SEDAPNYA!! BERAPA MANGKUK BOAT NOODLE AKU MAKAN NI?!

boat noodle nakon thai

SEDAPNYA!! BERAPA MANGKUK BOAT NOODLE AKU MAKAN NI?!

Selalunya kalau korang ke boat noodle berapa banyak mangkuk boleh perhabis? Hahaha. Aku ni takdelah hantu sangat tapi aku suka konsep makanan style macam gini. Kenapa?Sebabnya aku ni suka jenis makan sikit-sikit tapi boleh rasa macam-macam. So , khamis lepas aku melencong ke Desaru jalan jalan cari angin tepi laut. Katanya! Hahaha.

Sebelum tu aku tahu yang ade Aroi Thai dekat Tunamaya Desaru ni , aku ingatkan dia dalam resort tu rupa-rupanya dia betul-betul tepi jalan. Maksudnya memang senang sangat nak cari. Oh ya , dulu namanya Aroi Thai , tapi sekarang dah berubah brand nya. Namanya telah direbrand menjadi Nakon Thai.

Adakah menunya pun berubah? Rasanya pun berubah ke? Tidak! Masih sama je. By the way , sebelum-sebelum ni aku pernah share Aroi Thai ni. Cumanya itu cawangannya di Trove JB. Sepetang bersidang bersama geng katak <<<baca dekat sini yer awak awak sekalian....

Bezanya masa aku pi mencekik sebelum ni , TAK HABIS MAKAN SEBAB TERLAMPAU KENYANG SEMUA JADI ULAR SAWA MENYANDAR!! Hahaha. Kali ni , dah cakap makan kena bagi habis. Pantang aku orang makan tak habis!
hot pot nakon thai
Nakon Thai Royal Seafood Hot Pot
boat noodle nakon thai
3 sekawan aiskrim!
Sebelum ni , aku rasa set seafood hot pot tu biasa-biasa je tau . Tapi , kali ni dia dah tukar nama sikit. Nakon Thai Royal Seafood Hot Pot ni sedap giler.. Mungkin sebab kitorang tak order bermangkuk-mangkuk banyak sangat , sebabnya memang fokus nak mencekik hot pot ni.

Apa yang bestnya? Rasa kuah tomyam nya makin pekat makin ler rasa sedap. Aku suka set ni , sebab kita makan rebut-rebut. Hahaha. Makan berjemaah! I lioke!! . Kombinasi sayur-sayur walaupun taugeh pun aku rasa sedap betul meratah bila di combine dengan kuah tomyam tu.

Oh ya , AISKRIM DIA SEDAP GAIS!!! Terpaling aku suka ialah MANGGO AISKRIM. Eee, sampaikan masa nak photoshoot dekat luar pun aku sempat bawak mangkuk tu sambil mencekik aiskrim nya.
boat noodle nakon thai
So , datang ke Desaru jangan lupa untuk singgah ke Nakon Thai yang terletak di Tunamaya Desaru!AWAKMAKANAPE??

3 ulasan:

  1. lawa sgt bus kaler pink tu..^_^

    BalasPadam
  2. hahahahha ko memang!! kalo boleh, nak angkut balik uda kan mangkuk aiskrim tu? baek ngaku!!!

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.