM KAK AIN, KAK AIN DAN KAK AIN" , mesti semua dah sedia maklum yang aku memang banyak meluangkan masa aku bersama dengan si budak kecik ni. Selalunya lepas dia balik sekolah , dia akn video call aku tanya tengah buat apa...blah blah blahh....Petang-petang apa lagi budak tengah penat nampak aiskrim komfom la hati terus teruja.
Kisahnya dekat belakang rumah aku ni ada jiran yang jual aiskrim malaysia. Kemain si budak kecik ni ajak aku teman dia pergi beli. Hajat di hati nak makan aiskrim Milo. Hahaha. Ceh, hajat dihati budak kecik tu sahaja ye.. Yeke? Takkan kau tengok je kan Ain? Hahaha. Geram pun iya juga, tapi yang pasti i'm on diet cannot eat that dessert for now. So, aku tengok budak kecik ni makan aiskrim je aku macam telan air liur.. Ceh tak ada la, so far aku still boleh handle lagi nafsu aku nak makan dessert. Hahaha. Masih boleh dikawal.
tengok muka budak kecik tuuu...eeee suka leetewww dapat aiskrim.. |
Cuma aku teringat masa kecik-kecik dulu masa sekolah rendah kot tak silap , ada seorang kawan aku ni di jual aiskrim malaysia ni bawak dalam beg sekolah dia. Beg sekolah dia memang hari-hari basah. Aku salah seorang customer dia la. Setiap hari beg sekolah dia 'terkencing'. Hahaha. Itu belum lagi yang jual nasi lemak. Peh, aku memang support beli kot. Sebab memang sedap. Tapi budak tu berniaga sekejap je sebab kantoi dengan cikgu pastu cikgu terus tak bagi. Padahal bisnes budak tu dah mula nak maju kot. Satu lagi aku support dia sebab dia anak orang susah sebabtu dia bawak makanan dan jual dekat kawan-kawan so dapat la tampung perbelanjaan harian dia.
Hmmm, zaman sekarang ni aiskrim malaysia dah kemain hipster woi. Jarang dah dengar harga 20sen. Paling busuk mesti 50 sen. Hahaha. Kalau yang jenis perisa oreo , choki choki memang bantai harga yahudi terus. Hahaha. Iya lah , zaman dah nak masuk tahun 2020 , kereta terbang dah nak muncul kan. Tak sabar nak tengok mak bapak hantar anak pi sekolah hari-hari terbang laju dah sampai
sekolah. Kah!
Bye kak ain......nak makan aiskrim duluu.. |
Aiskrim asam boi ialah aiskrim paling pebret aku daripada kecik...Memang kalau nonyot asam boi tu habis merah mulut aku...Hahaha...Apa aiskrim malaysia pebret uolls? Cer share sket..
Semalam pun amek sebatang
BalasPadamKat kenduri kawen
Waaa huntunglah ada peminat hehehehe...
BalasPadamEh anak angkatlah kalau gituuu..hahahaha
hari tu aku beli aiskrim choki2, RM1.50 kauuuuu~ yahudi betul
BalasPadam