Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan the nf generation. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan the nf generation. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan

KAMI ADIK BERADIK GENG PENGAWAS SEKOLAH

akuainkausiapa
Dapat amek satu take je gambarnya, sebab van diorang dah nak sampai.

KAMI ADIK BERADIK GENG PENGAWAS SEKOLAH

Masih ingat lagi kepada kisah anak jiran aku The NF Generation? Kalau ingat-ingat lupa siapakah mereka , boleh klik sini : The NF Generation . Dah lama dah dapat idea nak menulis tentang ini , tapi sebab aku ni jenis kalau nak menulis benda yang realiti. Maksudnya , aku jenis tak reti menulis benda-benda fantasi berangan. Aku pula jenis nak mula menulis mesti kena tengok gambar dulu. Barulah aku dapat gambaran jelas nak cerita yang macam mana.  Senang cakap kalau masa sekolah dulu , aku paling suka buat karangan yang bergambar dan diberi satu situasi.

Berbalik kepada tajuk entri pada kali ini , ianya berkisah tentang the twins Fahrina dan Farisya!. Sebenarnya diorang beza setahun je , tapi diorang selalu cakap diorang ni the twins. Hahaha. Aku suka tengok diorang bila time pergi sekolah agama tunggu van. Hahaha. Comel je! Aku panggil si Farisya ni 'pengawas kecik' , kecik bukan sebarang kecik sekali dia dah menjerit habis terkezuttt satu sekolah! Diorang dah jadi pengawas since tahun lepas. Aku je terlupa nak ambil gambar diorang.

Ni dah tangkap gambar dan mama diorang nyempat tanya "lama tak keluar cerita rinarisya hahaha?" Hahaha. Terus teringat haritu ambil gambar diorang. Lepas ni kalau nak kak Ain up story dalam blog , bagi ler gambar ehk pastu bagi sinopsis sedikit..Senang kak Ain korang ni up terus. By the way si Farisya ni dia jadi pengawas yang Fahrina pengawas perpustakaan. Itu yang baju kaler lain. Memang betul-betul the twins kan sampai dapat jadi pengawas sesama. Itu belum lagi cerita diorang sama-sama badan beruniform tunas puteri! Kah! Rina , risyaaaa nanti suruh mama ambilkan gambar yer... 

Kak Ain dulu pun pengawas jugak! Kah! Kak Ain dulu garang..(yeke?) hahaha..jom baca balik kenangan Geng pengawas kak Ain ni dulu..

THE NF GENERATION


Hari ni belek-belek gambar dekat laptop ternampak pula gambar-gambar comel anak-anak jiran. Aku gelar diorang “The NF generation”


Kenapa? Sebab nama aku Nur Farahain. Nama diorang pun NF juga. Nur Farzana , Nur Fahrina dan Nur Farisya. Memang jenis sehati sejiwa mungkin jiran kita ni. Hahaha.

risya , nana , rina


Seronok tengok diorang membesar daripada baby tak pandai bercakap, sampailah dah masuk sekolah. Aku suka dengar bila dorang bagi salam “Assalamualaikum kak Ainnnnnn”🀣




Aku pernah ambil diorang balik dari sekolah kebangsaan sebab rumah dekat je dengan sekolah ,jalan kaki pun dah sampai, tengok-tengok kan diorang pergi sekolah agama. Nampak diorang monteng sekolah agama(teringat aku dulu pun kuat ponteng sekolah agama) . Siap dah plan dengan kawan bila nak pontengπŸ˜‚

Farisya masa kecik dengan arwah ibu ain.

comel kan Farisya & Fahrina


Semoga generasi NF ni kekal sampai bila-bila. Kak Ain nak sangat tengok Nana,Rina ,Risya menjadi anak-anak yang solehah pada Baba dengan Mama. πŸ’•

PENEMAN UNTUK SEMALAM

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing

PENEMAN UNTUK SEMALAM

Aku dah lama tak luangkan masa dengan The NF Generation. Nak dijadikan cerita , semalam mama dan baba diorang nak ke KL ada urusan. Jadinya , diorang ni kan masih bersekolah. Nak ponteng tanpa alasan yang kukuh , tak lepas sebabnya sekolah kluster ler kata kan. Sekolah siapa letew (sekolah rendah aku letew) 😜

Jadinya, mama diorang mintak aku teman tidur dengan Fahrina dan Farisya untuk semalam. Aku pun okay je la sebab tak ade pergi mana-mana pun. Tapi, yang aku tahu diorang ni memang jenis kanak-kanak battery cepat low! πŸ˜‚ Jenis tidur awal la. Aku risau jugak lambat aku check in rumah diorang sebabnya aku pergi kenduri arwah jiran yang baru meninggal.

Balik je dari kenduri tu, aku cepat cepat masukkan laptop dalam beg, dan bawak baju tshirt untuk esoknya. Niat memang nak hantar diorang pergi sekolah sebabnya sekolah rendah ni depan je rumah kitorang. Jalan kaki dah sampai.

Oh, sebelum check in rumah diorang aku mandi dan solat isyak sesiap. Baru je nak turun tangga, tetiba dengar si kecik Farisya dah bagi salam “Assalamualaikum “πŸ˜‚πŸ˜‚. Tu dah bagi signal letew kak ain diorang lambat check in.

