RINA DAN RISYA INILAH DIA..KEMBAR SEIRAS ITU BIASA

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing

RINA DAN RISYA INILAH DIA..KEMBAR SEIRAS ITU BIASA

Tetiba teringat di suatu petang , si dua ketul Fahrina dan Farisya menyanyi lagu "Rina dan Risya  inilah dia...kembar seiras itu biasa...rina dan risya ragam aksinya...kami senangi siapa jua..." . Dengan muka comel si Risya tu buat persembahan free depan aku. Hahaha. Aku pun pelik kenapa dia siap kemain berjoget , rupa-rupanya dia ikut sebijik aksi Upin Ipin dalam video lagu tu. Hahaha. Tak percaya? Korang tengok sendiri gayanya macam mana. Cumanya hari tu dia buat aksi spontan , tak menyempat aku nak rekod persembahan dia tu. Hahaha. (Lepas ni joget lagi depan kak Ain ehk , nanti Kak Ain rekod..heheheheh)

Sebenarnya , diorang bukannya kembar pun. Beza setahun je , tapi diorang selalu cakap diorang ni twins!. Mana tak twins nya , dekat sekolah pun sama-sama geng Tunas Puteri , di sekolah agama pula geng pengawas . Oh lagi , sama pasukan rumah sukan iaitu Jingga. Boleh dikatakan kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain. Cumanya yang melucukan hati ini , si Risya (adik) tapi minat abang iaitu Upin. Dia selalu cakap , dia macam Upin. Rina pula Ipin. Hahaha. Pening kepala kak Ain kau dik oi , terbalik pulak jadinya. 

Tapi, bila tengok balik karakternya , betul juga kenapa Risya pilih Upin. Sama seperti Risya yang sangat berani. Risya ni kalau dia bagi salam dekat rumah aku kemain bersemangat. Jangan main-main okay , pengawas kecik!. Kecik bukan sebarang kecik , jangan berani cari pasal dengan dia! Budak lelaki pun dia berani sound. Hahaha.

Image may contain: 1 person, standing
Farisya , darjah 4 tahun ni

Image may contain: 1 person, standing
Fahrina , darjah 5 tahun ni

Kalau yang tak pernah baca tentang mereka ini , boleh klik THE NF GENERATION . Banyak dah kisah diorang ni aku letak dalam blog. Hehehe.

WORDLESS WEDNESDAY : HARI RABU HARI KOKURIKULUM SEKOLAH

Image may contain: 2 people, people standing

WORDLESS WEDNESDAY : HARI RABU HARI KOKURIKULUM SEKOLAH


Image may contain: 2 people, people smiling, people standing

The NF Generation. Fahrina & Farisya...
Sama-sama geng tunas puteri.. Kak Ain dulu masa sekolah rendah darjah 4 Puteri Islam (lepastu tukar sebab masa tu belum cukup iman nak kena pakai tudung selalu) , Darjah 5 - 6 PBSM sebab ade budak lelaki yang kita suka masuk , kita pun join. Hahaha. Opps! pecah rahsia.

Korang dulu time sekolah badan beruniform ape? Psstt,,, nantikan posting seterusnya tentang mereka berdua ini ye..