MY BFF ANAK JIRAN MENJELAJAH KE ZOO JOHOR
Pada hari Jumaat yang lepas iaitu 15Mac , aku dan bff anak jiran iaitu Asyira dan Aliyah bersepakat untuk ke Zoo Johor. Seawal jam 10:30 pagi , aku pergi mengambil Aliyah di rumahnya dulu dan seterusnya ke Masjid untuk mengambil boss kecik iaitu Asyira. Ini kerana dia terlibat dalam kelas Tahfiz. So , dia memang dah sesiap pakai baju dekat dalam disebalik jubah yang dia pakai tu. Hahaha. Kami sampai di Zoo Johor dan pengunjung yang datang ke situ tidak lah ramai sangat. By the way , kalau yang tak tahu Zoo Johor ni tak ada la besar sangat tapi untuk setakat tengok binatang-binatang tu okay lah. Untuk pengetahuan korang ,harga tiket nak masuk pun murah je woi. Dewasa RM 2 , kanak-kanak RM 1.
Mula-mula sekali kitorang bergambar di signage Zoo Johor, kalau nak tau gambar yang senget-senget ni si boss kecik Asyira tu yang ambil kan . DiA CAKAP STYLE! Aku layan kan jela. HAHAHA. Setererusnya , aktiviti kami si Aliyah pula ngajak kayuh boat di tepi tasik mini. Aku telan air liur juga mula-mula sebab aku pun jenis tak reti berenang, kalau tenggelam mampus gini , dengan terbalik nya boat tu ker sebab aku kan berat. Hahaha. Tapi , dia dah ngajak aku follow je lah. Buat-buat berani kata orang! Kah! Haa, bila dah start berada dekat atas tu , mampus gelabah gelak-gelak kami tiga orang sebabnya paling takut kalau boat kitorang menghampiri ke arah binatang ala-ala flamingo tu ke swan ehk. Entahla , aku ni pengetahuan tentang binatang bodoh sikit. Maklumlah aku tak minat subjek sains. Hahaha. Tiber!
|
Budak-budak yang kehausan. HAHAHA |
|
Boleh pulak diorang geli dengan 'vacuum original' tu Hahaha |
Lepas dah penat kayuh , kitorang terus ke tempat lain pula , perut pun lapar berhenti sekejap makan. Sekejap ke? Aku rasa lama juga woi dekat kedai makan makcik tu. Hahaha. Asyira tu nampak je badan kecik , tapi dia kuat makan lagi dasyat dari aku. Selepas perut pun kenyang , kami sambung menjelajah ke dalam zoo itu. Haa, teringat pula masa nak bagi makan gajah. Woi , aku nak rekod dah penghabisnya aku yang tukang bagi makan sebabnya diorang geli. Gajah kan belalainya macam vacuum lepastu macam geli kan. Hahaha. Sebenarnya aku ni pun penggeli juga. Tapi , sekali lagii Kak Ain acah-acah superheroin gituw tetap cover.
Tapi, yang paling aku tak boleh bawak bincang ialah bila nampak ular. Eee, yang ini memang aku geli teruk. Padahal ular tu dalam sangkar kaca je, peh aku punya geli siap cover dari nak tengok dengan beg aku. Bapak geli siot. Dahla gemuk nak mampus. Hahaha. Tengah sedap tidur je semua ular time tu. Eeee, sambil aku taip ni pun dah rasa geli geleman woi. Hahaha. Paling tak boleh blah , rupanya pakcik buaya punya tempat betul-betul sbelah jalan. Hahah. Kalau lah orang tau laluan yang dia lalu tu , sebelah sangkar pakcik buaya ....mampus tak lalu jalan tu. Hahaha.
Nak tahu lebih lanjut , jom layan video igtv aku ni.