Masuk-masuk je ke rumah diorang, diorang masih lagi tengah menyiapkan kerja sekolah. Well, sekolah kluster katanya homework memang bersepah. Hahaha. Aku nampak si Risya dok tengah menggunting dan tampal. Aku tanya dia apa benda ni? . Oh , ni kerja sekolah Rina. Hahahahaha. Hashtag #kerjasekolahkaukerjasekolahakujugak 🀣 Sebabnya kerja sekolah Rina masih tak siap-siap lagi. Tapi, Risya ni hanya tolong gunting dan tampal jelah. Bahagian yang kena tulis si Rina yang siapkan.

Diorang ni memang betul-betul sehati sejiwa. Kerja sekolah pun kena pakat-pakat nak siapkan. Aku pun tak faham kenapa nak kena bagi homework banyak-banyak. Dan bab gunting tampal tuh, alahai. Macam dah tak relevan langsung. Sorry, bukan mahu mengkritik, tapi si budak Rina sendiri cakap “Rina pun tak tahu sebenarnya apa yang Rina buat ni.. Rina salin je balik” Kah! Macam membazir kertas je! Sorry aku emo sangat orang membazir kertas Sebab kena tebang banyak pokok! 😱
kerja sekolah darjah lima
kerja sekolah gunting dan tampal!
Gedebak gedebuk , jam dah pun menunjukkan pukul 11 malam nak menghampiri 12 tengah malam. “Selamat Malam Kak Ain” 😭  Dah lama orang tak cakap good nite dekat aku. Aku? masih tak tidur lagi. Aku ni jenis kalau bukan katil sendiri memang take time untuk tidur. Bukan tu je, aku kan sekarang masih lagi insomnia 😭

Kira-kira jam 1 ke 2 pagi ke si kecik Risya ngigau ke apa, dia berjalan hahahaha pastu tidur balik. Si Rina memang tidur kemain lasak. Kaki dia banyak kali juga terajang akuπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Tapi aku tak kesah pun.
>>>Siapa the NF Generation nie?Jom baca..

Diorang ni dari segi time management, aku bagi full marks! Diorang sangat punctual. Aku memang suka. Si kecik Risya jam 5 pagi dah bangun. Aku sedar-sedar gitu, aku cakap “Risya dah bangun?”. Pastu guling sana guling sini. Pukul 6 juga baru diorang start mandi. Aku dengar je dari jauh diorang ni sambil mandi menyempat berbual-bual. Pastu pakai baju dan solat subuh. Aku ke bilik air diorang “Tadi kak Ain ngecek sket tau ubat gigi Darlie Kids 🀣” Sedap kemain perisa strawberry. Hahahha.

Dah siap semuanya terus la ke sekolah, sambil jalan kaki pun masih sempat berbual. Sebenarnya, budak-budak ni nak kita orang yang lebih dewasa dengar apa cerita diorang. Aku pun layan jelah. Dah sampai dekat sekolah “Kak Ain salam”😭 Alahai, tacink pulak rasa. Bye kak Ain! 😭😭

Hmmm. Tak tahu kenapa rasa tacink, okay sambung lepas diorang balik sekolah tadi. Its time for makan tengah hari. Aku masak nasi dari rumah aku sesiap sebab tak sempat nak singgah rumah diorang. Pastu aku panaskan lauk yang mama diorang masak. Aku tanya diorang “nak kak Ain gorengkan telur?” Diorang jawab nak! “Nak telur mata ke telur dadar?”. Telur dadar!

Bila di meja makan!!!! Ini memang cara aku. Aku jenis suka berborak time makan berkumpul
macam gitu. Diorang bersungguh ler cerita macam-macam. Si Risya “Rina.. kaki kau kan banyak kali terkena dekat kak Ain tau”. Rina menjawab “Sorry kak Ain.. Rina memang tidur lasak lagi-lagi kalau tempat luas”πŸ˜‚πŸ˜‚

Lepas habis makan diorang bersiap untuk ke sekolah agama. Perbualan terhenti dan tamatlah kisah aku sebagai peneman untuk semalam bagi anak jiran ku ini.

pstt: sorry lama tak update blog.

SEDULANG NASI AMBENG PENYAMBUT BULAN RAMADHAN

SEDULANG NASI AMBENG PENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Alhamdulilah , malam tadi aku sempat juga menghadirkan diri ke Majlis Yassin Perdana anjuran Kejiranan Rukun Tetangga di kawasan rumah aku. Aku rasa ralat sangat sebab tak dapat bergotong-royong pada sebelah pagi sebabnya aku ada food review. Kalau ditanya masih ada lagi kah suasana jiran yang harmoni di bandar? Jawapan aku Ya! Ada dikawasan rumah aku. Aku rasa bersyukur sangat sebab makcik-makcik dekat sini sangat sporting.

