BOAT NOODLE , BUKAN HANYA HIDANG MANGKUK KECIL TAPI KINI DENGAN SET BERDULANG

Image may contain: 5 people, including Nur Farahain, people smiling, people eating, people sitting, indoor and food

BOAT NOODLE , BUKAN HANYA HIDANG MANGKUK KECIL TAPI KINI DENGAN SET BERDULANG

"Setiap kali anda menyusun mangkuk kecil kami, ianya adalah simbolik meraikan setiap saat indah yang anda lalui. Kerana setiap mangkuk kecil membawa maksudnya yang tersendiri." Itu lah antara petikan di Facebook rasmi Boat Noodle Malaysia. Baru ler aku tahu rupa-rupanya mangkuk kecil itu mampu memberikan saat yang indah kepada mereka yang berkunjung ke setiap cawangan Boat Noodle. Membawa tema , "Savour Your Moment" ..kini boat noodle tampil dengan set berdulang!

Selalunya , kita datang ke boat noodle mesti perkara wajib kita buat ialah makan , stack , repeat!. Order bermangkuk-mangkuk , lepastu makan lepastu susun sampai tinggi dan ulang sampai ler rasa kenyang kan! Itu lah sebenarnya saat indah.
Image may contain: Nur Farahain, sitting, eating and food
Persoalannya ?

"Bilakah kali terakhir anda menghargai saat indah?"

Kongsikan saat indah itu dengan menikmati set berdulang yang diberi nama Ratchada Dulang. Makan kongsi bersama dengan keluarga , kawan-kawan dan yang tersayang. Set Ratchada Dulang ini akan mula dihidangkan pada 3 Mei sehingga 7 Jun 2019. Ianya adalah bersempena dengan menyambut bulan puasa. Seronok kan bila kita bukak puasa dan makan kongsi-kongsi!.
Image may contain: people sitting, food and indoor
Lupa nak bagitau , Ratchada Dulang ini setnya untuk 2 orang dan 4 orang. Terdapat juga cara-cara nak makan Ratchada Dulang ni yer! Gittew .. siap ada 4 cara lagi tau. Apakah cara-caranya?

  • Ambil gambar terlebih dahulu (benda normal orang selalu buat) hehehe
  • Letakkan sos ditepi
  • Tuangkan sos dan gaulkan kesemuanya
  • Nikmati dan kongsikan rasa anda
Jangan lupa untuk terus singgah ke Boat Noodle... Set Ratchada Dulang ini hanya ada pada BULAN RAMADHAN sahaja! Jom rasa sekarang ! Opps , tunggu bukak puasa yer dulu pada yang berpuasa tuu..
Selamat menyambut bulan Ramadhan!

3 ulasan:

  1. wahhh bestnyaaa.. set berdulang makan beramai ramai terasa keberkatan di situ kan

    BalasPadam
  2. Bukak puasa..makan share share.. Bestttt... Salam Ramadan

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.