PUSING PUNYA PUSING BAZAR RAMADHAN SAMPAI TAK TAHU NAK BELI APA !! - Aku Ain Kau Siapa

Tuesday, May 21, 2019

PUSING PUNYA PUSING BAZAR RAMADHAN SAMPAI TAK TAHU NAK BELI APA !!

Image may contain: 1 person
gambar sekadar hiasan 

PUSING PUNYA PUSING BAZAR RAMADHAN SAMPAI TAK TAHU NAK BELI APA !!


Assalamualaikum dan salam ramadhan yang keberapa ehk hari ini , semestinya ramadhan yang ke 16. Alhamdulilah , cepat nya masa berlalu. Kisahnya , petang tadi aku pergi ke bazar ramdhan bersama dengan anak jiran The NF Generation

Aku pun bagi ler salam "Assalamualaikum... Farisya....." "Nak ikut kak Ain pegi bazar?". Reaksi Farisya dan Fahrina waktu tu sangat la excited. Jadinya aku pun expect yang diorang nak memborong ler banyak makanan. Mama dan baba diorang pula berbuka diluar , so aku pun rasa macam ohhh mungkin diorang memang nak beli ler banyak makanan.

Sampai ler ke bazar ramadhan , pusing dari satu penjuru ke satu penjuru. Dalam pada tu , aku tetap tanya , Rina dengan Risya nak makan ape? . Reaksi diorang tak tahu. Sampailah dah habis pusingan tawaf tu , terbehenti lama sebab nak tanya diorang nak makan ape. Hahaha.

Habis semua menu aku sebut , roti john , ayam goreng seringgit , ciken chop , nasi ayam , magie goreng , kebab , air mangga. Semua tak laku derr! Hahahaha. Gini ler gaya nya , pusing punya pusing, tapi tak tahu nak beli apa. Hahaha.

Nasib ler abang ngah diorang beli ayam percik dimakan dengan nasi putih dekat rumah. Lepastu diorang cakap nak buat air dekat rumah nanti . Rupa-rupanya , diorang ni jenis berbuka puasa bedal air segelen. Hahaha. Patut ler diorang pernah cakap , lepas buka je perut kembung! Hahahaha. Baru ler aku tahu.

Bagus juga ada sifat tak tahu nak beli apa , daripada diorang membeli nanti membazir kan lagi tak elok kan. Cumanya kelakar lah sebab masa aku ngajak tu , muka diorang memang kemain excited macam upin dan ipin dapat ayam goreng! Rupa-rupanya sangkaan ku meleset.

5 comments:

  1. Hahahha..lain kali jangan tanya, terus buat keputusan untuk diorang 😂😂

    ReplyDelete
  2. akak pun blank kalua ke pasar Ramadhan, sudahnya menu yg sama aje selalunya, nasi biriyani atau nasi ambeng. kiranya main course terusss, hahaha

    ReplyDelete
  3. hahaha kita pun pernah pergi bazaar terkebil kebil tak tahu nak makan apa

    ReplyDelete
  4. Pusing pusing klik blog, tak juga ada post baru..
    Waaa bizi kemas rumah kee tuuu...

    ReplyDelete
  5. sebab tu malas nak pi bazaar...kang tengok gelagat orang je lebih

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.