Jadinya, sebagai menyambut bulan Ramadhan yang tinggal beberapa hari , kami sepakat untuk mengadakan Majlis Yassin Perdana. Acara majlis dimulakan selepas magrib membaca yassin , dan solat berjemaah Isyak dan sebagai penutup majlis kami dijamu dengan makan berdulang Nasi Ambeng. Nama pun orang Johor , mestilah makan Nasi Ambeng! Makan berdulang ni memang menjadi kebiasaan adat disini. 


Selain itu , kami juga dijamu dengan pencuci mulut seperti kurma , karipap serta murtabak. Ya Allah, aku rasa seronok sangat tengok makcik-makcik ni organize program untuk komuniti. Kebajikan terutama sekali bab makan memang paling power dan tip top. Komfom sedap dan siap boleh tapau bawak balik ke rumah. Hahaha. Tak lupa juga ade terselit bubur lambuk. 

Tapi, aku rasa sebak juga tadi bila part baca kan Al-Fatihah dan disebut nama satu satu jiran yang telah meninggal. Dan nama itu disebut.. Nama arwah ibu ku. Hmm.. Ibu! Semoga ibu bahagia disana okay.πŸ˜ͺπŸ’›

Seronok sangat tengok ramai jiran-jiran berkumpul. Sempat aku bergambar dengan dua ketul , RinaSya! Iaitu The NF Generation.. Selamat menyambut bulan ramadhan! Semoga ramadhan kali ini memberikan rasa kesyukuran dan kebahagiaan buat umat Islam.πŸ€—

ANAK JIRAN CIPTA SENDIRI LAGU KIBAR JALUR GEMILANG


Haa, masih tak boleh move on dengan cerita anak jiran ain? Hahaha. Weh, they are apart of my diary of the day. Makanya haruslah ain bercerita tentang diorang kan. Kenapa? korang masih blur-blur ke siapa diorang ni?

A post shared by NUR FARAHAIN (@farahainzfa) on

Korang kena kenal dulu The NF Generation. Selepas cerita diorang buatkan Cornflakes Madu untuk ain, kali ni diorang kembali lagi dengan mencipta lagu kebangsaan uolls. Woi, semangat betul diorang nyanyi. Memang patriotik betul tau. Aku dengar pun rasa macam.... dah lama tak rasa semangat kemerdekaaan macam gini.

Terus aku dengan abang aku pakat okay kita rekod jom.Ni lirik semua diorang compose sendiri tau. Kemain semangat woi diorang prektis sebelum hari nak rekod tu. Pastu, kebetulan ain ada dapat bendera Malaysia ni masa “The Greatest Showman Circus”, apalagi jadikan lah bendera tu sebagai prop masa diorang rekod. Maka, inilah hasilnya...... Korang support jom dan komen sekali tau .. Effort diorang tu yang kita kena hargai.Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia!πŸ‡²πŸ‡Ύ

JANGAN PERLEKEH BUDAK KELAS BELAKANG

JANGAN PERLEKEH BUDAK KELAS BELAKANG

Aku tak berniat untuk menghina budak kelas belakang. Yer, kalau mahu diceritakan pengalaman aku tak pernah rasa duduk kelas belakang. Aku ni kira nasib je tergolong duduk kelas pertama masa sekolah. Tapi masa sekolah rendah pernah lah merasa turun kelas. Cumanya masa sekolah menengah dari tingkatan 1-5 je rezeki maintain duduk kelas pertama. "Kau tak tahu Ain camne rasa duduk kelas belakang , mana sama dengan duduk kelas pertama". Kata abang aku. Yer, dia dulu pernah rasa menjadi budak kelas belakang. Aku selalu tanya dia. Yela, aku duk kelas pertama semua skema-skema je, budak-budak belajar kata orang! Lagi sekali aku ulang, aku ni kira "luck" je terduduk kelas pertama tu. Nak kata skema belajar tak jugak!

Dia dikutuk kerana dia kelas last!

Anyway, aku nak buktikan yang kita semua jangan perlekeh budak kelas belakang. Benda ni terjadi depan mata aku. Melihat seorang kanak-kanak yang berusia 9 tahun dikutuk kerana dia kelas last! Anak jiran aku. Disebalik dia yang duduk di kelas belakang, tahun ni je dia dapat jadi pengawas di sekolah agama. Banyak pencapaian yang aku nampak pada si Farisya ni. Kita panggil dia Eisya. Kak Ain bangga gila dengan Eisya.(incase you read this girl!)😜 Kalau tak pernah tahu siapa anak jiran aku ni , korang boleh tengok tulisan aku yang ini : The NF Generation

JANGAN PERLEKEH BUDAK KELAS BELAKANG
Eisya johan lumba lari okay! kau hado?*kredit gambar facebook : Skbu2

Aku selalu cakap, " Eisya ni genius tau" , "pandainya eisya". Tapi dia selalu jawab, "Mana ada Eisya pandai, Eisya kan kelas last...kelas last mana ada pandai". Sentap betul aku dengar woi. Iya memang betul aku tak akan faham sebab aku tak pernah rasa, tapi setelah abang aku sendiri cerita dia pernah jadi budak kelas belakang. Kau rasa? Budak kelas belakang selalu tidak mendapat perhatian cikgu , cikgu cakap tak ada masa hadapan , cikgu ajar nak tak nak je, ikut suka la nak belajar ke tak nak , itu belum campur budak-budak dalam kelas tu kerja 24jam aktif nak bermain. Hahaha. Persoalannya, pandai kanak-kanak itu hanya terletak di atas report card nya sahaja kah? Its just a piece of paper. Kalau hangus terbakar , it means nothing!

Apa lagi kejayaan pada si Eisya ini? Aku tak sangka betul dia jadi Juara lumba lari 4X200m. Oh ya, dia selalu juga orang kata budak bambam gemok. Aku teringat dulu-dulu aku pun selalu kena kutuk budak gemuk. Kau rasa best ke? Siapa kata budak bambam tak boleh jadi juara lumba lari? Kau rasa? Budak kurus tu mana? Hahahaha. Bukan itu sahaja, dia juga perform dalam pada dia duduk kelas belakang. Eisya pernah cakap dekat abang aku , "Rina(akak dia) , kau cakap dengan abang zaki , aku dapat nombor berapa dalam kelas". Rina jawab ,"kau kelas belakang, boleh lah kau tak payah la nak belagak pulak". Hahaha. Aku gelak!
JANGAN PERLEKEH BUDAK KELAS BELAKANG
Eisya mendapat piala semasa majlis Anugerah Cemerlang
*kredit gambar facebook : Skbu2

Tak, dia bukan nak berlagak dengan kejayaannya. Dia nak kan recognition daripada orang sekeliling dia. Dia nak orang cakap "Wah, power juga lah si Farisya ni". Sebab budak kelas belakang selalu dihina dan dikecam. Bila dia achieved something , layan la dia sama level macam kita layan budak kelas pertama. Aku happy betul tengok dia capai banyak benda dalam tahun ni disebalik dia turun kelas belakang. Eisya, dont stop until you achieved what you really want in your life! Kak Ain always support you❤️

Oh , by the way, dia pun dah ada boyfriend. Opps, siapa kata budak gemuk tak hot?😜

PENJAGA UNTUK ANAK JIRAN

Hmm, dah bulan september rupanya. Few days ni aku tak berapa fokus sangat dekat blog. Tengok-tengok gitu je. Kalau ada kesempatan pun usha blog-blog geng JDT Blogger je. Maaf yer tak sempat nak blogwalking.

By the way, sebulan lebih ni aku diamanahkan untuk menjadi “penjaga” kepada anak-anak jiran aku. Kalau yang tak kenal boleh usha dulu The NF Generation, Anak Jiran Cipta Lagu Sendiri Kibar Jalur Gemilang. Mak ayah diorang pergi menunaikan ibadah haji.


Ada satu hari tu, lepas solat subuh aku dengar kuat gila diorang bagi salam. Bilik aku dekat atas memang tak dengar woi. Sampai suara risya dah nak serak-serak. Hahaha. Diorang dah nak pergi ke sekolah, Si Nana tu minta tolong sign kan slip untuk periksa. Tahun ni dia UPSR.

Lepas dia dah bagi slip tu, dia hulur surat ni, “Kak Ain baca la dulu” . Surat untuk ibu bapa menghadiri solat hajat untuk UPSR. Pagi tu aku cakap la “gi sekolah elok-elok”. Tutup je pintu, dekat bilik air aku menangis weh. Tahu sebab apa ? Sebab aku rasa berat juga sebenarnya amanah sebagai ibu bapa atau penjaga ni. Tambah lagi sedih pula hujan lebat pagi tu. Memang lagi feel kan cerita aku ni..HahahahaπŸ˜‚



Diusia aku yang 27 tahun ni, yes ada kawan-kawan yang dah kahwin , ada yang dah ada anak. Aku masih lagi pegang title belum kahwin. Ada hikmah rupanya,tuhan tu tahu..I have to make this confession. Aku memang tak suka budak-budak. Hahaha. Sumpah tak tipu! Kalau tengok anak-anak kawan tu,aku pandang gitu-gitu je. Sampai ada member aku cakap “ko pandang gitu je gambar anak aku,aku ni beriya lahhh eee comelnyaa” 🀣

Yer, i’m not a kids lover. Tapi, tuhan ajar aku dengan hantarkan anak-anak jiran sebagai satu ujian mungkin. Bukan diorang ni je yang aku rapat tau. Dengan anak-anak jiran yang lain pun ada gak. Kadang-kadang petang diorang main basikal, sempat bagi salam dekat rumah aku. “Eh kak ain ni ada dekat rumah ke tak?” 🀣

Nampak tak dekat sini, boleh jadi benda yang kita tak suka turn up sebenarnya itulah benda yang kita kena hadapi. Dont worry, tahap tak suka aku ni belum sampai level jahat. Aku just ada rasa macam rimas dengan budak-budak. Tapi aku boleh layan diorang. Korang nampak tak apa yang sedang tuhan didik aku? Aku rasa ini cara tuhan melembutkan hati aku, end up satu hari nanti aku akan jadi ibu kepada anak aku. Insyallah. So kalau aku ada respon dekat story kawan-kawan pasal anak tu, sama ada memang anak kau comel pada aku atau aku tengah melatih diri aku untuk being a kids lover hokay! Please dont hate me guys!πŸ€ͺ

Nak bagi pesanan : sebab blog akuainkausiapa ni public semua boleh baca, kalau ada anak-anak jiran kak ain yang baca...Alamak, dah kantoi! πŸ™ˆkbye! Tolong jangan kecam sissterrr πŸ˜‚

sorry; gambar tak banyak sebab not in a mood to take pic. Tiberrrr...

I LOVE YOU...MAMA

Image may contain: 2 people, including Nur Farahain, people smiling, people sitting and closeup

I LOVE YOU...MAMA

Aku teman mama nya si The NF Generation pergi menghantar makanan kepada abang ngah diorang. Teman takde lah lama mana kejap je. Cuma bercinta jelah nak lalu highway pasir gudang yang JEM tu. Angah diorang belajar di Uitm Pasir Gudang. First time aku masuk situ. Hahaha. "bapak hutan" , kata angah faris masa mula mula sampai sini.

Dia tak tahu tempat uitm kak ain dia lagi "bapakkkk getah kelapa sawittt" . Pagi pagi mau harum semerbak. Nama pun Uitm Merbok kan! Kah! Geng #uitmdihatiku memang pasrah dapat kampus jauh kedalam macam gitu.

Perjalanan kami dari umah ke sana ade lah dalam 20 minit lebih. Sepanjang dalam kereta berborak je memanjang. Sampai ke Uitm , wow view cantik atas bukit tu. Ingat nak turun amek gambar tapi sayang hujan pulak. Hahaha. Kak Ain kau nama pun blogger , memang jenis semua nak amek gambo! Nasib taik sendiri je tak amek gambo..(okay soryyy lawak hambar)

Sampai je kolej angah , mama dia pon tepon lah.Tepon punye tepon si angah ni tak berangkat. Tido! Alamak! Nasib ler ade dua orang penyelamat budak lelaki yang tolong kejutkan dia. Rupanya dia classmate Angah! Hahahaha. Aku siap tanya , "kenal ke?"

Tak lama lepas tu , si angah ni pun turun dengan muka mamai mamai dia tu. Si Angah ni cerita dekat mama nya dah lama tak makan ikan. Tu yang mama dia bawakkan makanan. Lagipun makanan dekat cafe kan memang standard ketuk student. Hehehe. Kak ain dah puas dah merasa. Tapi , nasib baik kak Ain dapat tempat belajr ceruk kampung merbok sana. Banyak jugak dapat saving masa tu.
Image may contain: 5 people, including Nur Farahain, people smiling, people sitting and hat
malam tu kami beryassin pulak
Anyway ,back to the topic..Lepas dah nak balik bye bye tuu.. Aku dengarlah angah sebut "I love you ..mama" Terima kasih mama , terima kasih kak Ain. Alahai , terasa sentap pulak! Yelah , dulu dulu masa ade ibu, aku jarang nak cakap i love you dekat dia. Dulu dulu aku tak pandai nak tunjuk rasa sayang tu pada ibu. Arwah ibu lah yang terhegeh hegeh dok show off her love dekat aku.

Aku nak pesan , korang jangan sibuk nak ber i love you dengan makwe pakwe je atau dengan suami isteri je..Tapi dengan mak pun sila lah I love You kan jugak okay! Iyer , kepada bakal suami saya... Saya bukan je cakap i love you.. Siap tuju lagu lagi ..." I love you 3000" ... acececehh...

Erk, bila kali terakhir korang cakap " I love you" pada mak korang?

Enjoy My 2020 Di Legoland Malaysia



Enjoy My 2020 Di Legoland Malaysia


Memilih tarikh 27-28 Disember untuk ke Legoland adalah pilihan yang terbaik . One word ! " Awesome" . Walaupun aku duduk dekat je dengan Legoland , tapi perasaan staycation kali ni best sangat . 





Pada 27 hb tu kitorang check in di Legoland Resort dulu jam 4 petang . Nama pun hari ahad dan hujung tahun , mesti la ramai manusia kan. Lepas dah check in , kitorang solat asar dulu di bilik dan lepastu turun bawah. By the way, staycation kali ni aku pergi dengan abang , dan dua orang anak jiran aku iaitu The NF Generation ( Farzana & Farisya) . Untuk pengetahuan uolls , kebiasaan nya pakej staycation di Legoland Resort ni memang sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak . Kalau uolls tengok bilik yang kitorang chek in sangat selesa untuk 5 orang . Katil bertingkat tu selesa untuk kanak-kanak dan dewasa yang badan size kecil . Badan aku pun selesa je tidur dekat katil tu . Hehehe.


Lepas check in , kitorang terus ke Sealife . Memandangkan time kitorang pergi tu tengah bertemakan Hari Krismas , jadi nya aktiviti pun banyak berkaitan dengan tema perayaan tersebut. Kitorang masuk ke Sealife dan cari candy lepastu post di Instagram untuk dapat kan gift sebelum keluar dari Sealife . Lepas dah tengok ikan-ikan di Sealife , kitorang masuk kejap di Themepark . Kami pergi hari Ahad , jadinya themepark tutup jam 7 . Menariknya kalau korang spent seharian di Legoland , akan ada persembahan pembukaan dan penutup .  So , kanak-kanak pasti akan rasa terhibur sepanjang dekat Legoland .





Malam pula kitorang dinner di Brick Family Restaurant yang berada dalam Resorts. Memandangkan masih lagi PKP , memang akan ada pelayan yang cedok kan makanan. Selepas dah makan , jam 8:30 malam ada persembahan di lobby . Seronok betul tengok kanak-kanak menari dengan berpakaian baju tidur . Hahaha . Persembahan tu sekejap je , lepastu boleh sambung makan semula . Malam pula , kitorang main legodan selesaikan treasure hunt dalam bilik . Aku siap pesan , simpan tenaga tau esok kita nak all out !






Kitorang dapat slot breakfast jam 7 pagi sebab masih PKP memang slot breakfast dia terhad 45 minit untuk satu family . Alang-alang dah habis breakfast , kitorang naik ke level 5 untuk tengok swimming pool . Tengok je la tak terjun pun sebab kitorang get ready nak ke waterpark . Semua themepark ,waterpark dan sealife bukak seawal jam 10 pagi . Oh yer , sebelum ke waterpark kitorang check out terus sebab Legoland Resort ni check out dia pukul 11 pagi . 


Lepas dah check out , kitorang pergi ke waterpark untuk main air sampai puas-puas. Betul-betul puas gila woi ! Kitorang main sampailah ke tengah hari dan lunch disitu . Lepastu solat zohor dekat dalam themepark pula. Kali ni kitorang lenjan rollercoaster pulak . Kak Ain dorang ni memang suka jerit puas-puas bila naik rollercoaster . Hahaha . Nasib ler. Teringat dekat waterpark kitorang naik tube tu , lepastu abang yang jaga situ cakap " tekak ada lagi ke tu ? kot la tertinggal dekat atas" HAHAHA. 


Kali ni banyak aktiviti yang kitorang buat sesuai untuk kanak-kanak . Meh aku nak cadang kan pada korang so that korang tak miss out dekat themepark tu . First masuk je korang belok ke kiri dan akan jumpa tempat main boat dan naik train . Settlekan yang di sebelah situ dulu . Lepastu explore lagi boleh naik tower , belajar memandu . Lepas dah settle yang tu baru fokus naik rollercoaster , dino island ( rollercoaster basah) yang ni sumpah best , lepastu pergi Ninjago , banyak lagi ... Last sekali baru korang pergi bergambar di Miniland . 








Time kitorang pergi ni kan tengah tema Hari Krismas dan New Year , jadi nya kitorang kena cari 10 Gingerbread dekat Miniland .. Alaa , tak susah mana pun . Last sekali sebelum pulang , jangan lupa tengok persembahan penutup dan ade juga lucky draw tau . Eh , time tu jugak siap ada membuat cupcake menggunakan lego.


Senang cakap staycation 2 hari 1 malam aku dan diorang sangat la menyeronokkan . Alhamdulilah , dulu-dulu berangan juga nak merasa staycation dekat sini . Akhirnya 2020 menjadi kenyataan . Selamat Tahun Baru 2021 okay .. Kalau ada yang merancang nak staycation di Legoland dan beli 3 pass combo ( Sealife , Waterpark dan Themepark ) , korang tunjuk je blog ni. Hehehe. 




Nak beli tiket ? www.legoland.com.my

WHATSAPP DENGAN KAKAK TINI

Image may contain: whatsapp aku ain kau siapa

WHATSAPP DENGAN KAKAK TINI

Untuk yang tidak tahu , Kak Tini ni ialah pembantu dan penjaga kepada 'dedek' (panggilan Kak Tini kepada Risya. Risya  tu The NF Generation ler. Sebelum sebelum ini , Kak Tini pakai tepon biasa je. Kebetulan hari tu dia mintak aku tolong masukkan topup. Sayangnya , dia pakai no indon dan entah macam mana tak boleh berfungsi. Pening jugak aku mencuba dan siap google lagi. Hahaha. Tak menjadik!

Patut ler aku telefon no yang dulu tak masuk. Rupanya kak Tini pakai nombor indonesia. Haa, jenuh jugak aku nak kena masuk kan +6 tu untuk detect whatsapp. Haa, sekarang dah boleh wasap wasap je dengan kakak. Hahaha.

Ternyata wasap ni memang memudahkan kita untuk berkomunikasi kan. Yang kelakarnya , kak Tini mintak video tiktok Dedek! Hahahaha..

Aku pernah tulis tentang kakak Tini , baca sini... yeay akhirnya kakak udah pulang

PUSING PUNYA PUSING BAZAR RAMADHAN SAMPAI TAK TAHU NAK BELI APA !!

Image may contain: 1 person
gambar sekadar hiasan 

PUSING PUNYA PUSING BAZAR RAMADHAN SAMPAI TAK TAHU NAK BELI APA !!


Assalamualaikum dan salam ramadhan yang keberapa ehk hari ini , semestinya ramadhan yang ke 16. Alhamdulilah , cepat nya masa berlalu. Kisahnya , petang tadi aku pergi ke bazar ramdhan bersama dengan anak jiran The NF Generation

Aku pun bagi ler salam "Assalamualaikum... Farisya....." "Nak ikut kak Ain pegi bazar?". Reaksi Farisya dan Fahrina waktu tu sangat la excited. Jadinya aku pun expect yang diorang nak memborong ler banyak makanan. Mama dan baba diorang pula berbuka diluar , so aku pun rasa macam ohhh mungkin diorang memang nak beli ler banyak makanan.

Sampai ler ke bazar ramadhan , pusing dari satu penjuru ke satu penjuru. Dalam pada tu , aku tetap tanya , Rina dengan Risya nak makan ape? . Reaksi diorang tak tahu. Sampailah dah habis pusingan tawaf tu , terbehenti lama sebab nak tanya diorang nak makan ape. Hahaha.

Habis semua menu aku sebut , roti john , ayam goreng seringgit , ciken chop , nasi ayam , magie goreng , kebab , air mangga. Semua tak laku derr! Hahahaha. Gini ler gaya nya , pusing punya pusing, tapi tak tahu nak beli apa. Hahaha.

Nasib ler abang ngah diorang beli ayam percik dimakan dengan nasi putih dekat rumah. Lepastu diorang cakap nak buat air dekat rumah nanti . Rupa-rupanya , diorang ni jenis berbuka puasa bedal air segelen. Hahaha. Patut ler diorang pernah cakap , lepas buka je perut kembung! Hahahaha. Baru ler aku tahu.

Bagus juga ada sifat tak tahu nak beli apa , daripada diorang membeli nanti membazir kan lagi tak elok kan. Cumanya kelakar lah sebab masa aku ngajak tu , muka diorang memang kemain excited macam upin dan ipin dapat ayam goreng! Rupa-rupanya sangkaan ku meleset.

MERIAH BETUL MENU BERBUKA AKU SEMALAM! TERIMA KASIH JIRAN SAYA!

Image may contain: food

MERIAH BETUL MENU BERBUKA AKU SEMALAM! TERIMA KASIH JIRAN SAYA!


Alhamdulilah. satu perkataan yang mengambarkan ramadhan aku pada hari yang ke -13 . Pada siang hari aku berkesempatan untuk gotong-royong memasak bubur lambuk. Walaupun aku just tukang kacau je , dan tolong sikit-sikit tapi its a great experience juga. Bukan itu sahaja , bila part nak deliver bubur tuh , kami pergi rumah ke rumah dan sampai ke bazar ramadhan.

Sumpah la aku agak malu juga sebenarnya , sebab kitorang bawa bakul yang macam orang nak meniaga kuih tu. Hahaha. Tapi aku paling salute dekat adik-adik DOM aku si Aliyah dan Asyira. Diorang la yang bagi salam setiap rumah ke rumah. Aku just drive kereta dan berhenti rumah ke rumah.

Penat juga sebenarnya weh. Tapi , rasa penat tu berbaloi. Rasa macam dibayar dengan rezeki yang datang dari Allah. Tengok gambar je dah tahu meriah tak meriah juadah berbuka puasa aku. Jujurnya , memang penuh perut aku semalam. Rasa nak meletup woi. Sebabnya aku memang dah jarang melantak menu yang banyak-banyak bila berbuka. Sampaikan menu berbuka tu bawa sampai ke sahur pun masih tak habis. 

Nampak gaya masuk peti ais dan panaskan jelah untuk lauk berbuka hari ini. Sampaikan aku cakap , ya Allah bersyukur gila ada orang sudi beri juadah pada aku. Terima kasih! Jiran sebelah saya, Auntie Fiza iaitu maknya kepada The NF Generation . Juadah yang diberikan memang penuh betul. Mee hoon berkuah (ini macam mee hoon singapore gituw) , puding roti , baked pasta. Peh! Memang sendat perut woi. 
Image may contain: food

Image may contain: food
Ditambah lagi dengan pencuci mulut seperti sagu gula melaka pemberian mama Aliyah , dan puding warna pink pemberian kak Faezah. OMG! Penuh meja woi. Hahaha. Aku hanya beli ayam goreng seringgit dan nasi ayam tu abang aku yang makan. Aku berbuka dengan bubur lambuk. Bubur lambuk pulak dapat dua jenis. Mak oi! Sampaikan kawan aku cakap , kau ambil je lah straw sedut bubur tu je. Hahaha.

Terima kasih diatas semua juadahnya! Rasanya nak berbuka nak buat cucur bilis ler... Kita tengok nanti eh , jadi ke tidak. Hahaha. 

MAKAN NANGKA DEPAN RUMAH

Image may contain: buah nangka

MAKAN NANGKA DEPAN RUMAH

Pada hari sabtu yang lepas , waktu tu aku tengah dok exercise dekat rumah je. Aku workout bukak youtube ,pastu ikut jelah ape yang di suruh. Tengah tergolek , lompat ke atas ke bawah ketepi , kakak Tini bagi salam . Dia tengah dok mengait nangka depan rumah aku tuh haa. Aku cakap lah , "Kak ...kejap ehk.. Ain tengah exercise!" Hahahaha.

Masih lagi exercise tapi dah nak habis dah waktu tu , si kecik The NF Generation pulak bagi salam. Tak tentu arah kak Ain dia ni nak habiskan exercise. Dengan peluh peluh tercunggap cunggap , aku pun keluar. Memang selekeh serabai nak mampus waktu tu ,(ada ke orang exercise masih herlok je?) Hahahaha.

Aku siap bawak air masak lagi pergi ke rumah diorang. Eee , aku kalau tengah berpeluh memang tak selesa nak rapat dekat dekat dengan orang. HAHAHA. Alamak , si kecik Fahrina dan Farisya ni boleh pulak nak rapat dan dekat dengan aku. Hahaha. Siap bisik membisik lagi nak buat surprise.

Tapi yang kelakarnya , Kak Tini yang banyak kopek. Kak Ain ni banyak menyuap ke mulut diorang je. Hahaha. Diorang memang suka betul nangka madu tu. Rezeki kami pokok nangka tu memang berbuah je. 

Padahal memang tak letak baja ke dan jaga pun tak sangat. Tapi , itu lah rezeki Allah tu kita tak tahu kan bentuk nya macam mana. Semoga lebih banyak hasil lah ehk. Aku niat nak kongsi dengan anak-anak jiran yang lain dan kawan-kawan sama. 

Seronok betul sambil kopek , sambil suap menyuap dekat diorang dan sambil berbual.Terima kasih juga kepada Kak Tini sebab selalu tolong tengokkan.

RINA DAN RISYA INILAH DIA..KEMBAR SEIRAS ITU BIASA

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing

RINA DAN RISYA INILAH DIA..KEMBAR SEIRAS ITU BIASA

Tetiba teringat di suatu petang , si dua ketul Fahrina dan Farisya menyanyi lagu "Rina dan Risya  inilah dia...kembar seiras itu biasa...rina dan risya ragam aksinya...kami senangi siapa jua..." . Dengan muka comel si Risya tu buat persembahan free depan aku. Hahaha. Aku pun pelik kenapa dia siap kemain berjoget , rupa-rupanya dia ikut sebijik aksi Upin Ipin dalam video lagu tu. Hahaha. Tak percaya? Korang tengok sendiri gayanya macam mana. Cumanya hari tu dia buat aksi spontan , tak menyempat aku nak rekod persembahan dia tu. Hahaha. (Lepas ni joget lagi depan kak Ain ehk , nanti Kak Ain rekod..heheheheh)

Sebenarnya , diorang bukannya kembar pun. Beza setahun je , tapi diorang selalu cakap diorang ni twins!. Mana tak twins nya , dekat sekolah pun sama-sama geng Tunas Puteri , di sekolah agama pula geng pengawas . Oh lagi , sama pasukan rumah sukan iaitu Jingga. Boleh dikatakan kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain. Cumanya yang melucukan hati ini , si Risya (adik) tapi minat abang iaitu Upin. Dia selalu cakap , dia macam Upin. Rina pula Ipin. Hahaha. Pening kepala kak Ain kau dik oi , terbalik pulak jadinya. 

Tapi, bila tengok balik karakternya , betul juga kenapa Risya pilih Upin. Sama seperti Risya yang sangat berani. Risya ni kalau dia bagi salam dekat rumah aku kemain bersemangat. Jangan main-main okay , pengawas kecik!. Kecik bukan sebarang kecik , jangan berani cari pasal dengan dia! Budak lelaki pun dia berani sound. Hahaha.

Image may contain: 1 person, standing
Farisya , darjah 4 tahun ni

Image may contain: 1 person, standing
Fahrina , darjah 5 tahun ni

Kalau yang tak pernah baca tentang mereka ini , boleh klik THE NF GENERATION . Banyak dah kisah diorang ni aku letak dalam blog. Hehehe.

HOMEMADE CORNFLAKES MADU DARI ANAK JIRAN,SEDAPNYA!


Pukul 8 malam, masa untuk menghantar anak jiran ke tusyen. Mama dengan baba diorang pergi  menunaikan haji. Jadi, kita tolong lah mana yang boleh tu sikit-sikit. Semalam teman diorang ke Mydin beli barang dapur. Siap bawak list kau. Hahahaha. List tambahan seperti aiskrim ,coklat macam tak nampak pulak kali ni. Tapi kita perasan ada dua kotak cornflakes.


Sebagai “kak ain” cehwah, ku teman kan saje diorang ni. Eh, siapa anak jiran kita ni? The NF Generation la..kalau tak kenal, meh baca dulu entri ni.Lepak dengan anak jiran

So masa dalam kereta nak ke pusat tusyen tu, “Nah Kak Ain”, peh siap bagi dalam beg gitu, macam bagi suprise lahh katakan. Sampai je dekat rumah, terus bukak dan tengok. Ya Allah, terharu betul ain tengok. Ain betul-betul hargai.


Jenis ain tak kira lah sekecil-kecil pemberian tapi bila orang yang beri tu put πŸ’― of their effort,pasti akan ain hargai. Terima kasih sangat-sangat. #kakainsayalhamdulilah πŸ’‹